Sunday, February 28, 2010

My Beloved Daughter's Besday

28 February 2010.... genap umur kakak 4 tahun. Hari ni besday kakak tapi aku tak beli kek or apa-apa pun untuk dia. Mayb lusa baru dapat beli kek untuk dia. Dia request sebiji bola besar (ala-ala untuk senaman-saiz kanak-kanak) kat JJ. Dalam RM30++ ke RM60++. Bergantung pada bentuk bola. Lain lah bola senaman dewasa, cecah ratus ringgit. Yang penting, dia suka dengan apa yang dia pilih.

Saturday, February 27, 2010

Kaitan Cinta Dalam Hidup...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan
anda pada mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.


p/s: mayb ramai dah selalu tengok puisi ni. puisi ni dah lebih 10 tahun pun usianya tapi isinya sentiasa melekat dalam kepala aku.... :)

Decoration Untuk Kanak-Kanak

Lately ni fikiran asyik mencari idea tentang decoration berkaitan bilik kanak-kanak, toilet kanak-kanak yang unik/menarik hiasannya, ruang khas yang boleh menarik minat kanak-kanak dan ruang dapur yang relevan untuk kanak-kanak (semestinya nak cantik gak). Yang susahnya, dalam masa sama aku nak terapkan nilai2 islamik dalam decoration tu.

Kalau ada yang boleh kongsi idea or bagi maklumat (samaada link ke, kedai or buku berkaitan or apa2 saje), aku memang appreciate sangat2. Kalau boleh, aku nak setelkan sebelum deliver ni. Sempat ke? Kalau tak, aku masih nak gunakannya selepas deliver ni. Harap-harap aku dapat ilham tu. Aku nak kongsi semua ni dengan moms lain gak dengan apa yang akan aku akan buat ni. Insya Allah....

Friday, February 19, 2010

Betul ke kita sayang anak???

Pernah ke kita terfikir, betul ke kita benar-benar sayangkan anak? Dengan cara apa kita tunjukkan perasaan sayang? Mayb dengan perkataan, dengan duit, dengan didikan atau apa-apa yang kita rasa sesuai.

Saya tengok ramai parents yang cakap sayangkan anak tapi.... Ada yang tak mampu nak didik anak sejak dalam perut lagi jadi dimulakan dengan pemberian susu badan untuk jangka waktu yang sepatutnya. Bila tak mampu jugak, dipakaikan cloth diaper (CD) untuk anak dengan harapan dapat pahala lebih dan untuk kebaikan anak. Paling tidak, dibeli pampers yang mahal or ikut kemampuan.

Ada jugak yang masak untuk anak sebagai tanda kasih sayang supaya anak makan dari "air tangan sendiri". Didikan pula diberi mengikut umur dan kesesuaian. Tapi ada jugak parents yang jenis lepas tangan pada pengasuh or taska. Yang dia tau cuma komplen itu ini. Makanan anak jarang nak dimasak atau dibekalkan. Seminggu sekali pun susah. Walaupun taska atau pengasuh sediakan, cubalah tanya keinginan anak. Apa lagi kalau anak dah masuk 3 atau 4 tahun. Lagi kesian, kata sayang anak tapi anak dah 3 atau 4 tahun masih dibiarkan pakai pampers. Apa salahnya ajar anak potty training. Aku pun kerja gak tapi demi nak buat terbaik untuk anak, aku latih anak-anak apa-apa yang patut.

Pernah sorang mum ni cakap, anak dia masih tak pandai cakap pasal tu pakai pampers. Itu bukan alasan, sebab anak aku pun tak reti cakap (belum 2 thn). Tapi since setahun setengah dia dah bagi "signal" tiap kali dia buang air besar. Bukan nak suruh dia pergi toilet terus or tak payah pakai pampers terus, tapi sekadar "bagi tau" dia dah yak. At least xde lah montot dia melecet. Ni dah 3 tahun pun, yak senyap jer. Salah siapa??? Aku pernah tgk kanak-kanak OKU (autisme) di sebuah taska. Umur hampir 2 tahun tapi dah pandai bab2 potty. Aku memang salute mak dia ni. Then, setiap hari memang mak dia akan masak untuk anak dia. Paling bagus, anak dia masih nyusu badan. Dua beradik ni memang untung dapat parents mcm tu.

Ni, dah la hantar kat pengasuh or taska dengan bayaran murah. Banyak plak komplen! Ingatlah, sebelum komplen itu ini, tgk berapa yang kita bayar, betul ke kita tak susahkan orang dan kalau rasa tak puas hati, cari tempat lain yang lebih mahal dan bagus servicenya konon. Paling teruk, ada pengasuh yang terlalu sayangkan anak yang dia jaga sanggup beli baju dan itu ini. Itu pun ada parents yang tak reti bersyukur. Apa-apa pun sayang2kan anak dulu sebelum beri pada orang lain. Bagaimana caranya, fikir2 kan lah.

Tuesday, February 9, 2010

Tempat Kerja Baru

Lamanya aku tak update. Since masuk tempat baru, memang agak sibuk sikit. Lepas tu, next month aku deliver plak. Insya Allah, masa dalam pantang dapatlah luang sikit masa untuk blogging ni.

Aku rasa seronok kat tempat baru. Paling seronok, baru masuk terus dapat medical benefit untuk bersalin dan sekeluarga (satu perkara yang tak pernah aku dapat sebelum ni). Tak pernah terfikir nak dapat semua ni. Ini lah orang kata rezeki anak :). Suasana kerja yang berbeza dan jauh dari ruang lingkup tugas-tugas aku sebelum ni. Tapi bagi aku, mana-mana kita kerja pun, kena ikhlas dan jujur. Baru berkat pendapatan... betul tak?