Saturday, May 21, 2011

Degil? ---> Cuba terapi luar sedar

14 tahun dulu aku pernah attend ceramah Dr. Fadzilah Kamsah. Antara yang aku dapat ialah cara nak advice anak dgn berkesan. Pernah seorang Chinese mintak tolong dgn beliau mcm mana nak didik anaknya yg dalam kategori DEGIL. Antara caranya ialah, bagi nasihat semasa anak sedang tidur (lebih tepat semasa dalam keadaan mamai2 gitu). Semasa anak belum betul2 nyenyak.

Sampai satu tahap, Chinese tu terkejut sbb anaknya memberi tindak balas bgn sebentar dari tidur dalam keadaan lelap dan teresak2. Wah! Mayb niat si ibu yg terlalu ingin anaknya berubah. Tp kelebihan org Islam, sambil tu mulalah baca surah Al-Hasyr dari ayat 21-24 dan terus bg nasihat. Paling tak pun, bg nasihat semasa anak blm nyenyak.

Semasa aku attend kursus Pengurusan Tingkah Laku Kanak2 baru2 ni, aku dapat lg cara berkesan nasihat anak. Masih juga sumbernya dari Dr. Fadzilah (katanya pensyarah UM tu). Caranya ialah selepas anak mandi, bagilah nasihat.

Yang ketiga ialah semasa sikat rambut anak (lagi baik selepas dia mandi). Cara ini juga berkesan untuk nasihat anak. Betul gak kata Dr semasa sikat rambut anak tu. Aku sampai sekarang teringat kata2 arwah mak supaya jgn lupa mkn apa yg dibekalkan, belajar rajin2 dan balik biar ramai2. Yap, mmg aku ingat sgt2.

Friday, May 20, 2011

Pendekatan NLP - TIME TO CHANGE !

" Encik, Saya tak tahulah apa nak jadi pada anak saya ni. Tak nak pergi sekolah. Pagi-pagi, terpaksa pujuk dia agar pergi ke sekolah. Bila tanya pada anak saya, " Kenapa tak nak pi sekolah ?", Anak saya jawab, " Boringlah pi sekolah. Takut cikgu marah. Denda saya selalu depan kawan-kawan. Selalu kena marah. Boring lah pi sekolah. ......"

Keluhan diatas sering terdengar ditelinga saya selaku orang yang dipertanggungjawabkan menjalankan latihan dan pembangunan insan di merata tempat khususnya di sekolah. Keluhan ini acapkali saya temui bila melangkahkan kaki ke sekolah untuk menyampaikan ceramah.

Apa yang saya fikirkan bila ayat-ayat sebegini terkeluar dari mulut insan bernama AYAH, IBU dan juga GURU ? Ya ! Jawapannya adalah WAYANG MINDA . AYAH, IBU dan SEORANG GURU YANG HEBAT WAYANG MINDANYA MENGARAH KEPADA AYAT-AYAT POSITIF kepada WAYANG MINDA anak-anak muridnya. Inilah pengalaman yang saya lalui ketika menjalankan Program Seni Kecemerlangan Diri dengan NLP disalah sebuah sekolah di kawasan Nilai.

Apa yang saya perhatikan dari segenap tingkahlaku dan tuturkata pelajar-pelajar dan juga guru ketika itu, benar-benar membuatkan saya menjadi seorang yang MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA YANG TERBAIK UNTUK MENERAPKAN NLP KEPADA PELAJAR DAN JUGA GURU-GURU ? YA, saat saya berfikir tentang perkara itu, maka saya dan rakan training saya Sifu MR K terlintas untuk menggunakan dua pattern utama dalam NLP.

Corak NLP yang pertama saya dan Mr K gunakan adalah TRIPLET A. Dua kelas pelajar yang saya kendalikan dari jam 08.30 pagi hingga 12.30 tengahari amat mengujakan pelajar. Saya bermain bersama-sama mereka dalam keadaaan paling menyeronokan. Teringat saat saya mengajar di Sek. Rendah Islam ABIM Kajang. Ketika itu saya mengajar pelajar darjah 4 ALI....Al-maklumlah, kelas yang dilabel oleh guru sebagai KELAS HUJUNG. Kelas budak-budak yang kurang sikit dalam pelajaran.

Rupa-rupanya teknik NLP telah lama saya gunakan ketika menjadi guru di sekolah itu. Hasilnya, pelajar 4 Ali belajar dalam keadaan paling mneyeronokan. Mereka ni tergolongan sebagai golongan pelajar KINESTETIK. Sambil belajar sambil main. Baru boleh ingat apa yang mereka pelajari. Dan pada hari saya menjalankan TRIPLET A ini kepada pelajar, rupa-rupanya mereka rasa amat seronok . Bila saya tanya, apa perasaan adik-adik semua setelah menjalani latihan TRIPLET A ni ? Wow, fantastik ! Rasa SERONOK, TENANG, RELAKS, MINDA MUDAH TERBUKA UNTUK TERIMA ILMU, MENGUJAKAN, BERSEMANGAT dan sebagainya.

