Monday, June 29, 2020

Resepi Steamboat ala Kedai Johnny

Kali ni kita buat steamboat ala kedai Johnny. Yang penting, sos dia kena mantop. 
Bahan lain, ikut ler nak makan apa. Janji sedap dan puas hati. Buat sup senang je. Tumis garlic dan ayam sikit, letak air dan kiub ayam. 

Ni sup basic sebelum bahan2 steamboat dimasukkan. Dulu aku suka sediakan cendawan kecik besau bila ada steamboat. Tapi bapaknya tak bagi dah sebab perut makin sensitif.

Bab masuk segala bahan dalam piuk, si kakak memang suka nau.

Sedap bangat!

Ni watak utama menyedapkan steamboat

🌹Resepi Sos Steamboat ala Thai🌹
10 biji cili merah
5 ulas garlic
5 sb minyak bijan
5 sb cuka 
5 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap 
1 gelas  air
1 sb sunquick (Original Flavour ya)
2 sb bijan (disangai dulu)
1 sb tepung jagung (bancuh dengan air suam sikit untuk pekatkan sos)
Daun ketumbar (racik halus-halus)
2 sb gula 
1sk garam
.
CARA :
.
Blend cili merah dengan garlic. Masak atas dapur dengan air, bahan yang diblend tadi,  minyak bijan, sos ikan, cuka, kicap, sos tiram dan sunquick. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat kemudian baru masuk bancuhan tepung jagung.

Ni aku panggil botol 6 beradik untuk sos steamboat.

Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa dah ok, masukkan sikit bijan yang kita dah sangai tu dengan daun ketumbar. Letak sikit je 2 bahan ni dulu. Nanti  masa hidang makan baru letak lagi dalam mangkuk.

#KoleksiResepiAisah 
#SteamboatAlaJohnny
#SosSteamboat
IG: aisah1911

Wednesday, June 24, 2020

Resepi Laksa Kedah Padu by Noxxa

Dulu zaman study kat Kedah, suka nau makan laksa kat sana. So kat sini aku nak share resepi laksa Kedah yang padu.


Laksa Kedah - by noxxa
*Tips penting, selain guna 2 jenis ikan, sukatan air mesti dalam 3 Liter sahaja untuk sekilo ikan termasuk untuk mesin bawang ikan bagai nanti (air ni tips Ben Safwan)


Resepi:
Bahan A
Ikan pelaling sekilo dan ikan selayang (sardin) 1/2 kilo, buang kepala, HP 65 minit bersama 3 keping asam keping. Air masukkan 1.5 liter. Siap je, mesin ikan dengan semua tulang dgn guna air dari 3L tadi juga. Tak perlu tapis sebab semua tulang akan hancur sebab dah HP 65 minit tadi.

Bahan B:
Bawang besar 4-5 biji-mesin
Belacan sebesar ibu jari
Cili 2 sudu makan (ikutlah kalau nak lebih pedas)
Bunga kantan sekuntum dua (belah 4)
Daun kesum segenggam kecil
Lengkuas 2 inci hiris nipis

Campurkan semua bahan B di atas dan tumis dgn 2 sudu makan minyak dalam kuali. Masukkan air sikit kalau pekat sangat.

Air ikan dalam noxxa tapis untuk buang semua isi or tulang ikan yang tertinggal. Masukkan balik air tadi dalam inner pot. Masukkan bahan B yang dah tumis dan bahan A sekali. Tuangkan lebihan air dari 3L tadi. Masukkan 2 keping asam keping. Perasakan. HP 20 minit. Siap. Kalau tak HP, biasa laksa Kedah kena masak 2-3 jam untuk jadi betul2 kaw. Dah siap, keluarkan asam keping tadi. Sebab den guna asam keping muda jadi den biarkan je. Kalau asam keping yang gelap tu, sebaiknya keluarkan lepas HP. Nanti rasa masam menyegat.


Laksa Kering (Aku guna brand Jati)
Masukkan air paras laksa, sikit minyak, HP 12 minit. Dah siap, bilas dengan air paip. Gaulkan sikit minyak.

