Wednesday, October 16, 2013

Contest CHIPSMORE hadiah best!!!

Klik banner untuk masuk contest ni

Hangatkan Hadiah GP dia? Syarat dia mestilah ada kaitan dengan biskut chipsmore peberet aku ni. Beli 2 pek chipsmore 85gm atau 1 pek yang 180gm, simpan resit. Pastu boleh login dengan klik banner kat atas tu. Lepas ni jangan stress kalau anak mintak chipsmore sebab dah ada peraduan :).

Ni hadiah dia. Due 30 November 2013

Sunday, October 13, 2013

Popia cheese ala malas-malasan

Dari semalam, aku duk gulung kulit popia. Ni semua gara-gara dari sorang parents iaitu Noorul Azny yang ajar aku cara-cara buat popia cheese.  Dia memang jual macam-macam jenis makanan berasaskan cheese. Dan semuanya melepasi lidah Q aku
 Ni popia yang dah siap gulung dan digunting menyerong. Agak remeh untuk orang macam aku yang nak cepat je :p
Lepas goreng, aku just tabur serbuk cheese yang nan berlambak jual kat tenet tu rata-rata. Rasanya? Memang awesome ok! Anak aku cakap, rasa macam kopok roller coster. Tapi kopok tu penuh dengan segala bagai ajinomoto dan msg. Ini cuma serbuk cheese. 
Pastu aku dah mula melalut macam biasa. Aku try tabur susu coklat DL plak. Rasa macam popia nestum. Tapi kalau popia nestum, aku tak kenan pesen gini. Aku suka yang jenis keping-keping coz terasa mabeles dia. Just potong kulit popia dalam kepingan kecik-kecik dan goreng. Haaa....jenis gitu.

Next time aku nak try potong keping-keping dan tabur cheese plak. Lepas ni, aku nak tabur apa plak? Tengok la kalau ada idea yang merepek tapi blh makan lagi ek. Salam Aidiladha semua :)

Friday, October 4, 2013

Bershopping preee....

Ahad lepas, tv kat rumah dah makin lip lap. Kejap-kejap terpadam sendiri dan terbukak sendiri. Macam kena sumpahan si merah padi plak. Sampai anak-anak terus tutup tv dan main basikal kat luar. Jadi, aku mlm tu jugak aku ke Courts Megastore Bdr Sri Damansara untuk bershopping pree hasil baucer contest dari F&N. Aku ambik TV LED Phillips 39 inc. Setiap Jumaat-Ahad, promoter bagi tau, harga akan lbh murah dari Isnin-Khamis. Tapi ni kat Courts tertentu sahaja. Aku dapat RM1,199. Cuma perlu tambah lagi RM199 je lagi. Sape nak bagi TV besar gedabak harga RM199 ;)

 Suka anak-anak dapat TV baru lagi besar dari yang lama
 Ni plak Hamper dari Shahirah bernilai RM100. Aku dapat 2 set. 1 set lagi aku hadiahkan pada umi anak-anak aku yang sambut harijadi hujung bulan ni. Paling best, ada minyak wangi yang memang wangi :)
 Aku dapat 3 kotak besar inner shine ni. Harga hampir RM200 semuanya. Ni contest on9 dari female.
 Hadiah paling awesome bulan lepas. Minyak wangi bernilai RM239 in the house!!!
 Aku rasa sangat bernasib baik due dia sampai 31 Dec. Pastu aku dapat hotel kat KL. So, tak jadi nak bagi orang lain :p. Kesian kat kawan-kawan lain sebab dorang dapat Kat Swiss garden Lumut. Due plak 30/9. Macam tak nak bagi je. Syukur rezeki anak-anak....

Ni kenangan aku masuk contest Redbull. Alhamdulillah....dapatlah sikit habuan. Kenangan paling best bila bonus lekat atas nama sendiri. 

