Wednesday, April 24, 2013

Kidzania....anak-anak tinggi 130cm tak?

 Muka kakak yang ceria coz dapat keje kat marry brown. Dia memang suka main masak-masak
 Lepas penat bekerja, anak2 dapat "gaji". Slps datang kidzania, Haider asyik tanya bila aku dgn encik suami dapat gaji. Pergh!
 Adik memang liat nak "bekerja". Dia tau nak merayau jer
 Rehat makan aiskrim
 Ajak bergambar selepas Haider frust tak dapat joint wall climbing atas dasar ketinggian tak cukup.
 Cantikkan "memorial" ni?
 Pokok ni mmg real. "Langit" tiruan yang mmg cantik
 Belakang tu ada "pam minyak BHP" dan sebelah tu kanak2 boleh bawak kete control. Lps penat beratur, aku diberitahu yang anak2 kena amik lesen dulu. Nak amik lesen plak, tinggi tak sampai 130cm. Apalagi, merajuk lah budak bujang tu

 Sementara tunggu abang dan kakak jadi pilot dan pramugari, adik dok melegar sekitar Air Asia
 Satu2nya pekerjaan yang Reezqi buat iaitu jadi model. Dapatlah RM8
 Perasan tak muka Haider yang agak tensen dan stress sebab aku paksa bekerja?
 Suasana dalam marry brown
 Ermm.....lepas dah keje, baru nampak muka dia yang enjoy
 Gambar amat tidak berkualiti coz ada cermin (alasan jurugambar amatur)
 Ni kat CIMB kidzania. Anak2 berurusan tentang kewangan
 Lepas frust tak dapat main kereta, anak2 main pili bomba untuk padam api di hotel yang terbakar (sementara kanak2 yang bekerja sebagai ahli bomba belum sampai)
Tunggu giliran jadi pilot dan pramugari. Aku siap marah lagi dengan satu group Chinese coz dia potong Q anak2 aku yang dah lama beratur. Hangin sekejap aku. Dah lah anak2 dan sepupu sepapat dia ada hampir 8 orang. Terkontang-kanting Haider dgn wardatul ke belakang semula. Bila aku masuk dan marah sambil tunjuk family tu, terus staf kidzania tarik anak2 ke depan dan bagi nombor giliran. Kan!

Sebenarnya aku bawak anak2 ke Kidzania ni cuti sekolah bulan lepas lg. Tapi macam biasa, dengan pelbagai alasan kononnya, arini baru dapat update. Tiket memang agak mahal. Kanak2 kena RM60 (tahun lepas RM55). Dewasa masih RM35. Tapi atas kerajinan den yang masuk contest sana-sini, dapatlah tiket free. Aku sarankan, bawaklah anak2 yang besar sikit dan tinggi melebihi 120 cm. Sebab byk "pekerjaan" yang memerlukan kriteria tu. Cth, wall climbing, nak main kereta control, kena amik lesen dulu. Nak amik lesen pon, kena tinggi sekian-sekian. Tensen tau. Mujur free. Tu blm lagi bab masa. Aku amat sarankan bawaklah anak2 selain musim cuti sekolah atau elak sabtu/ahad. Tak berbaloi korang bayar mahal tapi dapat cuba sikit aje. Sebab bila orang ramai, anak2 kena beratur ikut turn agak lama. Paling hot, kat Air Asia coz berpuluh orang bebudak beratur.

Tips paling penting, galakkan anak2 bekerja dan tempat makanan dan minuman (macam marry brown, coklat, vitagen). Sebab boleh jimat duit poket. Apa yang anak2 buat kat restoran or kilang proses makanan, dorang boleh dapat makanan/minuman tu balik. Makanan kat situ mahal. Sebiji hotdog RM5! Tapi aku tak beli. Anak2 makan dan minum hasil kerja yang dorang buat. Kena pandai main politik dengan anak2 :).

Friday, April 5, 2013

Ke Pulau Pangkor tanpa keluar sesen pon

Kiranya 1st time aku jejak kaki ke Pangkor ni. Kalau tak kerana kursus, ntah bila aku sampai. Aku ingatkan Pangkor ni boring macam pulau lain. Sebab aku mmg tak suka bercuti kat mana-mana pulau selain Pulau Langkawi yang byk tempat shopping tu. Aku rasa otak tepu. Aku nak damai tapi otak pon tak nak ler tepu sangat.

Cuma yg aku nampak kelebihan kat Pangkor ni, macam mana ramai pon manusia, nak beratur naik feri takde lah lambat macam kat Langkawi. Tetap smooth and steady gitu.

 Aku, kakak dan kengkawan ofis
 Kwn aku edit khas sendiri. Dalam bot tu adalah warga MAIWP
Lambaian cinta dari pangkor. Chewah!
 Ni kat jeti Marina
 Cantikkan kawasan jeti kat Marina ni? (sila abaikan kegemukan aku)
 Sempat snap sebelum naik feri. Muka pon dah lesu sebab naik bas dari KL sampai 6 jam. Patutnya 3 jam ajer. Ni semua gara2 masalah teknikal (ada peserta yang ada kursus di Melaka tapi ternaik bas ke Pangkor). So buat pit stop lama sikit kat kawasan Sungkai untuk hantar peserta berkenaan. :)
 Apahal plak kawan aku nan sorang tu? Mesti terlebih teruja lepas naik bot menuju ke pulau kecik ni. Belakang aku tu, ramai yang sibuk snorkeling. Tepi2 batu tu, boleh jumpa gamat yang rupa macam lintah tapi besar 2-3 kali dari lintah 
Upah naik bot cuma RM10. Kalu nak snorkeling, tambah RM2 jer!! Agak2, korang boleh dapat kalau kat Tioman? Tu la pasal aku mmg tak suka Pulau Tioman. Semua serba mahal. Dari makan sampai tempat tinggal. Tapi kat Pangkor ni, chalet pon murah (semurah bawah RM100 pon ada tau).

