Thursday, May 27, 2010
Warmer oh Warmer
Dua hari lps aku dapat warmer snow bear. Beli kat njoybreastfeed. Ni hari kedua baby sitter ada mslh cara guna warmer. Aku pun macam terkial-kial lagi. Pamphlet dia pun tak berapa jelas tentang cara guna. Sempat tak sempat, aku kena godak gak susuibu.com.
Rupa-rupanya aku yang salah guna. Tak letak air dalam cup putih tapi terus masuk botol dalam warmer. Cup putih tu aku simpan (ha..ha..). Kat blog sue (diyaluna) pun ada cara-cara guna warmer ni. Apa lagi, terus aku link kat label penyusuan blog aku. Rupa-rupanya, masa yang diambil utk susu ni panas bergantung pada suhu susu. Kalau nak cepat, lps kuar peti (bukan dari bahagian beku ek) alirkan bawah paip dulu. Pastu terus masuk dalam warmer. So, masa utk susu warm cuma 10-15 minit jer. Bak kata mamahadiff kat sini, "sometimes the bottle can be heated up but not the milk..". So, jgn risau. Tapi tu cuma utk brand snow bear. Lain2 brand tak berani nak komen banyak. Ni pun terkial-kial baru belajar (sebelum ni guna rendam2 air suam jer).
Moralnya, sempat tak sempat, kena gak rajin explore untuk belajar sesuatu demi anak...
Tuesday, May 25, 2010
Barang dah sampai
Warmer dan botol yang kutunggu-tungguPagi tadi, barang-barang yang ku order sampai. Bestnya, terutama bila tengok warmer snow bear dan diaper Autumn Minky. Lembutnya macam kain sutera. Chewah! Dah lama dah tak beli CD, bila dapat design baru, tentu teruja.
Aku memang kena C'ding semula. Aku stop C'ding masa pregnant dah cecah 7-8 bln. Sbb tak larat nak basuh. (Aku akan bilas sehelai-sehelai tiap2 insert sebelum masuk dalam WM supaya tiada bau hancing). Lps habis pantang, baru aku berCD semula. Anak dah ada tiga, so kena pandai cari mana-mana ruang untuk jimat beb!
Labels:
Cloth Diaper (CD),
Penyusuan,
Warmer
Monday, May 24, 2010
Susu Ibu...Tersilap Langkah ke Aku???
Aku takde masa nak menulis tapi pada masa sama aku perlukan info Penyusuan. Then aku dapat idea, maka aku pun buat LABEL PENYUSUAN. Aku just ambik semua link dan letak kat situ. Pada masa sama, aku dapat sebarkan blog-blog or website yang berguna. Sebab selama ni aku buat silap sikit dari segi teknik penyimpanan.
Setiap sesi mengepam, aku dapat dalam 7-8oz. So, Lebih kurang 1 botol setengah (aku guna botol bumble bee saiz 5 oz). So, sesi ke-2 aku dapat jumlah yg sama. Botol yg ada setengah tu, terus aku campur susu yang aku perah tadi (Suhu bilik + suhu sejuk). Kat rumah baru aku bekukan. Rupa-rupanya teknik aku salah. Aku perlu sejukkan dulu, baru campur. Banyak pulak tu aku dah buat macam tu.
Lagi satu aku silap dari segi teknik pemberian EBM. Sepatutnya aku makesure susu segar (yang tidak dibekukan) patut diberi dalam kuantiti 70-80%. Maksudnya, kalau ada 5 botol, cuma satu jer susu beku digunakan. Tujuan, supaya antibodi baby lebih kuat. Selama ni aku bagi setengah yang segar, setengah lagi beku. Kesian Reezqi :(. Maybe terlebih baca info or banyak blog. (Setiap blog ada info berlainan dan tak semestinya tepat).

