Sunday, November 7, 2010

Tingkatkan Ranking Trafik Alexa

Alexa.com adalah sebuah syarikat di internet yang memberikan ranking kepada setiap laman web di internet. Terdapat laman web yang berada di ranking ke 26,000,000 dan terdapat juga laman web yang berada di ranking 100,000 dan ke bawah. Dan ranking 100,000 ke bawah yang perlu dikejar dan dijadikan target. Ini adalah kerana, jika website/blog anda berada di ranking 100,000 dan ke bawah dengan mudah anda bolehmenjana wang dengan blog/website anda. Ini adalah kerana, ranking di bawah 100,000 menunjukkan website/blog anda sebuah website/blog yang popular dan mendapat ribuan pelawat percuma dalam masa sehari. Anda boleh letakkan iklan adsense,iklan nuffnang, Abrite or ape-2 je iklan yang anda suka..pasti ada yang akan klik. Anda juga boleh meletakkan ruangan iklan sendiri dimana anda boleh tentukan harga setiap ruangan iklan yang anda tawarkan. Tp, sekarang kenalah berusaha untuk menempatkan diri dikalangan 100,000 website/blog di ranking Alexa.


Disebabkan tutorial ini aku ambil dari website rakanku iaitu Encik Faizul, adalah adil aku memberi kredit terus padanya dengan link kan Tutorial Trafik Alexa ni terus ke website dia.




p/s: Lps download, mmg best. Dari situ kita boleh tgk website paling tinggi ranking kat dunia. Hanya klik kat toolbar kanan tu jer terus kuar ranking website (macam gambar kat atas tu---->yang bertanda "a"). Nak tgk ranking blog sdiri mmg malu arr...namapun suka-suki tulis...

Busha Legging Murah


Punyalah aku survey macam-macam busha legging kat hampir sumer online shop, rupa-rupanya ada kat sekitar aku jek. Tu la orang kata, gajah depan mata pun tak nampak. Harga same jer malah jauh lebih murah. Blm tawar lagi, mak cik tu dah siap-siap bagi RM10 sehelai. Kalau beli banyak (5 helai ke), blh dapat RM7 @ RM8 sehelai. Paling puas hati, aku boleh tgk kualiti kain dan corak-corak yang dia offer. Jangan silap tau, memang ada RM5 sehela tapi kainnya jenis panas dan agak tebal.

Nak tau kat mana? Ha, kat cafe selera duta nun (tgh2 hall tu). Memang banyak tempat yang menjual tapi bab harga ala2 macam kat mamapayish tu, blh survey kat situ jer. Katanya, anak dia pun jual baju baby dan busha legging tapi secara online. So pada yang dekat-dekat cafe selera duta tu, selain rojak singapore yang terkenal tu, boleh intai-intai legging ni sekali :)

Saturday, November 6, 2010

Best Trap: Lampu Tidur yang Memerangkap Nyamuk dan Serangga

Aku tertarik dengan produk unik ni. Selepas dapat izin dari seorang rakan, aku paparkan pasal kelebihan produk ni. Bagi menjamin persekitaran yang sihat dan selamat untuk dihuni, Best-Trap cuba mengaplikasikan teknologi terkini dalam membasmi penularan wabak Denggi seperti penghapusan Nyamuk Aedes dan dalam masa yang sama mampu untuk memerangkap serangga perosak, seperti lalat, semut, lipas terbang dll.

Dengan mengguna pakai teknologi gelombang cahaya dan warna yang unik sebagai daya penarik Nyamuk Aedes, makanisme tersebut mempunyai kuasa menarik sama seperti tindakbalas magnet. Ia menggabungkan kombinasi kepanasan, vakum dan cahaya. Akhirnya, setelah memahami konsep dan makanisme penggunaannya, yakinlah, dengan menggunakan Best-Trap, sekarang kita boleh bertindak membasmi Nyamuk Aedes dan serangga-serangga perosak lain tanpa merisaukan sebarang kesan sampingan bahan kimia dan beracun yang berbahaya. 

