Wednesday, March 26, 2014

Berfacial atas tajaan Biore, Nuteen & Dr Brandt

Ni hadiah yang aku menang untuk bulan Februari. Aku dapat juga travel set dari Nutrimetics tapi dah jual pada kawan. Ada jugak hamper yang masih belum claim (set penjagaan rambut Redken)
 Set Biore menang atas nama suami. Sebab terlalu banyak, macam biasa aku bagi pada sibling dan orang yang tolong claim hadiah ni :)
 Set Nuteen. Aku cuma ambik beberapa item je. Yang lain bagi orang yang memang pakai.
Walaupun seketul je hadiah dari Dr Brandt kali ni, tapi nilai dia lebih mahal dari hamper kat atas tu (RM240++). Sejuk je mata bila pakai krim ni kat bawah mata.

Aku ada jugak menang hadiah kecik dari permanis untuk contest bonanza. Saje suka-suka sebab tahu memang tak mampu nak grab GP. Dapat ler sehelai T-shirt. 

Hadiah dari contest blog pon banyak dapat. Biasanya kalau berkaitan make-up, aku bagi kawan-kawan. Cuma satu yang aku rasa tak akan dapat dah ialah minyak wangi Avon Onli Imagine bernilai RM89. Ni contest dari FB Avon. Tak tahulah apa masalah Avon. Cukup susah nak claim. Ada pembaca yang tak dapat lagi hadiah Avon ni?

Wednesday, March 19, 2014

Blogger tak beretika ---> bila diri BERKIBLATKAN traffic dan duit

Dari sehari ke sehari aku baca status tentang MH370. Macam-macam andaian, berita, cerita dan spekulasi yang keluar. Dari Pak Menteri, bomoh sampailah ke orang biasa termasuk blogger.

Tapi selain paper yang tahu nak lariskan jualan je, yang paling aku sakit hati ialah blogger sendiri. Aku sampai hafal dah nama blogger yang asyik kejar traffic dengan menjual cerita-cerita murahan pasal MH370. Langsung tak jaga hati family mangsa MH370. Bila orang lain marah, katanya dapat dari sumber sekian-sekian. Dah tahu benda tu pun macam fitnah, dia buat tajuk tu lagi apa hal?

Bila traffic naik, duit hasil blogging masyuk. Halal haram dah tolak tepi, asalkan traffic naik mencanak kononnya dan tercapai apa yang dia nak. Amat tidak adil ambil kesempatan dari kesempitan orang lain.


Sunday, March 9, 2014

Moga Allah permudahkan segalanya....MH370

Since dengar berita ni, hati memang sayu sangat. Moga Allah permudahkan segalanya....

Tolong Luangkan sedikit masa untuk DOAKAN MH370 dan mangsa-mangsa yang hilang agar dapat ditemui..
Bantulah dengan Membaca
istighfar 3 x 
Alfatihah 1x 
Selawat 11x 
Yasin 1x 
Selawat 3x
Kemudian berdoalah agar Allah swt permudahnkan usaha pencarian ketika ini. (berdoa dalam bahasa yang difahami)

Mudah2an dengan bacaan kita serba sedikit dapat membantu, kalau ada 100 yang baca takkan 1 Allah swt tak terima..


Thursday, February 27, 2014

Get a FREE Big Mac or Quarter Pounder from McDonald’s!


Sekarang Mc D tengah promo free Big Mac & Quarter Pounder. Senang jer nak dapat, kalau nak try, boleh klik gambar kat atas

Tuesday, February 4, 2014

Permulaan yang baik untuk 2014

Aku ingatkan bulan Januari tak menang apa-apa. Rupanya masih ada rezeki buat aku dan sefamili. 

 Aku menang 120 bungkus kopok Tasto dari contest pritzel. Macam biasa, share la dengan orang-orang kampung.