#NoxxaAisah
#LaksaKedah
#KoleksiResepiAisah
#LaksaNoxxa
IG: aisah1911

Thursday, June 18, 2020

Mobile Topup Shopee Ada Diskaun RM5 Tanpa Pembelian Minimum!

Lately ni aku rajin kumpul voucher diskaun mobile topup dari shopee. 1 voucher nilai dia RM5 dengan RM0 minimum spend. Giler best! Caranya, rajin-rajinlah siram pokok yang ada kat games shopee. 2-3 hari sekali aku akan redeem voucher. Meh aku share cara nak jimat ni.

Nampak tak harga yang aku bayar untuk topup bernilai RM30? Aku cuma bayar RM23.95! Sebab shopee memang bagi diskaun untuk topup yang kita beli. Kemudian tambah lagi diskaun RM5 hasil siraman pokok yang aku redeem. Setakat ni dah 5-6 voucher aku ada 😅. Jual kat kengkawan pon boleh.

Ni shopee games yang aku maksudkan. Banyak hadiah boleh redeem lepas siram pokok. Tapi ini voucher paling berbaloi bagi aku untuk redeem. Kalau habis stok, aku sanggup tunggu esok pagi or 12 malam untuk pilih voucher mobile topup ni. Ada gak yang pilih coins, voucher 10%, donut dan lain2. Tapi yang ini kita boleh jual or guna semula dan sangat2 berbaloi 😊.

Ada cara untuk cepat pokok besar. Biasa 2--3 hari setel. Sebelum tu lebih seminggu aku siram nak kasi besar. Hahahha. Tapi since joint group TELEGRAM SIRAM POKOK, cepatlah aku tuai hasil. Aku tekan ask for water, dan share di group telegram siram pokok tu. Pastu tiap hari aku akan visit friends yang sama. Simple.

Ni la group telegram yang aku maksudkan. Once aku siram pokok seseorang dan orang tu siram balik pokok aku, aku akan konsisten siram pokok orang yang sama. Senang! Akaun encik suami pon aku siramkan tiap hari. Bukan tu aje, tiap 2 jam aku siram pokok ni. Dari duk tengok hp sesaje, baik buat sesuatu yang datangkan hasil. Betul tak? Setakat ni lebih 10 voucher aku dapat dah.

Monday, June 15, 2020

Resepi Golden Egg Ball Crab Cheese

Golden egg ball namanya masa jumpa kat youtube. Resepi asal Yuka Fiza. Sebab barang simple je dan semua ada, kita try and error. Tapi beware! Sekali letak atas meja, sap sap soi je licin 😅. 

Nampak sedap tak?

Moh kita tengok resepi dia.

🥚Resepi Golden Egg Ball Crab Cheese🥚

Telur 6 biji-rebus dan kupas kulitnya
6 batang crab stik-rebus 1-2 minit
3 sb mayonis
1 1/2 sb serbuk cheese-bancuhkan dulu
Tepung bestari pedas (den campur bestari original sebab takut anak tak tahan pedas)
Bread crumbs
2 biji telur-pecahkan (ni untuk golek telur rebus nanti)
Lada sulah sikit
Serbuk seaweed (aunori)- tak letak pon sebab takde.

Cara:
Telur rebus tadi golekkan dalam telur mentah, salurltkan tepung bestari. Ulang 2 kali. Kali ke-3 salutkan telur, golek pulak dalam bread crumb. Ulang untuk 6 biji telur tadi. Dah siap, goreng dalam minyak dengan api perlahan. Ketepikan

Sementara tu, hancurkan crab stik. Jangan terlau hancur. Masukkan mayonis, cheese dan lada sulah. Gaul sebati.

Potong dua telur yang dah digoreng tadi. Pastikan pisau tajam tau. Letak crab stik cheese tadi atas telur. Sebab bebudak ni tak suka telur kuning rebus, maka mummy dia gigihlah korek kuning telur bagi keluar 😝. Baru letak isi crab tadi. Tabur serbuk seaweed (ni den skip sebab takde).

