Friday, November 30, 2012
Pemergian orang tersayang
Lama sangat aku tak update blog ni. Since mak mertua aku sakit, lagi aku tak update. Akhirnya dia pergi pada 19 Nov 2012, hari Isnin jam 6.45 petang. Tarikh yang sama juga, dia pernah raikan aku sebagai menantunya 8 tahun dulu. Banyak cerita duka di sebalik tarikh ini. Orang yang cukup memahami diri aku, sama macam arwah mak aku sendiri. Takde beza. Moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah....Amin
Wednesday, October 24, 2012
Promote sikit....Kaedah Penyelidikan Perniagaan
Al-Mansor Abu Said
PENERBIT: DBP
ISBN: 9789834606589
TAHUN: 2012
HALAMAN: 120
MYR 36.00
Just nak promote buku tulisan abang aku. Tertengok kat blog dia tadi. Detail macam kat atas tu.
Nak selit gak sempena kemenangan aku last week. Contest FB dari Stabilo, share cerita seram. Aku menang STABILO BOSS MINI Ghost goodies & 4 Kidzania KL passes bernilai lebih RM250. Sis Ayu Rafikah pon menang. Kat tangan aku sekarang dah ada 2 tiket kidzania sebab menang oreo aritu. Ni dapat lagi 4 tiket. Yeszaaaaa!!! Tak sabar nak merewang ke sana bawak anak-anak. Syukur...rezeki anak-anak
Labels:
Peraduan
Thursday, October 11, 2012
Menang Contest Red Bull
Syukur Alhamdulillah...tu yang first sekali aku ungkapkan bila tgk nama aku ada dalam winner list untuk contest BESTNYA RAYA BERSAMA RED BULL. Tahniah gak pada rakan-rakan compers yang menang secara berjemaah. Aku hantar 3-4 slogan dan tak sangka terpilih. Nama encik suami tak naik, tapi nama aku yang naik. Dalam contest Oreo baru-baru ni, nama husband aku sangkut untuk conso. So, dapat 2 tiket free Kidzania idaman anak-anakku.
Sabtu ni pun ada prize giving untuk contest CellLabs. Aku dapat Conso gak. Nilai dalam RM480. Lagi satu hadiah tajaan Dior, aku pass kat member office. Aku suka masuk contest tapi bila menang segala bagai berkaitan make-up, mmg aku prefer bagi pada yang pakai. Paling kuat, bedak compact or lipstik aku pakai. Set make-up penuh baru jer bagi pada kakak. Sorry...itu cara aku hargai, daripada simpan sampai expired. So, berbahagialah pada kakak-kakak aku sebab dapat adik yang tak suka make-up bagai tapi selalu dapat hadiah make-up. hehehhhh

Tuesday, October 9, 2012
WINGEL WOW CONTEST TABUR SIII EVERY WEEK
WINGEL WOW CONTEST
Tak perlu apa2 proof of purchase. Boleh masuk banyak kali. Setiap minggu, sorang pemenang akan dipilih untuk terima hadiah kat atas tu. Memang meriah. Contest ni berakhir 13 Disember. Jommm....
Labels:
Peraduan
Friday, August 10, 2012
Petang menembak dah (pernah dengar tak ayat ni?)
Last week aku discuss dgn encik hubby flow nak balik raya ke Melaka (yey!). Salah satu ayat yang aku kluarkan ialah petang menembak. Spontan dia tanya, apa kebenda tu? Tak pernah dengar pon. Aku rasa lapan thn kawen dengan dia, byk kali dah aku sebut tiap kali Ramadhan. Tp dia lupa kot. Setahun sekali sebut agaknya tak ingat tu (walaupon 8 thn---->8 kali sebut).
Agak2 korang pernah dengar? Tu istilah orang Melaka yg bermaksud petang raya (waktu petang, sehari sblm raya). Dulu arwah mak slalu cakap, "ketupat tu tak siap lagi, besok dah petang menembak". Dan paling sadis, masa kecik2 aku slalu dapat baju kurung raya masa petang raya (tu yg paling cpt), tak pon mlm raya or pagi2 raya dok menunggu dpn umah makcik.
Thn ni aku paling pening cari baju & seluar Reezqi. Walaupon baru 2 thn tapi saiz baju/pinggang kena cari yg 6 thn punya. Kalu tinggi mcm abg kakak dia takpe, dia plak rendang jer. Jd, lupakan parkson, sogo n segala bagai, aku tuju ke giant jer. Itu pon lps umi dia nasihatkan aku. Mmg best, byk jeans & slack yg selesa getahnya (tak mcm branded punya sbb ukuran normal). Jenis kain nampak cantik, tak nipis dan tak keras bedengkang. Kalu bawak dia ke taska pon, mesti parents lain ingat dia 4 thn. Budak 4 thn pon lagi kecik dari dia.
Share sikit sempena kemasukan mlm ke 21 mlm tadi:
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar.
Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:
1. Ahad atau Rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
3. Selasa atau Jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
4. Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
5. Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa apabila dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Wallahu'alam.
Cer tgk badan dia dgn kakak dan abang dia lebih kurang jer. Cuma dia nampak debab!

Tuesday, July 31, 2012
Ibu di China yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!
Sebelum tu aku nak wish encik hubby HEPI BESDAY!. Tahun ni kiranya sambut dalam bulan Ramadhan, sesuai dengan dirinya yg memang lahir bulan Ramadhan. Ok, meh sini aku nak share cerita yang takde perikemanusiaan ni.
Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.
“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”
“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”
Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!
p/s: Sedih aku baca kisah ni. Org yang xde anak mesti lagi sedih baca kisah ni.
Sumber: Jom Berita
Tuesday, July 24, 2012
Mari beramal bersama colgate - contribute RM3 menggunakan colgate
Ni pledge yg aku dah buat tadi.
We believe that all of us can make the world a better place, together. For starters, make a pledge to do good through our Colgate Mari Beramal App (klik kat situ ek)
When you do that, Colgate will contribute RM3 to selected orphanages for every pledge made and you are rewarded with a fun cover photo. Any when you invite your friends, RM1 is added for every successful response from your friend.
In fact, by simply liking this page, Colgate will donate 50 cents. Doing good can't possibly be any more simple or fun. So, this Ramadhan... Mari Beramal Bersama Colgate!
Labels:
Ramadhan
Tuesday, July 10, 2012
Cheese cake (tak payah bakar, just frozen jer)
Sedap tak tengok cheese kek ni? Ni dapat dari rakan fbook aku iaitu Pn Laksa Johor :).
Resepi and method dia very simple lor. Tak payah bakar2. Meh kita tgk
1.Base (A)
200 gm Biskut Chipsmore – blend halus
8 keping Biskut masin – blend halus
4-5 sd mkn Buttercup
2.Filling (B)
500 gm Cream Cheese Philadhepia
1 tin Susu pekat / sesedap rasa (guna ¾ tin je)
1 sd mkn Serbuk agar2 – masa kbersama air
1 cwn Air (200ml)
Perahan Lemon (sesedap rasa) / perasa oren
Cara membuat:
1.Gaulkan bahan A hingga boleh dikepal dan tekan dalam loyang/acuan.
2.Pukul Cream Cheese hingga berkrim dan masukkan susu pekat dan pukul rata.
3.Masukkan perasa oren dan agar2 yang telah dimasak dan gaul sebati.
4.Tuangkan di atas adunan td.
5.Taburkan choc chips atas kek atau apa2 pun yg sedap utk topping.
6.Sejukkan.
p/s: Base boleh tukar sesuka ati..oreo pn bole..
Labels:
Resepi
Subscribe to:
Posts (Atom)