Ni paling aku tak jangka coz aku masuk 1 N3 je. Contest under unilever memang suka buat surprise sebab dengan stamp 60 sen, aku terima voucher RM200 ni. Mujur sampai dengan selamat. RM100 aku dah shopping semalam :)

Contest Dumex Dugro ni perlukan gambar dan slogan kreatif. Aku menang atas 2 nama untuk hadiah conso. Maknanya dapat lah 10 pek susu Dumex. Jadi ler walaupun hati teringin S4 :p
Hadiah bernilai RM589 ni aku menang dari contest majalah herworld. Aku jual murah-murah kat kawan sebab dah terlalu banyak product kecantikan aku dapat. Tak terpakai dibuatnya.

Hopefully bulan Februari ni rezeki masih berterusan buat aku dan keluarga. Insya Allah.


Saturday, February 1, 2014

100 Plus Edge VS Air Garam ORS

Bila anak-anak cirit atau muntah-muntah, biasanya doktor mesti bekalkan air garam ORS. Tapi anak-anak aku biasanya akan reject atau paling tidak pun, minum sekadar ambil hati je. Sejak aku kenal dengan 100 PLUS EDGE ni tahun lepas, aku memang beli dan bagi anak-anak minum. Minuman ni LANGSUNG TIDAK ADA GAS. Jangan risau.

Ini rupanya dan botolnya berbentuk heksagon, bukan bulat macam 100 plus biasa tu

Tapi satu perkara yang kena jaga ialah masa bagi anak-anak minum 100 PLUS EDGE ni. Jangan lah ambil jalan mudah dengan guna straw atau togok gitu-gitu aje. Tu yang lambat baik. Aku biasanya sediakan cawan plastik kat sebelah botol untuk anak-anak yang cirit/demam minum. Sebab orang kebanyakannya tak sedar yang cirit ni paling mudah berjangkit melalui peralatan makan/minum, tandas atau angin. Aku memang sangat jaga benda ni. Pasal tu aku prefer anak-anak tuang air ni dalam cawan dan minum. Lainlah kalau sekali minum tu habis sebotol.

Dettol Disinfectant Spray

Spray ni sangat penting untuk isi rumah. Harga kat Jusco yang botol kecik dalam RM11.90. Tempat lain mayb boleh dapat lagi murah. Ada 2 warna iaitu hijau dan biru. Tapi biru ni bau agak fresh. Disebabkan cirit dan muntah-muntah mudah berjangkit, aku akan spray tempat yang kena muntah. Lepas bersihkan tempat yang kena muntah, aku spray bagi elakkan jangkitan bakteria. Tiap kali anak yang terkena cirit dah gunakan toilet, siaplah. Memang aku akan spray toilet tu sebab famili lain akan guna toilet yang sama dan ada potensi terkena jangkitan.

Wednesday, January 1, 2014

Bitter & sweet memories 2013....

Antara kenangan manis aku dalam dunia contest adalah tahun 2013 sebab banyak menang cash. Paling tak jangka, contest tahun 2013 banyak jugak datang dari contest berbentuk Lucky Draw (LD). Sebab aku ni paling susah nak lekat contest bentuk LD. Contest siggy juga antara yang baru aku cuba dan Nampak sedikit hasilnya.  Antara sebahagian yang sudi “menaja” dan tunaikan impian hidup aku sekeluarga sepanjang tahun 2013:

Redbull: lebih RM10k cash
Energizer (LD): RM1k
Nestle (LD): RM1k voucher beli-belah (aku pilih jusco) dan RM600 cash
F&N (LD): RM1k voucher court mammoth. Aku beli TV 39 ici
KFC: Hampir RM500 voucher makan/t-shirt
Unilever (siggy): DVD Bluray
P&G (siggy): Mesin Basuh Panasonic 16k
Adabi (LD): Hamper makanan, rasanya setahun makan tak habis
Tesco: RM400
Minyak wangi: Trussardi (RM300 ++) dan Avon (hampir RM400)
XES: Voucher Kasut RM200

