Thursday, May 24, 2012

Siapa ada periuk kaca, boleh buat benda ni

Sebelum aku bertolak ke Taska Adni utk sesi lawatan pagi ni, aku nak share apa yang pengasas dia bagi kat aku. Cara buat yogurt paling sempoi or cincai.
Bahan2:
1. Yogurt asli (cth: macam kat atas tu. ambik yg kecik sudah)
2. Susu kambing jenis powder (3-5 sudu sedang). Better yg xde gula. Kalu susah sangat, try lah dulu dgn susu biasa. Tp larilah sikit kandungan dietnya. Nama pun nak cuba kan.
3. Air mineral
4. Periuk kaca kalis api. Guna yg sedang2 saje... (tak boleh guna periuk logam). Mahal macam mana pun x blh!
5. Senduk kayu atau plastik. Jgn sekali-kali nak guna senduk jenis logam ek.

Cara2:
Bancuh susu dgn air mineral dan panaskan atas api biru yg SANGAT KECIK. Pastikan JANGAN SAMPAI MENDIDIH, cukup sekadar panas saje, terus padamkan api dan masukkan yogurt. Kacau dengan senduk.

Keluarkan dan letak atas meja, ambil towel besar dan tutup periuk tadi dalam 7-8 jam. Kemudian yogurt tu nnt nampak macam pekat2 gitu, blh tambah madu atau stevia. Masukkan strawbery, pisang, epal, kurma atau apa2 buah-buahan yg ada dalam rumah. Lepas tu, jangan lupa simpan dalam peti plak.

Sebenarnya simple jer, aku jer byk membebel utk pahamkan cerita :). (Aku pun blm buat sebab baru dapat petang Ahad baru-baru ni).

Wednesday, May 23, 2012

Nasi lemak lagi baik dari nasi putih?

Kalau diberi pilihan nasi bagi orang yang sedang diet, selalunya nasi putih jadi pilihan. Sebab sepinggan nasi putih cuma 260 kalori berbanding nasi lemak dalam 400 kalori. Tapi kalau diet utk orang yang sakit kencing manis (sesuai juga utk orang-orang sihat), nasi lemak better jadikan pilihan. Sebabnya nasi lemak bersalut santan sedangkan nasi putih yang kita makan, akan bertukar kepada GULA. 


Kami sebagai peserta IHES (Integrated Holistic Education System) seronok sakan dengar benda-benda ni. Ye lah, nasi lemak kan lagi sedap :). Cuma, kurangkan lah pengambilannya. Bak kata dia, kurangkan 5 makanan putih ye....Diet kerana Allah, diet kerana kesihatan. Bukan nak kurus semata-mata. Huhu...Betul gak. Dia ada gak bagi resepi nak buat yogurt sendiri. Simple sangat2. Takde lah macam kat internet tu...sampai nak beli tempat buat/peram yogurt khas. Next post nnt. Insya Allah...

Tuesday, May 22, 2012

Kurangkan 5 makanan putih (nak-nak bulan Rejab ni)

First sekali, aku nak ucapkan salam Rejab...korang pose tak arini? At least dapat 2 hari pertama Rejab pun jadilah. Ok, continue....Just to share info yang aku dapat dari Pak Hasni (Pengasas Tadika Adni). Katanya kita ni kena kurangkan lima makanan putih yang selalu menjadi punca penyakit (tapi aku suka makanan putih. camana tu?).

1. Nasi (tukar kepada unpolished rice). 
Sebelah kiri (polished rice), kanan (unpolished rice)

2. Gula (kalau korang tak blh hidup tanpa gula, gantikan dgn stevia iaitu pemanis asli mcm gula---> bkn gula tiruan tau). Sekarang berlambak kat pasaran. Try rajin2 google sikit :). Aku suka google by image sbb terus dapat tgk rupa benda yang kita cari.

3. Susu pekat nan sedap tu (minum susu kambing kalau nak sangat). Jgn sangka susu kambing tak sedap, kena pandai pilih. Cth yg sedap (kat tekak aku lah): hi-goat, bio herbs. Tapi kalau dapat yg tanpa gula lg baik. Pernah jumpa tak? (selain yg perahan asli tu)

4. Tepung (replace dengan jenis whole meal). Tak nak explain lah sebab semua tahu tepung whole meal better kan.

5. Garam (tapi dia galakkan guna garam kasar). Jgn nak menggatal guna garam halus. Aku lupa plak alasan dia kenapa. Hish! Tapi korang perasan tak, mak-mak kita masak main campak2 garam kasar je kalau nak masak apa-apa pun. Jarang masin rasa masakan. Dia kata, tak payah nak cari garam bukit bukau segala bagai. Lupakan aje.

Lagi satu fakta, antara nasi putih dgn nasi lemak, mana lebih baik? Kenapa? Nanti2 kita discuss lagi ek. 

Monday, May 14, 2012

Blogger top ni cucu cikgu?

Semalam aku terbaca dalam metro kisah blogger ni aka Fatin Liyana. Fatin ni bakal doktor, muda mcam Hanis Zalikha gak. Cuma follower lebih sikit dari Hanis :). 