Resepi lain ada di insta aisah1911 ✌️

Saturday, June 13, 2020

Sushi Sedap, Halal dan Murah di Dah Makan

Anak bujang suka sangat makan sushi. Nak order sushi dari kedai Mitasu tapi jauh bebenor. Delivery je dah sama harga sushi 😅. Nak tunggu weekday, alahai lambatnya. So 1st time order dari Dah Makan application.

Suka sangat dorang dapat sushi ni. Rasa dia memang sedap! Setanding sushi Mitasu kat jalan Sultan Ismail. Antara chef yang buat sushi kat Mitasu adalah husband office mate. Suka sangat kirim doa sushi dan takoyaki kat dia 😂.

Rupanya harga delivery ala2 foodpanda. Yang penting, boleh COD or bayar online. Tak perlu masukkan kad debit bagai macam grabfood. Tengok situ, murahkan lepas masukkan voucher? Kalau nak voucher RM18, korang boleh masuk dari link kat bawah ni.

DAH MAKAN VOUCHER RM18

🌹Get RM 18 off for dahmakan! (RM 6 for each first 3 orders)

Get chef-made meals that taste just like home-cooked.

Signup with my link or use code AISAHHAPPY and save RM 18 on your next orders🌹

DAH MAKAN VOUCHER RM18

Monday, June 8, 2020

Resepi Jagung Cawan Masak Atas Kuali Semudah ABC

Siapa suka makan jagung cawan tapi rasa remeh nak kena kukus?
Resepi saya simple je. Masak guna kuali je beb. Malam-malam mintak pon takde hal.
Idea ni datang lepas penat kukus tiap kali anak nak jagung cawan.
Moga ramai lagi yg boleh nikmati.. 😊





Puas hati kan tengok kuah banyak macam ni
Antara watak utama dalam jagung cawan. Guna marjerin pon no hal.

- Jagung 500g
- Air 1/2 cwn
- Butter 1 sudu
- Susu pekat secukup rasa.
Masukkan jagung dalam kuali. Tambah air setengah cawan. Jagung dah lembut, masukkan butter. Last sekali susu pekat secukup rasa. Siap!

Resepi lain saya share kat ig Aisah1911. Saya start share kat ig selepas penat scroll resepi kat fb. Kat ig, cari gambar je.

Saturday, September 14, 2019

Nugget ala Mc Donald

Anak-anak kalau waktu pagi, selalu mintak sarapan yang berlainan tapi ringkas. Antara yang anak-anak suka ialah nugget homemade yang selalu orang jual. Harga sekitar RM16-RM17. Aku sanggup beli sebab rasa dia memang macam nugget Mc Donald (McD). Lagi pon support produk Muslim. Cuma kadang-kadang susah nak dapat.

Nugget Tempura Giant

Semalam kawan bagi tau. Dia beli nugget tempura giant, rasa sebiji nugget McD. Rupa pon sama. Tadi aku try beli sebungkus. Goreng...laju anak-anak makan. Anak-anak pon puji nugget ni macam nugget homemade or nugget McD. Harga RM11. Kira ok sangat bagi aku.

Sebelum ni aku ada beli nugget tempura Tesco, Ramly dan Marina. Memang semua sedap belaka. Tapi kalau nak makan rasa sama macam nugget McD, boleh cari nugget tempura giant ni.

Kalau nugget bersalut, anak-anak lebih suka nugget tesco.

Sunday, August 18, 2019

Resepi Daging Masak Asam Pedas Noxxa

Assalamualaikum dan hai semua. Banyak sangat dah sarang blog kecik ni. So sempena Raya Haji ni, saya share resepi daging masak asam pedas versi noxxa.

Sedap tak nampak?