Tuesday, October 1, 2013

Sukan Anak 2013

 Wardatul get ready sebelum sukan Sekolah Damansara Damai 1 mula
 Senyum memanjang anak pompuan aku ni time bergambar
 Wardatul selepas mengambil gula-gula dari dalam tepung. Muka dah macam tepung gomak gamaknya. Hihihhh
 Hanya mapu dapat tempat ke-3
 Ni plak Haider punya hari sukan. Dia nampak excited masa cikgu PASTI pakaikan tanda rumah sukan
 Disebabkan datang lewat sikit, sila duduk kat belakang sekali ye.
 Masa sesi bacaan ikrar dan doa, aku suka tengok budak comel ni yang petah sangat. Tapi, nape aku amik gambar dari belakang? huhu...
 Tengah get ready untuk menari. Sayangnya video tu terpadam plak. Hangin aku wei...
2 Tadika PASTI bergabung untuk sukan
Maintain gitu Haider bawak bola
 Haider dapat tempat pertama untuk acara bawa bola dalam sudu. Hadiah disampaikan oleh ustaz.... (aku lupa nama dia)
Aku lupa apa dia sukan yg lagi satu. Sebab sukan lagi satu tu dia buat masa hari lain. So, dapatlah 2 hadiah.

Aku 1st time hantar anak ke tadika PASTI. Haider agak lambat masuk tadika, bulan Jun baru masuk atas sebab-sebab tertentu. Insya Allah tahun depan aku masih nak teruskan Haider kat tadika ni. Masa hari sukan, tadika PASTI sediakan makanan untuk tetamu yang datang sampai dah tak termakan dah. Macam kat cafe plak aku rasa coz pilih la apa pon nak makan. Dari kuih-muih, sate, sampai makanan berat lain. Kalau tadika swasta lain, sendiri sediakan makan. Paling tak pon, dapat kuih seketul. Tapi still ok dari takde langsung. Sampaikan Wardatul tegur, sekolah dia dulu tak macam ni. Sukan yang sederhana tapi meriah. Hadiah biasa-biasa tapi dikongsi sorang sikit :)

Thursday, September 12, 2013

Hottest contest in the market....

Bonanza Nestle memang tengah hangat di pasaran. Kalau buka email yahoo pon terpampang contest ni. Duk dalam kete pon penuh telinga dengar promotion contest ni. Pendek kata, pegi lah mana-mana pon orang cakap pasal BONANZA. Dan Alhamdulillah....nama aku naik untuk pemenang harian. Aku pilih package A iaitu baucer beli-belah bernilai RM1k coz hati ni teringin shopping free :). Syukur sangat-sangat.


Kat bawah ni salah satu iklan BONANZA NESTLE'. hadiah mmg sangat awesome. Sape tak terliur kan.

Yang ni dah lama. Bulan lepas nama husband naik sebagai winner utk minggu ke-3. Hadiahnya ialah cash RM1k. Memang tak sangka sebab hantar 2 N3 je. Tu pon barkod dia aku korek2 dari tong sampah kat opis. Rezeki terpijak

Gambar kat bawah ni ada makna sebenarnya. Gambar ni aku hantar untuk contest under Syahirah. Just email je. Bukan susah pon. Semalam aku dapat call menang hamper bernilai RM100. Memang terkejut coz gambar biasa-biasa je aku hantar.

Ni plak baucer tesco yang aku terima last week sempena contest kat FB tesco. Dapatlah RM200 baucer utk shopping barang anak-anak

Ni contest jenis on9 aku joint. Menang hamper Innershine. Aku bakal bagi pada seseorang...

Ni pon on9 contest gak. Sangat best menang bilik kat Swiss Garden. Sayangnya kat Lumut plak. Bila masanya aku nak pegi. Kemungkinan besar, aku letgo kat sedara-mara je.

Semalam aku masih terima baucer dari KFC. Selepas ber oye2 dari baucer bernilai RM60, Insya Allah minggu ni bakal ber oye2 lagi. Rezeki anak-anak...

Friday, August 30, 2013

Cara nak kenal link kat chatbox tu link tipu (iklan) atau link betul

Sebenarnya dah seminggu aku buang chatbox. Semuanya sebab aku geram dengan sikap orang yang penting diri sendiri ni. Cari untung atas angin dengan cara tak sepatutnya. Arini aku terjumpa satu tajuk yang sangat best dari owner blog ni. Dia cerita macam mana cara kita nak kenal iklan kat chatbox tu URL tipu atau betul. Meh sini aku terangkan....