Wednesday, March 20, 2013

Anak 5 tahun pon boleh masak sendiri kat restoran ni

Semalam encik suami ajak kami makan kat satu restoran di Kuang, Sg. Buloh. Nama dia KAFE D MANGGIS. Korang pernah dgr? Kiranya 1st time anak2 aku dapat masak sendiri apa saja yg dorang nak makan. Hidangan secara buffet. Kanak-kanak 4-12 tahun RM12 sekepala. Dewasa RM25. Korang boleh makan apa saje UNLIMITED punya. Mmg dia ada sediakan nasi dan segala mee/maggi utk direbus. Tapi kami tak amik langsung coz mmg tujuan ke situ nak ratah lauk. KECUALI REEZQI nan bulat tetap nak mkn nasi....
 Get ready masak
 Anak2 request nak masak sendiri
 Eh! bila dia snap pon aku tak tau. Sempat peace lg si kakak
Kakak do panggang sotong. Tapi bkn makan pon. Aku gak yg belasah
 Antara yg ada, segala mcm yg selalu org buat yong tau fu
 Korang pilih jer apa korang nak makan. Yg best, semua benda mentah dihidang dalam "perahu lip lap" ni. Kat belakang nun ada aiskrim dan deretan lauk pauk lg.
 Berderet aiskrim ada. Pilih jer mana korang teringin nak cedok brapa byk pon
 Dah tentu peberet aku....Steak non sodap ;)
 Pencuci gigi
 Semua kalut layan diri. Kalu perasan, meja kami langsung xde sayur. Erk... (tang ni jgn ikut. tak baik utk kesihatan)
 Kakak merajuk coz rojak dia dah tinggal cket
 Ni meja kosong sebelum aku anak-beranak kenduri
 Papan tanda kalau korang teringin nak ke sana. Korang contact jer no tu ek

 Aku sempat snap 1 gambar jer pemandangan dr luar restoran. Sebenarnya cantik tau.
 Ni masa belum masuk dlm bekas steam/grill
 Abang Duan (satu2nya anak umi) suka sangat
 2nd round bakar lg utk mkn
 Jgn tak caya. 8 kerat ketam (4 ekor ketam) dihabaiskan oleh Haider!!!!
 Sedap betul kuah rojak ni. Aku bukan ler suka makan rojak. Tapi blh tersuka plak pada rojak ni malam tadi. Siyes sedap
 Hihihihhh.....kulit ketam dan udang hasil belasahan kami
 Ada beberapa jenis sos dia sediakan. Aku suka BBQ dan black pepper
 Ni plak perahu bahagian buah-buahan dan rojak
Bil yg aku kena mlm tadi hanya RM86. Disebabkan Reezqi baru 3 tahun, dia mkn FREE!!! Padahal dia mkn lebih byk dari kakak dan abg nya. Sesuailah dgn saiz pampes XXL yg dia pakai. Tang ini aku mmg suka :). Untung woooo....

Friday, February 8, 2013

Won Laurier Hamper Worth RM100 & Contest Redbull

Rasa bersarang dah blog sebab lama sangat tak update. Tapi dunia contest still fresh macam biasa. Kat bawah ni antara kemenangan yang aku dapat sepanjang duduk dalam "sarang". Contest Redbull dah seminggu tamat. Contest yang paling banyak menuntut komitmen dari segi masa. Tido redbull, bangun redbull, makan redbull, semuanya redbull. Dalam kepala masa tu ingat nak "tembak" redbull jer. Dah nama pon 24 hours cash give away. Sampai anak pon kekadang tegur, "mami tak nak tembak redbull ke?". Hehehh...Sepanjang 2 bulan contest, dapatlah dalam RM2700. Sekarang masih dalam mood menunggu cash :).

 Paling manis, nama masih naik di akhir contest. Double plak tu (No 5 & 13).
Ni plak result Count & Win Contest dari Laurier. Aku dapat conso jer. Syukur Alhamdulillah...

Friday, January 11, 2013

Kali pertama dia berbaju kurung putih

 Peace dari kakak sebelum kaki melangkah ke sekolah sesi petang
 Control ayu betul dia masa amik gambar ni
 Kali pertama dan terakhir aku temankan dia makan di kantin. Pastu cikgu warning jangan ngada-ngada nak temankan lagi sebab cikgu dia sendiri akan handle untuk beberapa hari.
Ada hampir 500 org murid darjah 1 tahun ni kat sekolah Damansara Damai 1.

Tahun ni kakak masuk darjah 1. Hati berdebar-debar bila nak lepaskan dia sorang-sorang dalam sekolah masa hari ke-2 tu sebab pihak sekolah cuma benarkan sehari. Insya Allah, masuk bulan Mac, kakak akan ke sekolah baru. Satu yang aku suka sekolah ni, pak guard dia mmg garang macam singa. Ramai parents kena marah masa amik anak sebab berebut-rebut. Kanak-kanak tidak dibenarkan keluar dari sekolah selagi parents/owner van sekolah tak sampai. Benda ni akan berlanjutan untuk 2-3 minggu hingga kanak-kanak pandai adapt. So, aku rasa agak "selamat".