Bahan-bahan
1 mangkuk sedang daging yang siap hiris
1 senduk cili kisar
Sebatang serai (ketuk)
3 hiris lengkuas
3 helai daun limau purut
Air asam jawa
Garam/perasa

Bahan kisar
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
2 biji cili merah

Cara-cara
Tekan mode stir fryer (SF). Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar, serai, daun limau purut dan lengkuas. Tumis sekejap. Masukkan daging, air asam dan, perasa/garam. Off mode SF, tekan pula mode high pressure (HP) 25 minit. Bunyi beep aje, lepaskan wap. Masukkan terung, SF 2 minit. Siap.

P/S: Kalau guna atas dapur, saya rebus daging sampai empuk dulu. Ketepikan. Tumis semua bahan macam kat atas. Air daging tu saya guna semula dengan gaulkan dengan asam jawa. Pernah masukkan daging mentah terus, 40 minit pun liat lagi 😅. Jadi better rebus asing.

Wednesday, December 19, 2018

Wakaf Pencuci Muka : Murah Tapi Sangat Bermanfaat


3 bulan lepas suami warded di salah sebuah hospital sekitar Kuala Lumpur. Sejam selepas waktu Zohor, baru aku sempat tunaikan solat.

Melihat susunan telekung yang tergantung bersih (lebih 20 pasang), aku rasa selesa sangat. Masa nak ambil wuduk, aku lihat bersusun PENCUCI MUKA pelbagai jenama yang ditinggalkan. Semuanya berlabel. Tapi bukan dilabelkan dengan nama staf tapi ia bertulis WAKAF. Wah! Memang bagus sangat. Pencuci muka tu semua sekitar RM10-RM15 je tapi cukup membantu. 

Hati aku terdetik, orang yang sedekahkan semua pencuci muka ni langsung tak risau pasal kecurian. Tapi alhamdulillah, selama 3 hari suami warded, elok je semua pencuci muka tu ada. Mungkin ini antara sebab telekung kat situ kebanyakkannya tiada kesan bedak berwarna coklat.

Selain telekung atau sejadah, banyak lagi perkara lain yang boleh kita sedekah untuk membantu memudahkan solat seperti selipar ambil wuduk. Walau bersifat sementara, sekurang-kurangnya kita berusaha mendidik diri bersedekah.

P/s: Tiap kali lepas azan, surau hospital penuh orang solat berjemaah.

Saturday, December 8, 2018

Trip Vietnam Ringkas Tapi Membantu

Aku cuma nak share sedikit tips trip ke Vietnam . Moga ia bermanfaat. Lagi bagus kalau ada yang boleh tambah tips kat komen nanti ye. Aku pernah share benda ni kat page IIUM awal tahun ritu.


1.Hotel
Sebaiknya kalau nak pilih hotel, type perkataan Ben Thanh di Agoda/Trivago/Booking atau mana-mana tempat booking hotel supaya hotel yang kita dapat berdekatan Malaysian Street atau pasar Ben Thanh. Sebab Malaysian tempat paling mudah cari makanan halal. Cuma hati-hati pilih sebab ada hotel yang bermasalah selepas payment dah dibuat, bilik boleh pula dah penuh. Contohnya kawan terkena dengan Ace Hotel.

Sebenarnya aku booking hotel agak jauh dari Malaysian Street/Pasar Ben Thanh. Perlu naik uber. Sebab masa tu tak dapat lagi gambaran kat sana. Jadi next time, aku akan cari hotel sekitar Malaysian Street, mesti syok shopping berkali-kali depan pintu hotelkan.

2. Luggage
Sebaiknya booking luggage hotel ikut keperluan semasa kita booking flight. Sebab kalau tambah kemudian hari, harga tersangatlah mahal. Contohnya aku tambah lagi 10kg, bayaran RM64 tak silap. Padahal masa booking tu RM45 je untuk 20kg. Kiraan runcit luggage memang mahal amat. Tu lagi baik dari kiraan kat kastam RM30 sekilo kan.

3. Tukaran Wang
Boleh download Easy Currency Converter bagi memudahkan kiraan tukaran wang asing. Application ni memang user friendly sesangat.

