Abang Haider memang agak suka mengelat bab kerja sekolah. Bila aku tanya, madang jer cakap dah siap. Paling tidak, cikgu tak bagi kerja sekolah katanya. Aku tau, dia tak bermaksud nak menipu tapi mungkin badan terlalu letih. Hari jumaat, baru ada kerja sekolah.
Nak jadi cerita, Haider warded sebab cirit. Lama sangat. Dah ambil ubat cirit yang agak kuat macam Hidrasec pun takde perubahan. Jumpa PAED, niat cuma nak dapatkan prolactor. Tapi doktor suruh warded gak sebab bahaya katanya. Kena drip antibiotik (oral antibiotik akan buat cirit lebih teruk katanya). Alhamdulillah, tak lama warded. Cuma sambung prolactor sampai habis. Siap mintak bekalan tambahan sebab Prolactor adalah ubat terbaik untuk cirit banding yang lain.
Haider kalau cirit, memang aku stop bagi makan/minum apa sahaja berkaitan protein lembu. Cadang nak beli Isomil. Tetiba kakak sarankan Royallmix BD Complex yang mengandungi Serbuk Kacang Soya, Fruktosa, Lecithin Soya, Serbuk Madu, Kalsium Sitrat, Inulin, Debunga Lebah, Vitamin C, Jeli Raja, Bifidobakteria longum dan Bifidobakteria laktis.
Ok, aku suka berkataan Bifidobakteria iaitu antara ciri-ciri yang hampir sama dengan Prolactor. Rasa susu ni memang sedap wei! Ala-ala cereal/nestum gitu. Sebelum pegi sekolah, aku buatkan segelas untuk Haider. Balik sekolah, dia mengadu, perut dia kenyang sangat sampai waktu rehat. Jadi makan nasi sikit je. Part paling aku teruja, bila dia cakap TAK MENGANTUK DALAM KELAS! Aku pelik kenapa. Rupanya selama ni dia memang mengantuk dalam kelas. Adei...betapa aku tak siasat apa yang berlaku selama ni. Dah darjah dua baru tahu masalah dia.
Royallmix BD Complex keluaran Zhulian. Harga RM76.90 untuk 30 sacet 28gm. Sangat berbaloi
Masa dia warded selama 3 hari di Pusrawi
Aku biarkan dulu selama beberapa minggu. Aku tengok, dia makin rajin bawak balik kerja sekolah. Exam baru-baru ni, cikgu puji sebab matematik dia makin bagus. Dapat A. Subjek lain pun alhamdulillah. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya Haider duduk kelas paling belakang. Susu Royallmix BD Complex ini sebenarnya buat anak lebih fokus dalam kelas. Sehari, aku bagi 1 sacet. Kakak dan adik aku bancuh segelas dan bagi dua. Kiranya 1/2 sacet. Bukan nak jimat tapi kakak dengan adik cakap tak boleh habis segelas. Kenyang sangat! Sepeket modal lebih kurang RM2.50, aku boleh tengok perubahan mendadak anak, memang sangat berbaloi. Harap-harap Haider akan dapat kelas yang lebih baik. Semua anak berpotensi, cuma kena cari punca dari akar. Mengantuk dan tak fokus juga boleh buat anak tertinggal dalam kelas.
Cara bancuh: Guna air suam sekitar 45 darjah celsius. kalau panas sangat, sayang kat bakteria2 baik dalam susu Royallmix tu.
No comments:
Post a Comment