Thursday, December 15, 2011

Nak duit free dari nuffnang. Tak Nak?

Tak Nak! Hidup Biar Sihat

Sempena kempen gaya hidup sihat dari kementerian kesihatan, jom joint contest ni. Sihat tanpa rokok dan duit pun boleh jimat untuk benda lain. Yang pasti, jangan bunuh diri!

To enter this contest, what you have to do is:
• Take a photo with the theme of the ‘Tak Nak’ campaign without using cigarettes or cigarette boxes as props
• Post it on your blog as an update
• Include key words such as #taknak, photo contest / duit free and smoking kills
• Link the gayahidupsihat.my
• Once you have published the post, submit your permalink in the form below
http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/12/13/katakan-tak-nak-2/


Wondering why ‘duit free’ is a key word? That’s because there’s cash prizes up for grabs!
• Grand Price cash-RM 1,000.00
• 2nd Price cash-RM 700.00
• 3rd Price cash-RM 500.00
• 4th Price cash-RM 300
• 5th Price cash-RM 150
• Consolation Price – Voucher Worth RM50.00

This contest will be a showcase of your skills and talent!

Contest end 26 December 2011. So hurry and get your camera out and start snapping!

The Great Noah Ark: sebesar 20 padang bola sepak

Bahtera Nabi Nuh a.s
Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ada Para Pengkaji berpendapat, "Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Gunung Ararat. Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Gunung Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji].

Wednesday, December 7, 2011

Pekeliling baru 2012 bagi gaji kakitangan awam


Sekarang ni tengah hangat orang memperkatakan tentang isu kenaikan gaji kakitangan awam mulai Jan 2012. Dalam Skim Gaji SBPA 2012, semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan.

Boleh refer kata-kata yang dipetik oleh YBhg. Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia) melalui facebook KPPA.

Saya amat menghargai kawan-kawan yang tidak jemu memberi pandangan di FB saya ini. Jadi istimewa untuk rakan-rakan sekelian, berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM – N36) 3035-5555 kgt 180

Boleh baca di ISU PANAS berkenaan skim baru selanjutnya terutama untuk para guru. Setakat ini, dari sumber yang boleh dipercayai ialah kenaikan gaji semua antara RM1xx hingga RMxxxx. Wallahu'alam

Friday, December 2, 2011

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. 

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.  Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. 

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).

Thursday, December 1, 2011

Tangga ni cantik atau pelik?

Lately ni suka benar aku xplore bahagian rumah or dalam rumah yang pelik-pelik atau unik. Cuba korang tengok bentuk tangga kat bawah ni plak.

 bentuk macam besi yang dibengkokkan gitu
 lingkaran akar kayu tepi tangga nampak serabut plak aku rasa
 wah! nampak terapung je design ni
 ni plak design bunga
 macam tangga tak siap pun ada
boleh jadi mini locker baju anak2 :). tapi dorang sepahkan, alamat serabut tangga tu
biasanya kita jumpa tangga ni kat taman
macam tulang ikan pun ada
aku rasa kalau naik ok, kalau turun? mayb agak gayat
kalau nak cepat turun, blh gelongsor je
batu hiasan yang cantik tapi perlu ada lapisan kaca
kalau pakai stokin mcm cerita "bini2ku gangster", blh jatuh mcm nangka
tangga ni bukaan dia biasa tapi lukisan 3D buat dia nampak unik dan besar

Friday, November 25, 2011

Antara bentuk katil kat dunia...

 Oval...macam buaian pun ada
 Kalau jenis tak bergerak, boleh lah cuba katil ni
 Ni boleh tido kalau gaduh
 Pd yang ingin jimat ruang
 Gol!
 kat bahagian mana nak tido?
 anak lelaki memang suka
 kreatif design ni
 nyenyak ke tido berdiri?
 katil impian kanak-kanak
 sangkar....
 kalau panas, terjun je kat sebelah nun
nampak lembut jer katil ni. suka aku 
 Peminat mercedes sesuai...
ala-ala menara telekom pun ada

Wednesday, November 23, 2011

Menang Hamper Johnson & Jonhson dari Pa&Ma

lebih kurang hadiah set ni aku dapat dulu

Tadi ke selera duta sekejap, ternampak majalah Pa&Ma Disember. Dah 2 bulan terlepas majalah ni. Belek punya belek, tengok soalan aku naik dalam ruangan Tanya Sama Pakar. Disebabkan aku hantar sekitar September lalu, aku memang pun dah jumpa paed last month seperti yang disarankan. Tapi memang best sebab hadiahnya hamper Johnson & Johnson. Dulu aku pernah gak menang hamper macam ni dari mami&baby, memang berbaloi. Dapat cover duit make-up anak-anak untuk 2 bulan :).

Monday, November 21, 2011

Online contest bernilai RM800

Cuti sekolah dah mula, jalan memang lengang. Sempena cuti sekolah ni, aku nak invite pada kaki contest-contest ni joint satu contest berkaitan cuti sekolah. Contest ni anjuran Dutch Lady. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 6 tahun dan ke-atas, dan ingin berkongsi pengalaman anda sila hantarkan emel beserta jawapan anda bagi soalan-soalan yang dikemukan. 
Ibu bapa yang mengemukakan jawapan terbaik akan memenangi hadiah wang tunai berupa RM800 + hamper sumbangan Dutch Lady Malaysia, serta berpeluang untuk menyertai sesi temu bual yang akan dikendalikan oleh selebriti, pakar nutrisi dan pakar psikologi. Bukan susah pun, just isi masa lapang dengan karangan cerita sebenar dan emel. Tapi anak aku baru nak cecah 6 tahun. Rugi.....