Aku nasihatkan sila tukar RM kepada Vietnam Dong (VD) semaksimum yang boleh. Walaupun ramai cakap orang Vietnam terima RM, sebenarnya ia sangat merugikan terutama di night market Ben Thanh, Sungai Mekong dan lain-lain tempat. Sebagai contoh, aku beli baju kat night market dalam nilai VD baru VD120k (RM20). Kalau aku tanya berapa RM, peniaga letak harga RM25. Memang rugi sangat. Jangan malas bermain dengan VD dan currency application. Sebab aku percaya korang sampai Vietnam, mesti beratus atau beribu habis borong barang.

Duit USD aku tukar sikit gak, dalam USD103 (RM400) . Dollar aku guna apabila nilai RM naik. RM naik saat akhir aku kat Vietnam. Dollar ni aku guna kat kedai tertentu Malaysian Street atau restoran. Night Market atau kedai biasa jangan guna sebab harga tak munasabah. Itupun sebab aku nak habiskan dollar kat tangan. 

Jangan risau, kat Vietnam kita yang tentukan nilai mana yang nak guna. Kalau night market Ben Thanh, dorang akan tanya kita nak bayar guna nilai apa. So, VD adalah nilai terbaik bagi aku. 

4. Transport
Untuk teksi, sila ambil Vanisun Taxi sahaja sebab confirm guna meter. Keluar dari Airport, ambil sebelah kiri, banyak Vanisun Taxi ni. Sebab ramai yang terkena bab teksi ni. Ada yang kira kepala pon ada. 

Boleh juga download grab/uber. Aku selalu gerak ke tempat jauh macam Linda Wholesale guna uber/grab. Yang pasti, naik transport kat Vietnam, wajib bayar guna VD ye.

5. Simcard, adaptor dan Botol Kosong
Sebaik kau keluar dari kapal terbang, berderet penjual simcard. Harga memang mahal iaitu dalam RM34. Bawa bersabar. Melepasi pintu airport, selepas ambil bagasi kat tingkat bawah airport, banyak orang jual simcard. Sekitar RM25-26 unlimited je. Beli satu cukup dah, buka hotspot dan share. Sebab 20G internet memang tak terguna. Penting internet ni untuk booking uber atau guna application currency coverter dan lain-lain.

Kat airport Vietnam, pastikan bawa botol air mineral kosong. Sebab dalam toilet dia memang takde air. Kita kena tadah air kat singki bawa ke toilet. Dorang cuma sediakan tisu. Jadi tidak mustahil kalau korang dengar orang menjerit takde air selepas buang air. Hahahh...

Adaptor sila beli kat Malaysia sesiap. Tapi kalau pandai merayau kat tepi-tepi pasar Ben Thanh, boleh dapat sekitar RM6. Adaptor ni nyawa traveller terutama untuk cas hp or masak.

Antara restoran pilihan aku

6. Makanan dan air
Nak jimat, korang tempah luggage 20kg masa nak pergi Vietnam khas untuk makanan je. Aku bawa roti berbuku2, makanan tin, minuman 3 in 1, rice cooker yang paling kecil dan ringan (banyak kat shopee or lazada) dan segala makanan yang boleh dibuat makan. Travel pan juga banyak jual kat situ (lebih ringan banding pan biasa).

Sebabnya aku peruntukkan makan kat restoran halal sekali sahaja (makan berat dan air kosong). Nasi/mee/kuew teow kat restoran halal sekitar Malaysian Street dalam RM11-15 sepinggan. Tapi penuh seafood. Memang sangat berbaloi. Nasi seafood kat Malaysia pon kau cuma dapat 1@2 ketul sotong dan udang yang kecut-kecut. Huhu...Air agak mahal, so buatlah air sendiri kan.

Air mineral beli kat market terdekat, simpan dalam peti ais atau kat hotel banyak-banyak. Sebab air paip kat Vietnam walau dah masak, lain gak rasa dia. Macam masin-masin je rasa kot.

