Friday, August 15, 2014

Pintu rezeki Ogos


Aku joint contest ni sebelum Ramadhan dulu. Minggu lepas tgk result ada nama proxy yang naik. Menang RM1000 untuk hadiah harian. 

Ada kesilapan teknik masa proses hantar. Aku redha dan tawakal ke. Yang pasti, aku niatkan setiap entry yang aku hantar, 1 pek/1 tin disedekahkan kepada badan amal. Kalau tak menang pon, ada benda lain yang kita dapat. Tapi bila dah menang, anggap la 1 bonus.

Semalam pun ada orang datang buat interview dan testimonial produk jenama terkenal pencuci. Habis jer, dapat 1 set barang pencuci dan pewangi. Kalau testimonial terpilih, dapat bekalan barang pencuci untuk 6 bulan. Yang best, aku dan rakan-rakan ofis semua dipilih sebagai testimonial. Rezeki jangan ditolak orang kata :)