INILAH JAWAPAN YANG MERANGSANG PELAJAR UNTUK PERGI KE SEKOLAH ! Perkataan FANTASTIK , SERONOK, TENANG, RELAKS, MINDA MUDAH TERBUKA UNTUK TERIMA ILMU, MENGUJAKAN, BERSERONOK, BERSEMANGAT, BERKEYAKINAN adalah perkataan yang dikeluarkan oleh MINDA PELAJAR setelah mengikuti aktiviti ini. Mereka mudah melakukan segala aktiviti yang saya berikan setelah melaksanakan TRIPLET A .

Apakah 3 A itu ?

Triplet A adalah " Akses (Buka Minda) , Amplify(Kembangkan Sumber Diri), Anchor (Pasakan dalam diri untuk bertindak kearah POSITIF". Triplet A ini amat sesuai dijadikan set induksi pelajar dan guru sebelum memulakan P&P. Wayang Minda yang bersih mudah untuk mencerap apa-apa maklumat positif untuk digunakan dalam kehidupan harian.
Selepas selesai menjalankan aktiviti Triplet A , maka saya lakukan aktiviti Anchoring. Dibawah ini adalah teknik anchoring yang saya gunakan pada pelajar dan guru di Nilai :-

Langkah Melaksanakan Teknik Achoring :-

1- Nyatakan idea " Saya seorang yang boleh Salam, Sayang dan Sukses"

2- Nyatakan Kepercayaan dan Keyakinan Diri" Saya Percaya dan Yakin saya boleh beri Salam, Sayang dan Sukses".

3- Nyatakan Keputusan Diri " Saya Putuskan Saya Mesti Beri Salam, Sayang dan Sukses"

4- Nyatakan dengan penuh Emosi " Saya lihat, saya dengar, saya rasa saya beri Salam, Sayang dan Sukses pada semua guru / pelajar saya"

5- Terjemahkan dalam bentuk tindakan " Setiap Hari Saya beri Salam, Sayang dan Sukses pada semua guru/pelajar saya".

Teknik anchoring ini terbukti amat berkesan kepada MINDA kita. Setiap perkataan yang disebut seperti diatas akan merangsang kesemua saraf-saraf dalam tubuh badan bekerja kearah mencapai matlamat yang terarah ke MINDA dan diterjemahkan melalui TINDAK BALAS. Inilah yang dinamakan KEKUATAN BAHASA MINDA ! Wow ! Ianya adalah anugerah Illahi yang tidak boleh dijual beli. Segala pengalaman saya dan Sifu Mr K ketika menjalankan aktiviti NLP di Nilai pada semalam (08/04/2010) bakal menyerlahkan KEMBALI AURA SEKOLAH SELURUH MALAYSIA untuk PELAJAR SERONOK HADIR KE SEKOLAH dan MENERIMA PELAJARAN DENGAN PENDEKATAN YANG TERAMAT SANTAI DAN MENGUJAKAN. Semoga 72 orang pelajar sekolah di Nilai yang kami kendalikan semalam mencapai 5 A dalam UPSR pada tahun 2010 ini.

Coretan pengalaman dari Trainer Mufakir Illaih....

Mohd Mustaqiim Asmuji
Pengarah Urusan
Smart Excel Consultant
019-2044036

sumber: http://www.akademinlp.com/v2/

Thursday, May 12, 2011

nombor dan sifir: Teknik Kreatif -Multiply 2D by 1D

Aku suka sangat2 dgn matematik ni. Jom kita main dgn nombor jap....

nombordansifir: Teknik Kreatif -Multiply 2D by 1D: "Salam Mari kita kongsikan satu lagi Teknik Kreatif dalam operasi darab. Kali ni kita lakukan operasi darab 2 digit dengan 1 digit. Rujuk..."

Friday, April 15, 2011

hepi besday abg Haider

 Kek yg diidamkan oleh Haider semestinya Ben 10
 Chewah! Bergambar dulu sebelum potong kek
 Haider dgn cikgu-cikgu Taska sambut besday bersama
 Mummy pun nak tumpang lalu....
 Alamak! separuh badan abang dah abis. Sedap!
 Biasanya goodies. Kali ni dia mintak sate. Import from Selayang :)
 Pelengkap sate
 Suka anak-anak Darul Hannan makan sate
 Nyum nyum...besday boy makan sate dari pagi bawak ke petang
Kenangan di Taska (Walaupun sebenarnya duduk rumah umi)

Monday, March 14, 2011

TSUNAMI: Kartun "BERITA HARIAN" dan "fizz fairuz" ...