7. Kopi Vietnam
Beli kopi yang halal kat restoran atau penjual kopi halal Vietnam. Kat penjual guna motor tu lebih murah. Sekitar RM10 sepeket (500 gram)

8. Kedai Tudung, Telekung dan Beg.
Kalau nak beli tudung Ariani, Duck, Almeera, Naelofa atau apa2 tudung branded termasuk inner, boleh usya di Malaysian Street pada waktu malam. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah banding Ben Thanh night market. 

Kedai telekung Siti Khadijah (SK) yang paling bagus bagi aku ialah kedai Al-Mubarak. Kedai ni ada 2 tempat kat Malaysian Street. Kedai ni kalau bab currency converter adalah lebih telus. Seingat aku, hari Isnin aku beli telekung SK yang paling berkualiti berharga RM70 (borong RM65). Hari Rabu try tanya balik, harga turun jadi RM65 (borong RM60). Sebab RM naik katanya. Aduhai...bukan sikit aku dan kawan-kawan beli. Rugi oiii.... Ariani juga antara paling murah kat Al Mubarak. Gred biasa2 boleh dapat RM15 je. Tempat lain semua lebih mahal dan cuma jual 1 jenis gred Ariani (mayb korang boleh share kalau ada kedai lain). Bonus terbaik, kedai Al Mubarak siap bagi tumpang solat. Aku tanya surau, dorang terus offer solat. Alhamdulillah

Kedai beg paling murah aku jumpa ialah di Malaysian Street jugak. Nama kedai Mai Anh Jewellery. Buka sekitar pukul 7.30-8 malam. Mula-mula aku bargain harga beg kipling balik kampung beroda kat kedai Mai Anh ni dapat RM48. Konon nak usya kedai lain kat Ben Thanh night market. Harga semua mengarut 3@4 kali ganda. Paling murah RM60. Tu pun puas gaduh. Beg Deuter pon murah. 

Kemain dapat naik sampan

Puas hati beli madu kat sini. Serasi dengan anak-anak.

9. Sungai Mekong.
Satu perkara paling best dapat ikut trip ke Delta Sungai Mekong. Harga sekitar RM65-150. Aku dapat harga RM100 full package termasuk makan tengah hari yang agak berat (Kari tenggiri, sup ayam, sambal udang, sayur, nasi, air ikut apa yang kita nak), naik bas, naik bot, naik sampan, naik kereta kuda, makan buah-buahan, madu dan candy kelapa yang fresh. Kat seberang Sungai Mekong juga ada jual beg kulit yang murah sebab kilang beg kulit memang kat sana.

Antara yang ada dalam trip ke Sungai Mekong.

Tapi pastikan package yang dipilih ada makan kat restoran Halal baru best. Lagi bagus kalau tau menu apa disediakan. Korang boleh booking sehari sebelum di sekitar Malaysian Street. 

Dalam perjalanan ke Sungai Mekong, bas akan berhenti di 1@2 kedai. Korang jangan cepat sangat nak membeli. Sebab kedai pertama yang bas berhenti, harga cenderamata dan segala beg tersangat lah mahal. Kedai ke-2, jauh dia sekitar lagi 10 minit nak sampai sungai Mekong (korang boleh tanya driver berapa jauh lagi perjalanan). Kat situ toilet memang bersih, kedai baju agak murah. Aku grab T-shirt Polo dewasa dan kanak-kanak baru sehelai RM15. Kain lembut dan tebal. Harga beg dan cenderamata juga agak murah. (jangan bandingkan harga beg kat kedai Mai Anh yang memang murah tu). Pencil case kipling boleh dapat RM10. 

Untuk trip Sungai Mekong ni aku naik bas start 9 pagi dan sampai hotel semula 6 petang. Kiranya peruntukkan sehari untuk trip ini. Malam sambung lah shopping balik.

10. Balik Airport dan Penimbang.
Sebaiknya minta hotel yang booking Vinasun Taxi untuk kita sebab harga tetap dan bukan ikut meter. Aku kena hari tu dalam RM30. Kira ok lah sebab petang tu tempuh jem 2 jam untuk sampai airport. Kalau guna meter, mau nangis kot. 

