Walaupun benda ni dah sebulan berlalu, aku tetap nak tulis gak. Geram sangat-sangat. Bulan lepas aku ada beli barang dari enjoybreasfeed. Barang-barang kat situ memang murah selepas kita register sebagai ahli. Cuma aku tak puas hati pasal penghantaran. Aku tak salahkan Enjoybreasfeed sebab dia ada sediakan beberapa pilihan cara penghantaran. Salahnya memang datang dari diri aku sendiri gak. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku guna service AIRPAK COURIER SERVICE. Punya lah sakit ati, Tuhan aje yang tahu. Sepatutnya barang aku sampai hari Isnin tapi alasan yang diberi, tak jumpa address yang diberi. Macam lah rumah kat Sentul tu susah nak cari. Rumah taman, bukan rumah kampung yang takde nombor rumah.
So, hari seterusnya bagi plak address rumah aku. Tunggu punya tunggu, tak sampai gak. petang baru dapat tahu motornya pancit. Last2 hari Khamis baru dapat! Tu pun janji sampai sebelum pukul 10 pagi tapi pukul 11 pagi baru sampai!!!. Putar belit punya orang (tau la kaum jenis lidah cakap putar belit---faham2 je lah kaum apa ek). Geram sangat ler ni. Dah lah kredit habis macam tu aje masa nak kol. (sehari 3-4 kali aku kol). Enjoybreastfeed pun setiap hari kol tanya barang dah sampai ke belum.
Moralnya, kalau nak order barang, gunalah pos laju jer. Biar mahal tapi barang sampai ikut masa yg sepatutnya. Kepada enjoybreastfeed, harap2 buang jer lah service Airpak Courier tu. Kesian pada customer. Ok ke cadangan aku ni???