RINGAN KEPALA: TSUNAMI: Kartun "BERITA HARIAN" dan "fizz fairuz" ...: "Alahai Berita Harian. Mana pergi celiknya mata Ketua Editor? Ke kerja main 'tutup mata' je, kasi approve segala materials janji paper publ..."

Wednesday, March 9, 2011

Besday Wardatul Arissa yg ke-5

Potong kek dengan kengkawan di Tadika Husna
Kek yang ditempah khas dari Anis Magic Fingers
Muka malu-malu besday girl

Lambat gak aku update besday kakak ni. Besday dia 28 Feb lepas.
Aku cuma sempat upload kat FB jer. 
Lagi pun gambar kurang cantik.
Kali ni kakak asyik ubah fikiran. Kejap nak barbie purple
kejap nak barbie pink. Last2 Pn Anis buatkan kek
Barbie tema biru.
Kek kat secret sedap tapi bila mintak letak gambar,
letak gitu2 je. Umpama tempek gambar 4 segi kat kek.
Kat Anis ni sedap gak cuma jauh.....Ok la tu.
HEPI BESDAY KAKAK!

Tuesday, February 22, 2011

Teknik Urutan Jari: Untuk Stabilkan Emosi Semula

Teknik urutan jari ni aku dapat dari salah seorang penceramah masa kursus KAAK dulu. iaitu En. Nik Ariff (JKM). Beliau berkongsi tentang kelebihan teknik ini dan bagus jika diamalkan pada anak-anak kita sekali. Sebelum ni orang lain dok sibuk teknik urutan jari kaki (refleksologi). So, apa kata kita belajar juga teknik berkaitan keseimbangan emosi ni. Katanya juga, teknik ni memang berkesan jika kita amalkan terutama saat kita hadapi masalah.

Sakit hati, sedih, murung & duka   -----> URUT IBU JARI


Takut atau kuat                               -----> URUT JARI TELUNJUK


Benci dan marah                              -----> URUT JARI TENGAH 


Cemas & khuatir                             -----> URUT JARI MANIS


Tidak yakin diri                               -----> URUT JARI KELINGKING

Wednesday, February 9, 2011

Honeymoon berlima?

Last week aku sekeluarga pegi Langkawi. Dapat sewa kat Tg. Malie Resort. Ok gak, 2 katil besar cuma RM130 semalam. Yang penting toilet mesti bersih. Tu antara benda first aku tgk. Aku tak sempat jalan-jalan sangat. Lebih byk pusing2 sekeliling Langkawi jer. Next time, kalau dapat pegi 4-5 hari baru best. Ni 3 hari jer.
Baru sampai jeti point Langkawi
Aku sempat gak pegi Idaman Suri. Kalau troli beg dan coklat, agak mahal. So, coklat aku borong kat Hj. Ismail Group. Bkn sikit tau bezanya tapi mmg murah sgt2. Bayangkan Bounty coklat 400gm kat Idaman Suri RM20, kat Ismail Group tu RM14. Yg lain2, blh tgk sendiri. Kain2 batik pun beli sederet kedai Ismail Group. Kalu tepi2 jalan takut2 jer nak beli sbb mahal.
Senyuman Reezqi tanda dah sampai kat puncak

Menikmati ais krim di puncak Gunung Mat Cincang 
Aku suka tgk latar belakang gambar ni. Tanda naik kete kebel. kehkehkeh...
Anak-anak suka sgt dapat bagi mkn ikan kat kolam ni. Semuanya dalam area cabel car ni gak. Tak dapat masuk underwater world, sini pon ok gak. (mahal ler, RM92 sekali masuk utk 2 dewasa, 2 kanak-kanak). Dulu pernah masuk, biasa jer la. Duit tu buat borong coklat lagi baik kan :)
Tgk gelagat Wardatul. Terjerit-jerit dok belakang ayah dia sbb takutkan rabbit tu. Haider gak slumber. (Tp tak sangka tetiba rabbit tu kejar dia. Menjerit tak ingat dia)
Disebabkan aku sewa betul2 belakang Pantai Chenang, nilah masanya bawak anak-anak berendam. Peace!
Taman rusa ni pun dalam area cabel car. Semuanya free mcm taman arnab gak. Haider tu konon-kononnya beranilah. Tapi bila lidah rusa tu terkena tangan dia, tak tentu arah dibuatnya.
Pegi mana pun, roti canai gak dia pilih. Roti canai Langkawi!