Hotel juga biasanya ada penimbang bagasi yang 60kg. Jangan lepaskan peluang pinjam untuk timbang bagasi sesiap. Kat kedai Vietnam kebanyakkannya ada penimbang. Lepas beli, boleh minta timbang juga. Contohnya telekung SK sepasang 700gm. Pihak hotel siap hantar ke bilik untuk aku timbang semua bagasi. Baik betul hotel situ.

Harap pembaca semua pon dapat share pengalaman korang yang jauh lebih fun pasal trip ke Vietnam ye.

Monday, December 3, 2018

Zaman Kolej Pernas UUM

Tetiba aku teringat zaman kat U dulu. 16 Mei 1998, aku start guna no matrik 25*** dan lalui orientasi yang sangat best. Mountain bike warna biru nila, tasik yang penuh ikan beribu lemon, jalan tar yang berbukit-bukau, the mall, dan yang pasti Kolej Pernas yang aku huni sejak Sem 1. Walaupun tempat ni aku sambung belajar dari Degree sampai Master, tapi kenangan semasa zaman Degree lebih lekat kat hati. 

Aku akui, zaman buat Master, aku terlalu concentrate pada study. Tak boleh enjoy sangat macam zaman lok-lak Degree. Dok sibuk berpersatuan. Tapi, pasal benda-benda macam tu lah aku rasa betul-betul rasa sebagai "budak kolej" ;). 

Panjat Gunung, kayuh basikal sampai rumah Naib Canselor kat hujung bukit nan tinggi tu, meeting kat PKP (tempat top untuk jumpa kwn2 dari kolej lain), makan di Cafe D9 Kolej Petronas, merayau di tasik sambil bergambar sana-sini dan yang paling best, seminggu 3 kali berlatih silat gayong dengan kawan-kawan dari pelbagai negeri, peringkat umur dan latar belakang.

Dengan pinjaman dari JPA, duit yang ada memang tak luak sangat kalau setakat nak makan atau beli barang-barang keperluan. Sepinggan nasi berlaukkan ayam/ikan + sayur baru RM2 atau kurang. Kalau rasa bosan, aku dengan kawan-kawan akan merayau ke kolej lain cari menu yang mantop-mantop tapi murah. Steak baru RM4.00. Rasa memang setanding macam kat Damansara Uptown.

Yang pasti, jadi student muda-muda dan sepenuh masa memang sangat sempoi dan seronok. Tak perlu kelek anak atau kerja-kerja pejabat nan bertimbun. Tapi, tu bukan halangan pada korang yang dah kawen dan further study. Sebab sepengalaman aku, belajar dengan orang yang dah berumur (masa buat Master dulu), memang berbeza. Ye la, aku tamatkan Master masa umur 26 tahun. Jadi, sangat beruntung bila dapat stuady group dan belajar dengan mereka yang dah bekerja dan berkahwin. So, result pon jauh ke depan bila dapat belajar dengan mereka :)

Yang pasti, aku tetap rindukan zaman 1998-2001 aku.....






DIY Penyangkut Kain Selepas Khatan

Semalam anak-anak berkhatan kat klinik Amal Medik Melawati. Alhamdulillah selesai dengan baik walaupun si adik agak complicated sebab badan besar dan anunya ke dalam selepas baring. Kos khatan laser abang termasuk seluar khas viral tu RM345. Adik RM415. Tapi sebenarnya anak-anak menangis dan tak selesa pun guna seluar tu.

Sampai rumah, asben terus ke hardware cari PVC untuk DIY tempat sangkut kain pelekat abang dan adik.

 Nak ke rumah Umi tadi, buka semula dan pasang semula

 Ini rupa tempat sangkut kain pelekat selepas dicantum semula

Ini masa kat rumah malam tadi. Inilah rupa selepas kain pelekat disarungkan ke dalam penyangkut DIY ni. Kreatif tak ayah? 😅. Abang dengan adik pon selesa masa tidur dan mudah keluar masuk. 