 Caranya memang mudah je pon (chewah! padahal baru je tau pon). Korang jangan sesekali nak klik kat URL chatbox tu. Cukup sekadar korang  letak cursor kat situ. Contohnya letak cursor kat kotak merah chatbox tu. Pastu tengok kat bahagian bawah sebelah kiri tu (yang aku buat kotak merah tu). Yang tu adalah blog atau URL yang betul. Klik la sebagai balasan dia rajin merayau atau komen blog kita.
Ni contoh link atau URL tipu. Bila aku letak cursor dan tengok kat URL bahagian bawah kiri tu, terang lagi berlampu tinggi tunjukkan URL iklan. Ni link yang jenis amik untung atas angin. Kekadang iklan memang tak ingat. Boleh plak sesuka ati letak iklan seks. Pehal kau nak sepah kat blog aku? Disebabkan rasa geram sesangat, ada beberapa link yang aku delete dan.... BAN. Sory guys...

Hopefully lps ni kita tak bagi muka pada orang-orang gini lagi. Sekian dari aku yang geram.

Thursday, August 29, 2013

Cameron...after 10 years

Last week aku ada kursus kat Cameron. Duduk kat Hotel Heritage memang sangat best sebab terletak kat atas sekali. Siang malam sentiasa sejuk. Tak perlu aircond, kipas atau segala bagai sebab suasana memang sejuk sangat. Last aku jejak kat sini masa sebelum kawen dulu. Maknanya lebih kurang 10 tahun dulu. So, bila datang sini balik, sangatlah teruja.

 Aku suka tengok kaktus tapi malas nak tanam :p. So, just cuci-cuci mata bolehlah.
 Ni bilik yang kami menginap sepanjang kursus. Tapi harunya, aku tak ambik plak suasana kat luar
 Ni kat luar cafe Heritage. Cantik tak view dia?
 Apa kes aku ni
 Candid mengandid
 Ni konon-konon malas nak turun bawah sebab ladang teh ni curam gak
 Pewitt!!
 Akhirnya daku tergoda gak nak turun bawah. Senak perut naik tangga balik lepas snap sana sini
 Sekali sekala dapat ke tempat gini, memang best
Ni kat Ladang Strawberry Kampung Setia Cameron. Ladang ni milik orang Melayu. Jadinya, kalau nak beli strawberry jenis kering (jeruk yang manis), belilah kat sini. Lepas tawar menawar, dapatlah sebekas RM8. Sebabnya, cara nak buat memang penuh ramas-meramas. Kui..kui...Tak lalu nak beli kat pasar coz tak tau sape yang kluarkan.

Yang lain-lain macam fresh strawberry dan sayur, boleh beli kat bawah jer. Kat pasar Cameron. Korang boleh dapat 1 bekas besar (saiz bekas lebih kurang 2/3 kertas A4) dgn harga RM5 je. Manis dan fresh sangat walaupon dah bawak balik KL. Kalau banyak duit, dipersilakan beli kat ladang ni sebekas saiz 1/3 kertas A4 dgn harga RM7.

Sunday, August 25, 2013

Cara buang MALWARE paling berkesan aku jumpa

Pagi ni macam orang giler aku menggodak sana sini cari cara buang malware. Semua tak jadi. Sob...sob....


Pukul 11 pagi tadi, aku godak lagi. Tetiba aku jumpa blog ni http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/11/tutorial-cara-buang-virus-malware-dalam.html. Trima kasih wahai owner blog coz dapat buat buat blog aku jauh dari serangan encik Malware yang jahat. 
Cara yang aku amik adalah yang ke-dua. Kat bawah ni adalah copy paste dari owner. Cara-cara lain, sila ke blog beliau ok.

CARA 2
  
Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer korang diserang oleh malware berkenaan. Ia akan dikesan apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome. 

Pastikan korang tidak memilih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan semasa "Configure Blog List".

1. Log in > Dashboard > Layout > Blog List.
2. Kemudian pastikan korang "Tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong.
3. Setelah itu barulah klik "Save".

Alhamdulillah....semuanya dah ok dan kembali kepada asal....