Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

SET BERSALIN TERBAIK?

Sejak akhir-akhir ni aku selalu dapat banyak pertanyaan tentang SET BERSALIN. Setelah aku lalui tiga kali pengalaman berpantang, kat sini ingin aku berikan sedikit pendapat secara peribadi.

Berikut aku senaraikan perkara yang aku ambil sepanjang aku berpantang anak ke-3:
1. Vitamin Amway (Calsium Magnesium dan B Complex) - untuk boost susu dan kurangkan rasa letih / stress (sampai sekarang aku guna)
2. Protein Amway 1 tin - untuk sembuhkan luka jahitan dengan cepat. Biasanya aku campur dengan Horlicks bagi sedap.
3. Higoat 4 kotak - untuk lawaskan buang air besar dan kalau anak kena jaundis, cepat sangat turun. Itu pengalaman aku lah. Rasanya pun sedap (lebih sedap dari susu lembu).
4. Krim mustajab halia (keluaran Herbs)- untuk sapu kat perut
5. Gamat Healin (warna merah tu) sebotol - juga untuk cepatkan penyembuhan luka jahitan
6. Minyak Herba dan Minyak Mustajab Nonaroguy
7. Set bersalin Amway (dah terbeli). Kalau takde pun takpe sebenarnya. Kebetulan aku dah ada 2 bengkung free dari Amway sebelum ni.

Aku lebih tekankan 6 item pertama sebab kita tak tau apa yang akan berlaku pada diri kita dan anak kita kelak. Dua anak pertama aku memang takde jaundis. Jadi dengan meriahnya aku guna set bersalin Amway sejak hari pertama. Tapi anak ketiga ada jaundis. Sudahnya aku start guna dah masuk minggu ke-3. Tapi saat aku stress dalam nursery Pusrawi sebab anak kena jaundis, Higoat memang betul-betul bantu aku. Cuma ini yang dapat aku kongsi. Apa-apa pun, ini sekadar pandangan peribadi. Lain orang, lain pendapat....

Monday, June 7, 2010

Kalau Aku Diberi Peluang Kembali....

Kalau aku dapat putar kembali waktu mengandungkan reezqi, tentu aku nak buat benda ni. AKU TAK AKAN BELI APA2 SET BERSALIN. Bukan set Amway tak bagus tapi disebabkan pelbagai masalah aku hadapi sepanjang berpantangkan dia, banyak benda aku tak guna. Pil makan pun abis lepas Reezqi dah nak masuk 70 hari! Anak2 lain, memang aku guna KESEMUANYA.

Apa aku akan buat kalau diberi peluang putar kembali (macam dapat)? Aku cuma beli Gamat Healin, Hi-Goat 4-8 kotak, Calsium Magnesium, B-Complex dan Protein (semuanya Amway). Sebab Calsium dah tentu2 boostkan susu aku (ada Alfafa) dan B -complex dapat kawal emosi dan bagi tenaga. Protein untuk boost susu gak dan untuk pulihkan jahitan. Hi-Goat bagus untuk buasir dan lawaskan buang air serta anak pun cepat baik dari kuning. Set bersalin plak, aku terpaksa guna minggu ke-4 sbb anak kena kuning/jaundis.

Dan hati pun tak terkilan kalau tak habis guna set bersalin. Sebab dengan menyusu, badan pun tetap cepat turun kalau tak guna set bersalin. So, pada bakal-bakal ibu kenalah fikir-fikirkan benda ni ya.


Monday, April 12, 2010

Senaman Selepas Kelahiran

Di syorkan untuk memulakan senaman pada hari pertama selepas kelahiran biasa. Anda boleh juga memulakan senaman semasa anda berbaring dikatil.

Cuba cara-cara berikut: :
• Gerakan kaki keatas dan kebawah, 10 kali.
• Gerakan kaki secara pusingan, 10 kali.
• Senaman tarik nafas dalam, 3 kali.

Ulang senaman ini 3 kali sehari.

Bila anda bertambah baik anda boleh megubah kedudukan( baring, duduk,dan berdiri )semasa bersenam:
• Kuncupkan otot-otot pelvis anda, rasakan kontraksi dan relaks ,5 kali.
• Kuncupkan perut dan relaks 5 kali.
• Kuncupkan otot punggung, relaks 5 kali.

