Aku suka follow tulisan En. Ahmad Saifuddin Yusof ni. Blh klik link kat nama dia utk follow FB dia.
Ni aku copy paste tulisan dia. Insya Allah lepas ni aku share tulisan dia ke blog ni dengan label nama dia sendiri. Mudah gak aku nak cari tulisan-tulisan dia yang menarik nanti.
Ini penulis En. Ahmad Saifuddin Yusof
Bahasa Lelaki di Kedai Pakaian:
Apabila lelaki menemani isteri ke kedai kain atau kedai pakaian maka isteri akan berhadapan dengan pelbagai situasi.
Apabila lelaki menyibuk sama memilih kain atau pakaian. Tanpa bertanyakan harga dia mencadangkan mana-mana kain atau pakaian. Itu bermaksud kemungkinan besar dia berduit dan mahu bayarkan pakaian itu.
Apabila lelaki membiarkan sahaja isteri memilih tanpa gangguan ia bermaksud dia redha sahaja berapa lama masa yang diambil.
Apabila lelaki sekejap datang tengok sekejap di luar kemudian masuk balik. Itu bermaksud masa yang diambil oleh isteri untuk memilih sudah sangat lama baginya, dia sudah bosan.
Apabila lelaki memberi komen, 'kain itu tidak cantik'. Sebenarnya ia sangat teruk di matanya.
Apabila lelaki berkata, 'kain itu nampak lebih elok berbanding tadi'. Ia masih tidak cantik lagi.
Apabila lelaki berkata, 'kain ini nampak cantik'. Ia bermaksud baru sahaja melepasi piawaian cantik di matanya. Cantik di mata lelaki sukar diteka. Hehe!
Apabila lelaki mula datang melihat isterinya memilih lebih dekat sehingga ada mencuit belakang setelah sekian lama. Itu bermaksud, 'jom balik, awak sudah ambil masa yang lama, saya sudah bosan'. Isteri cepat pilih.
Apabila lelaki hilang dari pandangan bersama anak² setelah sekian lama. Itu bermaksud masa sudah masuk 'masa kecederaan' sudah masuk lampu merah. Pandai-pandailah jawab sendiri.
**Aku lebih suka shopping sensorang atau dengan selain encik asben kalau tak melibatkan pakaian dia. hehehh
No comments:
Post a Comment