Harga 1 set Best-Trap: RM 220.00. Warranty 1 Year. 
Mahal? Ikuti hujah saya di bawah:

KENAPA mesti Best-Trap?
1.     Merupakan inovasi terkini, ringkas, mudah untuk dipasang  dan digunakan. Boleh dibawa kemana-mana.                                                                           
2.     Bersifat mesra alam, tidak menggunakan bahan kimia dan beracun, tidak berbahaya   untuk kesihatan. Hanya menggunakan kuasa  elektrik.                    
3.     Menggunakan lampu Ultra Violet (UV) yang terbukti berkesan sebagai egen menarik perhatian nyamuk dan serangga lain. Boleh mencakupi 100m persegi.                                   
4.     Tenaga elektrik yang digunakan hanya 15W sahaja. Menjimatkan bil elektrik.               
5.     Berfungsi 3 in1, selain memerangkap nyamuk  dan serangga, boleh juga menjadi lampu tidur dan  alat perhiasan rumah.                                                                         
6.     Hanya sekali pembelian, tidak perlu diisi semula. Harga yang berpatutan, mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.                                                                 
7.     Untuk kegunaan in-door sahaja. Sesuai digunakan di restoren, hotel, pasaraya, Tadika-Taska, pejabat dll.

8.     Sekiranya menggunakan penyembur racun yang berjenama seperti terdapat banyak di pasaraya:
-Bernilai sekitar RM 7.00 sebotol. Hanya untuk beberapa minggu sahaja. Kalau setahun, berapa jumlah yang perlu dihabiskan?
-Kebanyakkannya menggunakan racun dan pastinya terkandung bahan kimia yang mencemarkan udara dan berbahaya sekiranya terhidu.

-Nyamuk Aedes datang menyerang pada bila-bila masa, advantage sekiranya menggunakan Best-Trap hanya perlu hidupkan suis dan ia akan melindungi kita secara keseluruhan.
KOTAK BERTANGKAI, MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA

BEST-TRAP, SEDIA DIGUNAKAN!


SEROBONG DAN TEMPAT PENGUMPULAN COOLER 

BOLEH DIPASANG DALAM KEADAAN TERGANTUNG

KAEDAH MENGGUNAKAN Best-Trap
1.     Pasang komponen-komponen yang disediakan. (3 komponen sahaja).
2.     Letakkan Best-Trap ini pada kedudukan 1.5 meter dari permukaan lantai
3.     Sebaik-baiknya jauhkan daripada sumber cahaya yang lain. (Tutup semua lampu)
4.     Boleh digunakan selama 12 jam secara berterusan. Alat tersebut tidak menjadi panas kerana mempunyai cooler tersendiri yang tahan lama.
5.     Boleh diubah-ubah kedudukan alat ini. Bahkan boleh digantung pada tempat yang sesuai.                                                                                                       
6.     Tanggal dan bersihkan corong dan bekas simpanan nyamuk sebaik-baiknya seminggu sekali.                                                                          

ANDA BERMINAT DAN PERLUKAN MAKLUMAT LANJUT:

1.         Sila hubungi Abd Halim melalui email ni : hamzah_1982@yahoo.com
Beliau juga sedang mencari partner bisnes untuk memperluaskan lagi pasaran Best-Trap.  

Mengapa Mama dan Papa Menjadi Ucapan Pertama Bayi?

