Thursday, April 25, 2013

Jom berterapi dengan hadiah lapuk hasil contest jap

Walaupon dah lama dapat, tapi aku nak share jugak boleh? Ni antara hadiah yang aku baru terima minggu lepas.....Jom kita hilangkan tensen jap

 Antara sebahagian cek yang aku dapat dari Redbull untuk contest 24/7 cash giveaway. Tu pon mujur aku ambil gambar dulu sebelum bank in. Asyik lupa untuk buat kenangan. Atas nama aku sahaja, ada 12 keping. Selebihnya atas nama proxy lain termasuk encik hubby
 Yang ni aku amik pada hari terakhir dan jam terakhir. Ingatkan tak sempat dah. Aku sampai dah merajuk dgn si dia
 Ni isi dari beg pink dan kotak hijau nun. Hadiah yang sikit, share la sikit dgn orang-orang yang kita sayang ye ;)
Hadiah yang paling aku tak jangka sebenarnya. Create slogan utk contest Sofy pada saat akhir. Paling terkejut bila dapat togel macam tu aje. Alat2 tiket ni ni aje. Mujur ada sampul dari Unicharm tau. Dapat Jumaat lepas, kelmarin dah pos/dijual pada kawan dengan harga cincai. 

Wednesday, April 24, 2013

Kidzania....anak-anak tinggi 130cm tak?

 Muka kakak yang ceria coz dapat keje kat marry brown. Dia memang suka main masak-masak
 Lepas penat bekerja, anak2 dapat "gaji". Slps datang kidzania, Haider asyik tanya bila aku dgn encik suami dapat gaji. Pergh!
 Adik memang liat nak "bekerja". Dia tau nak merayau jer
 Rehat makan aiskrim
 Ajak bergambar selepas Haider frust tak dapat joint wall climbing atas dasar ketinggian tak cukup.
 Cantikkan "memorial" ni?
 Pokok ni mmg real. "Langit" tiruan yang mmg cantik
 Belakang tu ada "pam minyak BHP" dan sebelah tu kanak2 boleh bawak kete control. Lps penat beratur, aku diberitahu yang anak2 kena amik lesen dulu. Nak amik lesen plak, tinggi tak sampai 130cm. Apalagi, merajuk lah budak bujang tu

 Sementara tunggu abang dan kakak jadi pilot dan pramugari, adik dok melegar sekitar Air Asia
 Satu2nya pekerjaan yang Reezqi buat iaitu jadi model. Dapatlah RM8
 Perasan tak muka Haider yang agak tensen dan stress sebab aku paksa bekerja?
 Suasana dalam marry brown
 Ermm.....lepas dah keje, baru nampak muka dia yang enjoy
 Gambar amat tidak berkualiti coz ada cermin (alasan jurugambar amatur)
 Ni kat CIMB kidzania. Anak2 berurusan tentang kewangan
 Lepas frust tak dapat main kereta, anak2 main pili bomba untuk padam api di hotel yang terbakar (sementara kanak2 yang bekerja sebagai ahli bomba belum sampai)
Tunggu giliran jadi pilot dan pramugari. Aku siap marah lagi dengan satu group Chinese coz dia potong Q anak2 aku yang dah lama beratur. Hangin sekejap aku. Dah lah anak2 dan sepupu sepapat dia ada hampir 8 orang. Terkontang-kanting Haider dgn wardatul ke belakang semula. Bila aku masuk dan marah sambil tunjuk family tu, terus staf kidzania tarik anak2 ke depan dan bagi nombor giliran. Kan!

Sebenarnya aku bawak anak2 ke Kidzania ni cuti sekolah bulan lepas lg. Tapi macam biasa, dengan pelbagai alasan kononnya, arini baru dapat update. Tiket memang agak mahal. Kanak2 kena RM60 (tahun lepas RM55). Dewasa masih RM35. Tapi atas kerajinan den yang masuk contest sana-sini, dapatlah tiket free. Aku sarankan, bawaklah anak2 yang besar sikit dan tinggi melebihi 120 cm. Sebab byk "pekerjaan" yang memerlukan kriteria tu. Cth, wall climbing, nak main kereta control, kena amik lesen dulu. Nak amik lesen pon, kena tinggi sekian-sekian. Tensen tau. Mujur free. Tu blm lagi bab masa. Aku amat sarankan bawaklah anak2 selain musim cuti sekolah atau elak sabtu/ahad. Tak berbaloi korang bayar mahal tapi dapat cuba sikit aje. Sebab bila orang ramai, anak2 kena beratur ikut turn agak lama. Paling hot, kat Air Asia coz berpuluh orang bebudak beratur.

Tips paling penting, galakkan anak2 bekerja dan tempat makanan dan minuman (macam marry brown, coklat, vitagen). Sebab boleh jimat duit poket. Apa yang anak2 buat kat restoran or kilang proses makanan, dorang boleh dapat makanan/minuman tu balik. Makanan kat situ mahal. Sebiji hotdog RM5! Tapi aku tak beli. Anak2 makan dan minum hasil kerja yang dorang buat. Kena pandai main politik dengan anak2 :).

Friday, April 5, 2013

Ke Pulau Pangkor tanpa keluar sesen pon

Kiranya 1st time aku jejak kaki ke Pangkor ni. Kalau tak kerana kursus, ntah bila aku sampai. Aku ingatkan Pangkor ni boring macam pulau lain. Sebab aku mmg tak suka bercuti kat mana-mana pulau selain Pulau Langkawi yang byk tempat shopping tu. Aku rasa otak tepu. Aku nak damai tapi otak pon tak nak ler tepu sangat.

Cuma yg aku nampak kelebihan kat Pangkor ni, macam mana ramai pon manusia, nak beratur naik feri takde lah lambat macam kat Langkawi. Tetap smooth and steady gitu.

 Aku, kakak dan kengkawan ofis
 Kwn aku edit khas sendiri. Dalam bot tu adalah warga MAIWP
Lambaian cinta dari pangkor. Chewah!
 Ni kat jeti Marina
 Cantikkan kawasan jeti kat Marina ni? (sila abaikan kegemukan aku)
 Sempat snap sebelum naik feri. Muka pon dah lesu sebab naik bas dari KL sampai 6 jam. Patutnya 3 jam ajer. Ni semua gara2 masalah teknikal (ada peserta yang ada kursus di Melaka tapi ternaik bas ke Pangkor). So buat pit stop lama sikit kat kawasan Sungkai untuk hantar peserta berkenaan. :)
 Apahal plak kawan aku nan sorang tu? Mesti terlebih teruja lepas naik bot menuju ke pulau kecik ni. Belakang aku tu, ramai yang sibuk snorkeling. Tepi2 batu tu, boleh jumpa gamat yang rupa macam lintah tapi besar 2-3 kali dari lintah 
Upah naik bot cuma RM10. Kalu nak snorkeling, tambah RM2 jer!! Agak2, korang boleh dapat kalau kat Tioman? Tu la pasal aku mmg tak suka Pulau Tioman. Semua serba mahal. Dari makan sampai tempat tinggal. Tapi kat Pangkor ni, chalet pon murah (semurah bawah RM100 pon ada tau).