Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

Blogger tak beretika ---> bila diri BERKIBLATKAN traffic dan duit

Dari sehari ke sehari aku baca status tentang MH370. Macam-macam andaian, berita, cerita dan spekulasi yang keluar. Dari Pak Menteri, bomoh sampailah ke orang biasa termasuk blogger.

Tapi selain paper yang tahu nak lariskan jualan je, yang paling aku sakit hati ialah blogger sendiri. Aku sampai hafal dah nama blogger yang asyik kejar traffic dengan menjual cerita-cerita murahan pasal MH370. Langsung tak jaga hati family mangsa MH370. Bila orang lain marah, katanya dapat dari sumber sekian-sekian. Dah tahu benda tu pun macam fitnah, dia buat tajuk tu lagi apa hal?

Bila traffic naik, duit hasil blogging masyuk. Halal haram dah tolak tepi, asalkan traffic naik mencanak kononnya dan tercapai apa yang dia nak. Amat tidak adil ambil kesempatan dari kesempitan orang lain.


Tuesday, June 12, 2012

The old Blogger interface will be removed in the coming months. Upgrade Now.

Ada sesape dapat notification mcm ni tak? Bila aku tekan "Upgrade Now", dah macam email biasa. Susah betul nak  tengok segala bagai. Meh aku tunjuk guna gambar lagi senang.
 Ni Dashboard yg biasa kita guna. Tapi bila keluar warning macam kat atas tu dan suruh upgrade (macam yg aku merahkan kotak tu), cuak gak. 
Ni hasil aku bila memandai-mandai press "upgrade now" tu. Wei...aku tak suka sebab tak user friendly lah. Korang dapat tak? Kalau ignore, betul ke dia akan removed interface bentuk lama?

Monday, May 14, 2012

Blogger top ni cucu cikgu?

Semalam aku terbaca dalam metro kisah blogger ni aka Fatin Liyana. Fatin ni bakal doktor, muda mcam Hanis Zalikha gak. Cuma follower lebih sikit dari Hanis :). 


Baca punya baca, terjumpa satu ayat yang sebut nama mak dia (Mazapuspita Md Yassin). Eh! Macam aku familiar nama ni. Rupa-rupanya cucu guru besar aku yang hensem lagi segak tu (sekitar 80-an). Md Yassin ex-guru besar kat Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka. Guru besar yang sangat sporting layan karenah students dan penulis lirik lagu sekolah. Terus terbayang kete warna hijau tua yang selalu parking depan bangunan zaman Jepun (dah roboh pun). Aku mati-mati ingat cucu dia dalam lingkungan belasan tahun (15 thn ke bawah). Dah besar ek? Kalau atuk dan mak dia comel, blogger ni comel ler. Tetiba teringat zaman sekolah nan manis tu....

Monday, January 2, 2012

No more free shoubox! Jom ganti dgn comment luv


Mulai pagi tadi aku tgk chatbox (shoutbox) dah mula kena bayar. No more free shoutbox!
Tapi, bagi mudahkan antara blogger/pembaca blog yg t'singgah kat blog aku utk mudah chitchat or komen  (walaupun takde blog), aku mmg dah lama get ready penggunaan comment luv. Aku belajar dari ila-ali@anywhere cara nak buat comment luv ni.
Kelebihan comment luv ni aku tengok ialah bila aku landing kat mana-mana blog yg ada comment luv ni jugak, automatically tajuk terbaru entry aku terpapar. Bagus jugak lah. Korang blh try jugak.

Thursday, December 15, 2011

Nak duit free dari nuffnang. Tak Nak?

Tak Nak! Hidup Biar Sihat

Sempena kempen gaya hidup sihat dari kementerian kesihatan, jom joint contest ni. Sihat tanpa rokok dan duit pun boleh jimat untuk benda lain. Yang pasti, jangan bunuh diri!

To enter this contest, what you have to do is:
• Take a photo with the theme of the ‘Tak Nak’ campaign without using cigarettes or cigarette boxes as props
• Post it on your blog as an update
• Include key words such as #taknak, photo contest / duit free and smoking kills
• Link the gayahidupsihat.my
• Once you have published the post, submit your permalink in the form below
http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/12/13/katakan-tak-nak-2/


Wondering why ‘duit free’ is a key word? That’s because there’s cash prizes up for grabs!
• Grand Price cash-RM 1,000.00
• 2nd Price cash-RM 700.00
• 3rd Price cash-RM 500.00
• 4th Price cash-RM 300
• 5th Price cash-RM 150
• Consolation Price – Voucher Worth RM50.00

This contest will be a showcase of your skills and talent!

Contest end 26 December 2011. So hurry and get your camera out and start snapping!

Tuesday, April 13, 2010

Di Mana Ranking Blog/Wesite Anda di Dunia?

Sekadar nak tau dan berkongsi je. Maybe korang boleh cuba tengok kat mana kedudukan atau ranking blog/website korang melalui The Web Information ni. Contohnya susuibu.com. Korang boleh tengok sendiri kat mana susuibu.com punya ranking dunia. Kalau korang ada info lebih baik macam mana nak tengok ranking ni, boleh kongsi kat sini. Dulu ada kawan ajar macam mana nak tengok sama ada kedudukan blog/website kita di dunia, Malaysia or mana-mana negara. Tapi dah lupa ler...