Kebanyakan bayi mengucapkan kata-kata ‘Mama’ dan ‘Papa’ sebagai ucapan pertama mereka. Anda tahu kenapa? Sebagian pakar cuba mencari jawapannya..
Yang jelas, Ayah dan Ibu adalah orang-orang yang selalu berada dekat dengan bayi, sehingga perhatian si kecil tertumpu kepada mereka berdua. Nah, ternyata, berbagai bahasa di seluruh dunia semakin mempermudahkan proses pengucapan ini bagi si bayi, dengan membuat panggilan kepada Ayah dan Ibu menggunakan pola bunyi yang berulang.
Mama…
Dada…
Papa…
Baba…
Ini baru sebagian contoh saja.
Penelitian Otak pada Bayi yang Baru Lahir
Untuk sampai pada kesimpulan ini, penelitian otak telah dijalankan terhadap 22 bayi yang baru lahir berusia 2 – 3 hari. Sementara otak mereka diamati, para pengkaji menjalankan rakaman kata-kata tanpa erti terhadap bayi-bayi tersebut. Rakaman ini mengandungi kata-kata yang bunyinya berulang (repetitif) dan juga kata-kata yang tidak berulang. Semuanya tidak memiliki erti!
Ternyata, keaktifan otak bayi bagian kiri depan dilihat meningkat setiap kali rakaman kata-kata yang berulang (repetitif) dimainkan. Sebaliknya, kata-kata tak berulang tidak menunjukkan tanda-tanda respon pada otak bayi.
Kesimpulan
Pada orang dewasa yang tidak kidal, pusat kemampuan berbahasa berada pada bahagian otak sebelah kiri. Ini seiring dengan hasil penelitian terhadap bayi dan semakin menguatkan teori yang menyatakan bahawa manusia dilahirkan dengan kemampuan mempelajari bahasa ibu mereka secara sistematik dan berkesan.
Bagian otak yang diciptakan untuk berbahasa pada orang dewasa, tidaklah belajar mengolah bahasa setelah ia dewasa, namun proses ini sudah bermula sejak bayi dilahirkan…
Makanya, hati-hati ketika berbicara dengan bayi anda, kerana si kecil sudah boleh merakam perkataan anda, terutama yang berbunyi berulang-ulang…

Friday, November 5, 2010

Menang Hamper Buds dari Mami & Baby

Kadang-kadang aku lupa cek email. Tu yang slalu lambat reply pada yang bertanya. Kecuali email biasa aku gunakan ni (srikandi007@yahoo.com). Tadi bila aku bukak email lagi satu, ada email dari Mami & Baby. Aku dapat hamper Buds bernilai RM208. Sebabnya, gambar reezqi mandi terpilih untuk edisi bulan November (lebih tepat lepas mandi tuh). 
Aku punyalah suka. Ye lah, aku antar gambar ni sebelum puasa lagi. Ingatkan dah lebur rupa-rupanya keluar gak. Inilah orang kata rezeki anak. Rezeki untuk Reezqi.....

Aku belum pernah lagi try mana2 contest online. Tapi contest by email or hantar-hantar gambar ke majalah ni aku rajin gak. Kiranya adil lah sebab gambar kakak dan abangnya pun dah pernah keluar majalah. Cuma hadiah kali ni agak berbaloi. Baru gambar kecik-kecik, belum cover lagi (tengah senyum lebau ni).

Ibu Menyusu yang Menggunakan Codeine Boleh Membahayakan Bayinya

Codeine adalah unsur ubat untuk menghilangkan tekanan dan rasa sakit. Penelitian terbaru yang dijalankan di Canada memperlihatkan bahawa  ibu yang menyusukan anak yang menggunakan ubat dengan kandungan Codeine ternyata boleh membahayakan kesihatan bayi mereka.

Penelitian ini menunjukkan bahawa para ibu yang memiliki kecenderungan genetik tertentu dapat memproses Codeine menjadi morfin jauh lebih cepat daripada biasa. Hal ini dapat membahayakan sistem saraf pusat bayi yang disusuinya.
Dalam beberapa kes, ancaman overdos morfin memang dapat diatasi apabila wanita terbabit menghentikan pengambilannya. Namun tidak demikian pada wanita yang memiliki kelemahan genetik. 
Apa Sebenarnya Codeine?
Menurut para ahli, Codeine itu sendiri tidak memiliki pengaruh untuk menghilangkan rasa sakit. Yang terjadi adalah, ketika seseorang pecandu narkotika atau orang yang mengalami rasa sakit memakan Codeine, tubuhnya merubah unsur tersebut menjadi morfin dan inilah yang mengilangkan rasa sakit.
Bagaimana Anda Mengetahui Bahwa Codeine Tidak Membahayakan Bagi Bayi Anda?
Itulah masalahnya… secara umum, sukar untuk mengetahuinya.
Memang hanya wanita yang memiliki kelemahan genetik tertentu yang dapat membahayakan kesihatan bayi yang disusuinya, namun sukar bagi anda untuk mengetahui kelemahan ini secara tepat. Anda boleh melakukan test genetik ini, tapi test genetik ini sangat sukar dilakukan.
Oleh itu, lebi baik para ibu yang sedang menyusukan bayi tidak mengambil Codeine ini langsung…
Sumber: Parvaz Madadi, University of Western Ontario

Tuesday, November 2, 2010

Pemberian Keju Untuk Bayi: Boleh/Tidak?