Baca punya baca, terjumpa satu ayat yang sebut nama mak dia (Mazapuspita Md Yassin). Eh! Macam aku familiar nama ni. Rupa-rupanya cucu guru besar aku yang hensem lagi segak tu (sekitar 80-an). Md Yassin ex-guru besar kat Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka. Guru besar yang sangat sporting layan karenah students dan penulis lirik lagu sekolah. Terus terbayang kete warna hijau tua yang selalu parking depan bangunan zaman Jepun (dah roboh pun). Aku mati-mati ingat cucu dia dalam lingkungan belasan tahun (15 thn ke bawah). Dah besar ek? Kalau atuk dan mak dia comel, blogger ni comel ler. Tetiba teringat zaman sekolah nan manis tu....

Friday, May 4, 2012

Pesta buku antarabangsa---> Tak semua boleh dipestakan pun

Kali ke-2 aku ke pesta buku semalam untuk cari buku anak-anak. Jalan kaki je dari ofis. Tak lama pun ke sana tapi tetap dapat buku yang aku nak. Yang penting, google kat mana booth tersebut dulu. Kat ruang legar PWTC pun ada list nama dan no. booth yang kita nak. Tapi harga kat internet sama macam kat pesta. Ni buku yang aku maksudkan.
Memang harga asal RM39.90. Tapi kat internet hari tu aku google ada yg offer RM35. Konon2 pegi pesta buku dapat lagi murah. Takde maknanya. Kata jurujual, ni harga pesta buku kak. Bila aku tanya, kenapa sama macam yang kebanyakan internet offer? Dia cuma senyum je. Aik? Sebelum tu pernah jumpa kat Damansara Uptown dalam RM32. Tapi anak tak guna lagi, aku ignore je. Skang baru tercari2. Aku capai gak sebab atas nama KEPERLUAN. Sekolah kakak guna buku ni. Ingatkan dapat ler RM30 :).

Ni buku keluaran Sasbadi (antara booth kegilaan budak sekolah). Aku capai salah satu set untuk somebody. Today is his birthday....
Booth Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB) pun murah2. Pada kaki novel dan budak U, ni peluang nak grab harga murah. Byk lagi booth korang boleh redah sampai Ahad ni. Last week aku beli buku cerita ala2 How Is Made (kulit tebal, dalam kertas putih jenis licin tu), dapat potongan 90%. Aku beli 4 set, bayar RM5.60 jer! Antaranya macam mana basikal dan kasut dibuat.

Tapi, aku sempat berbual dengan sorang Arab ni last week. Dia jumpa buku yang sama tapi di booth berlainan. Bila tanya, boleh ke dapat harga sekian2 sebab kat booth bawah harga macam tu? Jurujual jawab, boleh, saya bagi harga special (lebih rendah) pada awak. Maknanya, walaupun dorang dah letak harga sekian2, kita masih blh cuba bargain [kalau tak dapat, nasib ler kan :)]. At least cubalah dulu...

Monday, April 30, 2012

Terima angpau dari nuffnang

Total nuffnang aku pernah cash out. Today, kali ke-2 aku tekan mesin cash out. Tak lah banyak bagi kepala2 blogger @ otai kalu tgk jumlahnya pun. Ni blog kecik utk suka-suka je. So, suka2 atilah jugak nuffnang nak bagi berapa or bilakan? Aku terima jer :)

Tgk jumlah dulu sebelum pergi ke detail kat atas tadi. Last Oktober dulu, lebih seminggu aku tercari2 macam mana nak cash out duit ni. Sebabnya....sebab aku tak pernah buat lah dia jadi mcm tu. Orang lain tekan sebulan sekali...or seminggu sekali...or twice a month. Aku, TWICE A YEAR. Since 2008 berblogging, 2009 tukar channel sebab2 blogging, thn lps baru 1st time dapat. Lps lebih 3 thn baru dapat angpau dari nuffnang. Hihihihh....

Thursday, April 19, 2012

Merry-merry go round to collect the prizes

Sebelum tu, Isnin lepas aku terima hadiah thumb drive dari maggi. Semalam plak hari mengambil hadiah sekeluarga. Lps sarapan, terus ke Karangkraf. 1st time masuk situ, seronok gak. Aku dapat hamper Johnson & Johnson. Menariknya, aku suka teliti tarikh manufactured produk. Mmg berbaloi tunggu sampai 4 bulan hamper ni sebab produk dia manufactured by Nov 2011. Kira baru lah lagi. Pernah gak dapat hamper2 macam ni dari penganjur lain. Tapi kebanyakkan produk ada lagi 6bln-1thn expired date. So, gunalah cepat2.

Follow up Reezqi dulu sebelum ke Jacobs plak
Ni hadiah yang aku dan family collect semalam. Set Periuk La Gourmet, termos makanan dan termos air tu dari Jacobs. Jacobs kira express gak sebab aku hantar karangan 29 Mac, 2 wks later aku diumumkan sebagai salah seorang pemenang, 4 hari kemudian, dapat msg suruh collect hadiah. 
Haider dengan Wardatul suka sangat. Lps tukar jer seluar yang lencun (sebab hujan lebat semalam), terus nak posing. Gambar tak terang ler. Ada 2 sebab kenapa tak terang. Heheh...
Hamper Johnson & Johnson dari Karangkraf (Pa & Ma) yang sangat menarik.
Haider dengan Reezqi booking mana-mana yang berkenan kononnya
Ini thumb drive yang cute tu. Kiranya lama gak aku tunggu. Menang Disember, dapat surat Februari, April baru sampai hadiah. Dah nama pun hadiah, sabar aje lah :)