Penyusuan
Wednesday, May 19, 2010
Teruknya Service Airpak!!!
Walaupun benda ni dah sebulan berlalu, aku tetap nak tulis gak. Geram sangat-sangat. Bulan lepas aku ada beli barang dari enjoybreasfeed. Barang-barang kat situ memang murah selepas kita register sebagai ahli. Cuma aku tak puas hati pasal penghantaran. Aku tak salahkan Enjoybreasfeed sebab dia ada sediakan beberapa pilihan cara penghantaran. Salahnya memang datang dari diri aku sendiri gak. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku guna service AIRPAK COURIER SERVICE. Punya lah sakit ati, Tuhan aje yang tahu. Sepatutnya barang aku sampai hari Isnin tapi alasan yang diberi, tak jumpa address yang diberi. Macam lah rumah kat Sentul tu susah nak cari. Rumah taman, bukan rumah kampung yang takde nombor rumah.
So, hari seterusnya bagi plak address rumah aku. Tunggu punya tunggu, tak sampai gak. petang baru dapat tahu motornya pancit. Last2 hari Khamis baru dapat! Tu pun janji sampai sebelum pukul 10 pagi tapi pukul 11 pagi baru sampai!!!. Putar belit punya orang (tau la kaum jenis lidah cakap putar belit---faham2 je lah kaum apa ek). Geram sangat ler ni. Dah lah kredit habis macam tu aje masa nak kol. (sehari 3-4 kali aku kol). Enjoybreastfeed pun setiap hari kol tanya barang dah sampai ke belum.
Moralnya, kalau nak order barang, gunalah pos laju jer. Biar mahal tapi barang sampai ikut masa yg sepatutnya. Kepada enjoybreastfeed, harap2 buang jer lah service Airpak Courier tu. Kesian pada customer. Ok ke cadangan aku ni???

Post
Award lagi...
Kali ni aku dapat award dari umialya plak. Thanx so much umialya. Walaupun baru sgt2 berblog (baru setahun), dah dapat 2 award. Sebenarnya dah hampir sebulan dapat award dari umialya. Cuma hari ni baru berkesempatan update blog yg makin bersawang ni. (Nnt anugerah beautiful blogger kena tarik plak. :) )
Labels:
Award
Thursday, April 22, 2010
Konvo dulu-dulu
Bila aku belek-belek FB, aku terjumpa gambar aku masa zaman muda-muda dulu. Setiap kali konvo pasti arwah mak dengan babah datang. Masa ni aku tgh pregnantkan wardatul (4 bulan). Tahun 2005. Masa ni parent aku suka sangat sebab Sultan Kedah sendiri yang bagi scroll. Sebab masa konvo pertama dulu, cuma naib Canselor jer yg bagi :-). Konvo kali pertama dulu pun suami ada (tapi masa tu belum kawen lagi). Andaikata aku further study lagi, gambar konvo dah jadi tak lengkap....
Labels:
Kenangan
Wednesday, April 21, 2010
Penat giler rasa!
Ni gambar terbaru anak-anak. Penatnya nak kejar abang. Rasa geram pun ada, nak gelak pun ada. Tiap kali flash kluar, masa tu la ler dia buat mcm2 aksi. Tau-tau jer nampak kepala botak dia aje. Bukan sekali tapi berkali-kali.
Aksi poyos Haider
Sambil-sambil tu try template baru utk blog (tp ijau gak, apsal tah). Si kecik dah masuk 37 hari. Susu belum buat stok lagi. Peh! Saje cari pasal. Next week kena mula dah.
Sambil-sambil tu try template baru utk blog (tp ijau gak, apsal tah). Si kecik dah masuk 37 hari. Susu belum buat stok lagi. Peh! Saje cari pasal. Next week kena mula dah.
Labels:
Ragam Anak
Sunday, April 18, 2010
Naikkan gaji saya bos! Kalau tak...
Pernah tak korang dengar ayat kat atas? Ada baur-baur ugutan sikit. Tapi benda ni memang benar-benar berlaku. Dek kerana rasa diri terlalu rapat dengan bos dan selalu dapat apa saje dia request, sorang staf ni (biar ku namakan Miss L) berani ugut majikannya. Maklumlah, staf emas.
Yang kelakarnya ayat ni ditulis dengan cantik dalam surat resign. Lebih kurang gini:
"Kalau bos tak nak saya berhenti, naikkan gaji saya RMxxxx. Wah! yg bagusnya kerja baru 2 bulan, dah demand. Banyak cantik! Tapi majikan Miss L ni bijak. Kebetulan ada majlis farewell untuk sorang staf lama. Staf yang kerja lebih dari setahun biasanya dapat hadiah. Tapi yg peliknya Miss L ni pun diberi hadiah. Terkejut Miss L bila namanya dipanggil untuk ambik hadiah. Kalau dah dapat hadiah, maksudnya kenalah blah. He..he.. Bijak bos Miss L.
Besoknya merayu-rayu mintak di rejectkan surat resign dia. Tapi tak boleh sebab kompeni tu ada ramai director. Mana boleh suka-suka ati tarik balik. Yang bestnya, minah ni sebenarnya saje-saje nak test market. Tapi lain plak jadinya. Moralnya apa korang rasa? :-)
p/s: kisah benar yg telah diolah jadi CERPENGAT (Cerita Pendek Sangat)

Tauladan
Subscribe to:
Posts (Atom)