Apa Kelebihan Keju?
Disebabkan keju merupakan susu yang dipadatkan, maka kandungan gizinya sebenarnya mirip dengan susu. Ia mengandungi protein, vitamin, mineral, serta lemak.
Kelebihan keju dibandingkan dengan susu terletak pada jumlah kalori yang ada padanya. Setiap 100 gram keju biasanya mengandungi 326 kalori, atau sekitar 5 kali ganda yang dimiliki oleh susu.
Jadi, untuk anak yang sedang membesar, kalori dan protein yang terkandung dalam keju sangat baik untuk kecerdasan dan pertumbuhannya. Keju pun dinilai oleh pakar sangat baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang anak.
Apa Kekurangan Keju?
Kekurangan keju terletak pada tingginya kadar garam dan lemak yang terkandung di dalamnya.
Jika anak terlalu banyak menggunakan garam, dikhuatiri ia akan mendapat hipertensi setelah dewasa. Garam yang terlalu banyak pun membuatkan ia sangat sukar untuk diproses oleh ginjal si anak, sehingga boleh menimbulkan gangguan metabolisme. Kandungan lemak yang tinggi juga boleh menyebabkan obesiti pada anak.
Lalu, Bolehkah Memberikan Keju kepada Bayi Anda?
Beberapa hal yang perlu Anda perhatikan:
  1. Anda boleh memberikan keju setelah bayi Anda berusia 6 bulan (tapi aku jarang guna utk anak bawah setahun)
  2. Pilihkan keju yang lembut dan sudah diproses (cheddar)
  3. Untuk anak berusia > 1 tahun, limitkan pemberian keju, maksimal 3 keping setiap hari
  4. Keju parmesan dan mozarella juga boleh digunakan oleh anak
  5. Jangan menjadikan keju sebagai pengganti susu, kerana keju merupakan makanan padat yang sedikit kandungan airnya

Monday, November 1, 2010

Tadika Majalah?

Kakak dengan rakan-rakan taska sebaya

Aku sekarang tengah ligat cari sekolah tadika untuk kakak. Memang aku tak nafikan, aku prefer yang islamik tapi dalam masa yang sama biarlah seimbang. Google sana sini, telefon dan sms. Tapi ada satu ni memang antara tadika yang gah dan selalu masuk majalah. Aku memang minat sangat tengok teknik yang digunakan. Tapi cukup susah nak komunikasi by telefon. Aku sms tak layan (buat apa letak no hp???). Bila kol dan try tanya yuran dan apa-apa berkaitan duit, owner cuba mengelak. Dia prefer aku datang ke premis dia. Ingatkan branch tu ajer, bila kol branch lain pon sama. Alasannya sebab takut aku ni competitor dan rules ni memang dorang jaga.

Tolonglah!!! aku bagi sms (dah sah2 dia tahu no phone aku), bagi email dan nama penuh. Memang dia cakap dengan baik tapi teramatlah susah nak terangkan by phone. Mati-mati suruh aku datang bila aku tanya bab yuran. So, aku terpaksa kol competitor dia. Alhamdulillah semuanya diterang dengan baik. Dengan hanya 1 sms, terus dia kol. Tadika ni pun memang aku suka cuma aku nak tau tadika satu lagi. Ye lah, RM antara sebab parents pilih satu-satu tempat belajar tu.

Tak semestinya tadika yang glamor tu bagus. Nak jual produk pun biarlah berpada2. Jgn nak pikir untung jer. 24 jam nak salah sangka jek. Macam takut dengan bayang-bayang sendiri plak. Padahal tadika tu dah established pun.