Jumaat ni kandungan aku genap 24 minggu. Pada minggu ke-24 pula, kita akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan kita. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya kita dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

No comments:
Post a Comment