Antara hadiah yang aku dapat tahun ni dan sempat snap. Kekadang tu tak amik pun gambar. Tahu-tahu, habis gitu je

Produk kecantikan juga aku langsung tak beli tahun ni sebab banyak dapat dari hadiah-hadiah yang aku dapat. Antaranya Syahirah, Dr Brandt, Kao dan lain-lain. Banyak juga yang aku bagi orang sekeliling, jual dan buat giveaway. Terutama voucher ala-ala SPA atau tix serta produk yang aku dapat berkali-kali.

Tahun ni jugak aku realisasikan impian anak-anak untuk masuk Kidzania yang agak mahal bagi aku (RM250 untuk kami 5 beranak). Sepenuhnya masuk free hasil bercontest. Hasil cash dari Redbull, dapat jugak aku beli notebook brand ASUS idaman aku berwarna putih. Alhamdulillah…. Kiranya, banyak impian aku tercapai hasil contest kecil-kecilan ni. Ikutkan nilai total cash + barang hasil contest lebih RM20k tahun 2013 ni. Kecil bagi otai-otai tapi besar bagi aku yang suam-suam kuku bercontest ni.

Kebetulan, tahun ni jugak banyak kursus yang aku pergi melibatkan kawasan luar KL. Pulau Pangkor, Cameron, Pulau Langkawi….sangat awesome :). Sebab tahun sebelum tu, semuanya sekitar KL. Paling jauh pun kat negeri aku, Melaka.

Persediaan sekolah pun, aku tak keluarkan duit sendiri. Aku dan suami cuma perlu fokus pada yuran dan pembelian buku. Yang lain-lain, aku beli melalui voucher yang aku dapat.

Tapi tahun ni juga, banyak penipuan yang aku terkena terutama dari segi pembelian. Apa yang aku terkena dan tertipu, cukuplah aku share dengan orang-orang terdekat. Itu belum masuk lagi hadiah-hadiah yang agak susah untuk aku claim. Terbaru, hotel Swiss Garden sebab banyak sangat songeh. Avon pun antara yang aku rasa perlu banyak kali follow up untuk dapatkan hadiah. 

Cuma tahun ni, baba aku kerap kali sakit dan demam. Sejak 2 bulan lepas, anak-anak pun kerap amik gas. Mudah-mudahan semuanya beransur pulih. Banyak yang aku share pasal kenangan manis. Perkara-perkara yang negative dan pahit bukan tak da. Tapi tak perlu untuk aku share kat sini. Hanya perlu diperbaiki atau dibuang. Moga ada yang lebih baik dalam hidup aku sekeluarga dan pembaca blog semua :).

Wednesday, December 18, 2013

Rezeki kecil-kecilan bulan Disember

Dah lama aku tak menang hadiah sempena hobi bercontest. Kadang-kadang ada gak menang melalui giveaway yang aku joint melalui blog www.airis-contest.blogspot.com. Macam tudung, novel, topup dan lain-lain. Tapi kalau menang melalui contest biasa ni, gembira dia lain macam sikit :). Mayb salah satu sebabnya, nilai hadiah lumayan sikit berbanding G.A

 Ni aku menang melalui contest majalah Eh! bulan November iaitu product Etude House. Yang sebelah kanan sekali tu (kotak pink lembut) ialah bedak compact--> Etude House Preciouse Mineral Any Cushion. Dia macam bedak compact gak. Tapi sangat best bila pakai. Harga dalam RM100+++. Yang lain-lain tu aku tak tengok lagi brapa harga dia. Warna pink ada gambar girl tu cermin. 

Ni plak ialah voucher kasut XES bernilai RM200 dari majalah herworld. So, boleh aku shopping preeee.... kasut lagi sekali (selepas ditaja oleh cash Redbull sebelum ni). Alhamdulillah...