Thursday, October 20, 2011

Pemakanan yang merosakkan otak kanak-kanak


Antara isi yang aku dapat tentang pemakanan dalam ceramah Tn. Hj. Samsudin @ Pak Din

~ Makanlah sayur-sayuran hijau bersulur macam kangkung sbb bagus. Ianya boleh elak pendarahan dalam perut.
~ Makanlah ayam dara yang belum bertelur
~ Jangan minum teh/kopi campur susu sebab dalam teh dan kopi ada antioksidan. Dalam susu ada thyrofem yang boleh memusnahkan bahan antioksidan. Bila campur (macam teh tarik yang sedap sangat tu), takde apa khasiat dah.
~ Daging kambing jauh lebih baik dari daging lembu/kerbau sebab kolestrol dalam kambing adalah 480, lembu 600++.
~ Elak makan bawang putih kecuali untuk berubat (nabi pun tak suka bawang putih)
~ Bawang merah bagus katanya. (tapi aku pernah baca jangan terlebih makan, otak jadi sebaliknya ~ tumpul)
~ Halia bagus ada dalam diet tapi jangan makan banyak sangat
~ Elak makan bawang besar dan kentang bertunas sebab akar-akarnya boleh merosakkan otak terutama kanak-kanak
~ Bubur bagus tapi jangan campur ikan/daging (dengan kata lain jangan campur makanan darat dan laut sebab bahayakan kesihatan)
~ Batang-batang sayur perlu dihancurkan/hentak sampai keluar getah. Sebab getah2 tu bagus untuk penghadaman.
~ Elak bagi kanak-kanak coklat putih sebab ada "hyper violent". Kalau nak sangat, cukup sekadar coklat hitam atau coklat yang berwarna coklat (korang pahamkan?).

Okaylah, next time kita sambung lagi. Banyak gak aku dapat dari dia ni....

Saturday, October 15, 2011

Finger Sandwiches

Bahan2:
Roti putih atau roti gandum, tuna mayonis, telur, timun, sos tomato, hirisan daging atau ayam (kat kedai ada banyak jual dalam bentuk segiempat)

Cara-cara:
Roti putih dibuang kulit tepi. Sapu sekeping roti dengan tuna mayonis. Taburkan black papper (kalau suka) dan letak lapisan telur. Seterusnya letak timun dan hirisan daging/ayam dan ratakan dengan sos tomato (kalau dewasa boleh guna sos cili baru sedap). Tutup dengan roti kedua. Bakar hingga kekuningan. Bakar atas kuali leper lagi mudah. Tara... dah siap.

Untuk kesan yang cantik, potong sandwich ke dalam segi tiga . Bukan apa, kalau potong dua segiempat gitu2 aje, nak makan pun tak selera (kata anak aku).

Thursday, October 13, 2011

Crispy Potato Cakes

*1 / 2 biji bawang besar, dengan dicincang halus
* 2 cawan kentang lecek
* 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
* Secubit lada hitam yang baru digiling
* Tepung 1 / 2 cawan
* 2 tbs mentega

1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama bawang cincang, kentang lecek, garam, dan lada. Masuk tepung ke dalam piring besar.
2. Dengan menggunakan tangan, uli campuran dan bahagi kepada 6 bahagian patties. Masukkan patties dalam tepung dan ketepikan.
3. Dalam kuali yang besar, cairkan mentega dengan api sederhana. Masak kek kentang dalam mentega cair, kira-kira 2 minit setiap sebelah. Apabila kek kekuningan di bahagian di luar, keluarkan dari kuali dan hidang semasa panas.

Setiap hidangan (1 kek kentang): 124 kalori, 4.8 g lemak (2.8 g saturated), 570 mg natrium, 12 mg kolesterol.

Thursday, October 6, 2011

Teknik pemasaran luar biasa (Bahagian 2)


1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!

2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.

3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.

4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.

5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.

6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.

7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.

8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.

9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.

10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.

Monday, October 3, 2011

Teknik pemasaran luar biasa (Bahagian 1)


1) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

2) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

3) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

4) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

5) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.

6) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

7) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

9) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.

10) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

11) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda. 

12) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

13) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?

14) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. 

15) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

Sumber: Dr. Azizan Osman

Saturday, October 1, 2011

Lelaki juga ada tempoh idah


"Ustaz, lelaki ada ke?"
"Lelaki mana ada idah. Idah hanya untuk perempuan," jawabnya ringkas.
Itu senario yang selalu kita dengar dan kita tahu. Idah, satu istilah dalam bahasa Arab yang bererti "menghitung" dalam konteks perceraian.

Ramai yang tidak tahu bahawa idah juga terikat untuk golongan lelaki! Ternyata sangkaan idah hanya eksklusif untuk wanita dan sinonim dengan wanita harus diubah. Dalam beberapa keadaan, lelaki hakikatnya juga ada idah yang perlu dilalui sama sebagaimana yang dilalui oleh wanita.

Ada tiga keadaan yang menyebabkan seseorang lelaki perlu melalui tempoh menunggu atau pun idah. Pertama, apabila seseorang lelaki yang telah menceraikan salah seorang daripada isterinya yang empat dan ingin berkahwin dengan isteri yang kelima. Dalam hal ini, lelaki tersebut hendaklah menunggu sehingga tamatnya tempoh idah isteri yang diceraikan tersebut.

Kedua, seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Dalam keadaan ini, jika lelaki tersebut ingin berkahwin semula dengan bekas isterinya, maka dia hendaklah menunggu sehingga isterinya berkahwin dengan lelaki lain, melakukan persetubuhan dengan suaminya yang baru, bercerai dan tamat idah dengan suami yang baru dikahwininya itu.

Ketiga, apabila seseorang lelaki yang telah pun bercerai dengan isterinya dan ingin berkahwin dengan perempuan yang mahram dengan bekas isterinya seperti saudara perempuan kepada bekas isterinya, ibu saudara kepada bekas isteri dan sebagainya. Dalam situasi sedemikian, lelaki tersebut hendaklah menunggu tempoh idah isteri yang diceraikannya berakhir terlebih dahulu.

Pernikahan tidak boleh berlaku dalam tempoh idah dan perkahwinan tersebut TIDAK SAH dan HARAM hukumnya. Apabila dalam tempoh idah, wanita yang diceraikan masih lagi dianggap sebagai isteri dan suami wajib memberi nafkah idah.

Sumber: Majalah Al Islam Oktober 2011