Tetiba aku teringat zaman kat U dulu. 16 Mei 1998, aku start guna no matrik 25*** dan lalui orientasi yang sangat best. Mountain bike warna biru nila, tasik yang penuh ikan beribu lemon, jalan tar yang berbukit-bukau, the mall, dan yang pasti Kolej Pernas yang aku huni sejak Sem 1. Walaupun tempat ni aku sambung belajar dari Degree sampai Master, tapi kenangan semasa zaman Degree lebih lekat kat hati.
Aku akui, zaman buat Master, aku terlalu concentrate pada study. Tak boleh enjoy sangat macam zaman lok-lak Degree. Dok sibuk berpersatuan. Tapi, pasal benda-benda macam tu lah aku rasa betul-betul rasa sebagai "budak kolej" ;).
Panjat Gunung, kayuh basikal sampai rumah Naib Canselor kat hujung bukit nan tinggi tu, meeting kat PKP (tempat top untuk jumpa kwn2 dari kolej lain), makan di Cafe D9 Kolej Petronas, merayau di tasik sambil bergambar sana-sini dan yang paling best, seminggu 3 kali berlatih silat gayong dengan kawan-kawan dari pelbagai negeri, peringkat umur dan latar belakang.
Dengan pinjaman dari JPA, duit yang ada memang tak luak sangat kalau setakat nak makan atau beli barang-barang keperluan. Sepinggan nasi berlaukkan ayam/ikan + sayur baru RM2 atau kurang. Kalau rasa bosan, aku dengan kawan-kawan akan merayau ke kolej lain cari menu yang mantop-mantop tapi murah. Steak baru RM4.00. Rasa memang setanding macam kat Damansara Uptown.
Yang pasti, jadi student muda-muda dan sepenuh masa memang sangat sempoi dan seronok. Tak perlu kelek anak atau kerja-kerja pejabat nan bertimbun. Tapi, tu bukan halangan pada korang yang dah kawen dan further study. Sebab sepengalaman aku, belajar dengan orang yang dah berumur (masa buat Master dulu), memang berbeza. Ye la, aku tamatkan Master masa umur 26 tahun. Jadi, sangat beruntung bila dapat stuady group dan belajar dengan mereka yang dah bekerja dan berkahwin. So, result pon jauh ke depan bila dapat belajar dengan mereka :)
Yang pasti, aku tetap rindukan zaman 1998-2001 aku.....

No comments:
Post a Comment