Bergantung kepada kebolehan dan keupayaan, anda boleh meneruskan seperti berikut:
• Meniarap dengan melapikkan satu atau dua bantal dibawah pinggul, kuncupkan perutdan relaks - 5 kali
• Meniarap, kuncupkan otot pelvis - 5 kali
• Meniarap kuncupkan otot punggung, relaks - 5 kali
• Senaman untuk menguatkan otot belakang

Tapi kalau ada yang beli buku PENJAGAAN IBU & ANAK oleh Elizabeth Fenwick dan Terbitan Pelangi Sdn Bhd, lagi bagus sbb ada siap dengan gambar sekali. Penerangannya pun jauh lebih baik. Buku ni macam-macam info ada, start dari Kehamilan dan Kelahiran, Penjagaan Bayi (penyusuan, lampin, perkembangan bayi dll) dan Penjagaan Kesihatan. Kalau ada masa, saya try upload gambar muka depan buku ni. (buku kat saya ni pun cetakan tahun 2002 punya. mayb yg latest punya ada tambahan yg lebih advance)

Monday, March 22, 2010

Kedatangan Orang Baru


Alhamdulilah, hari ni genap seminggu aku berpantang. Hari Sabtu lepas baru keluar sebab banyak masalah pada pihak aku. Tepat 9.06 malam (15/3/2010), aku lahirkan baby boy 3.2 kg di Hospital Pusrawi Jln Tun Razak secara normal. Dr. Asmah Yun yang sambut. Aku mmg puas hati dengan service Dr. Asmah ni since dari labour room sampai saat sepanjang aku di wad. 1st time aku deliver tanpa libatkan GUNTING :).

At the same time, aku buat operation untuk hemorrhoid sekali. Untuk tatapan rakan-rakan semua, kat atas tu gambar baby boy aku. Muka mmg sebiji macam abang dia masa kecik-kecik. Namapun adik beradik.

Pada rakan-rakan RPM Engineers, thanx so much coz datang melawat aku di Pusrawi. Walaupun lepas operate masa tu, lupa kejap sakit dengan kedatangan korang :-)

Saturday, January 30, 2010

Set Bersalin yang Sama Lagilah

Ingat nak tukar angin cuba set bersalin HPA. Tapi nampaknya boss tak setuju dan suruh beli set bersalin amway gak. Dah dia nak beli, ikut je lah (dah beli pun semalam). Janji set ni sesuai sebab anak pertama dan kedua pun memang guna set bersalin ni. Nak try HPA sebab set ni lebih murah, so boleh save budget :). Tetiba baru perasan, selain en hubby tak setuju, set HPA ni ada kacip fatimah (boleh baca kat sini). Dalam ubat periuknya ada kacip fatimah. Mayb orang lain ok tapi bukan diri aku. Anak pertama dulu, susu pernah merudum gara-gara cik kacip fatimah ni. Serik aku!

Tapi barut herba HPA aku beli coz barut ni boleh beli separately. Walaupun amway ada bagi bengkung free, bagi aku barut ni boleh dipakai pada waktu malam. Kalau harga ahli cuma RM24 je. Tapi aku akui jugak set bersalin amway ni memang COMPLETE. Dan vitamin pun aku memang guna amway punya. Kalau orang lain sibuk cari alfafa untuk banyakkan susu, aku makan calsium magnesium amway yang memang dah ada alfafa. Harga pun dalam lingkungan MAMPU beli. Lepas bersalin, jangan tinggalkan vitamin yang korang dah guna sejak mengandung lagi. Tak kisah apa jenama pun asalkan memang serasi dengan korang. Sebab set bersalin still tak dapat memenuhi KEPERLUAN masa dalam pantang. Itu cuma pandangan aku.

Wednesday, March 11, 2009

SET BERSALIN

SET BERSALIN HPA




Set bersalin mengandungi :-

1. Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

2. Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

3. Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

5. Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

6. Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.
7. Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
- menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke - 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.



**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut :-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Harga: RM85.00