Lupa ambil gambar lagi satu. Sebab asben ada adjust bagi rendah sikit penyangkut tu. Waktu tidur, abang tidur atas toto yang dilipat dua. Adik asyik merengek berair mata. Tak nak tidur atas toto. Nak tidur kat kusyen. Sudahnya, terpaksa bawa turun tilam single nan berat tu. Fuh! Moga anak-anak cepat sembuh ye. Terima kasih Umi sudi jagakan anak-anak.

Wednesday, December 7, 2016

Rezeki berganda dari minuman: Peraduan Cuckoo Cash Hunt, Sunquick Fruitilicious dan Tropicana Twister Keceriaan Berganda

Kali ni aku rasa agak teruja nak update pasal kemenangan aku sebagai comper bilis-bilisan. Sebabnya ia libatkan menang cash secara berturut-turut. Alhamdulillah...

Lewat petang Isnin aku dapat panggilan dari Cuckoo. Aku terpilih masuk finale 11/12/16 Ahad ni. Kiranya top 20. Andai dapat tempat ke-20, dapatlah cash RM1000. Mudah-mudahan ada rezeki yang lebih besar menanti masa final nanti.
Ini emel yang aku terima kelmarin.

Selang setengah jam, result contest Tropicana Twister pula keluar. Aku menang atas 2 nama untuk 2 Disember dan 3 Disember 2016. Kecik-kecik pun tetap rezeki. Menang RM50 untuk tiap nama. Tropicana Twister ni ada 45 pemenang setiap hari. 44 pemenang akan terima RM50 dan sorang dapat RM1000. Fuh! Moga-moga kail aku mengena lagi nanti. Sebab sorang boleh menang 3 kali sepanjang peraduan. Korang refer FB TROPICANA ni untuk tahu lebih lanjut ye.

Lewat malam Isnin tu juga, aku dapat tahu result untuk peraduan Sunquick. Aku menang atas 6 nama! Weeee......happy giler rasa. Ada 100 winner seminggu yang akan dapat RM100. Jadi dapatlah RM600. Nak joint, boleh tengok FB Sunquick ini. 

Ada nama aku dan proxy kat atas ☺

Semalam pula keluar result Cuckoo yang minggu terakhir. Sangkut nama adik pula untuk RM300. Rezeki yang akan aku share dengan dia sebab banyak bantu dapatkan point saat akhir.
Dari contest Cuckoo ni juga aku dapat lebih RM500 voucher KFC. Lagi manis bila dapat share dengan orang sekeliling rezeki-rezeki ni semua. Moga-moga aku dan semua pembaca terus dimurahkan rezeki. Bukan senang nak senang. Banyak air mata di sebalik yang manis...Yang pasti, sokongan rakan-rakan terutama ofismate banyak bantu aku untuk menang.

Jom kita borong Sunquick dan Twister banyak-banyak (tapi aku jual balik untuk pusing modal. hahahhh....)


Thursday, September 22, 2016

Contest Cuckoo Cash Hunt RM300 Untuk 100 Pemenang Seminggu (13 Minggu)

Biasa kalau menang produk, aku dah makin jarang nak update. Lagi-lagi produk kecantikkan, lagilah kurang menyengat sebab banyak sangat dah menang. Hahahhh... Tapi kali ni aku nak share sebab menang bentuk cash. Tak perlu modal sesen pun.

Jom aku nak share contest yang tengah hangat sekarang sebab ramai sangat pemenang dia setiap minggu. Contest ni start dari 5 September hingga 4 Disember 2016. Setiap minggu pemenang akan terima RM300 (untuk 100 pemenang). Gila aku tak joint? Tu belum lagi hadiah Grand Prize untuk 20 pemenang yang memang best lah. Kat bawah ni ada cara untuk sertai. Sekarang ni dah masuk minggu ke-3. Kawan-kawan aku yang menang pun sikit je point badges dia dapat. Sekitar belas-belas point je pun dah dapat RM300. Ikut je arahan dia selepas install contest kat bawah ni. Tapi kena guna HP, bukan PC ye.

I'd like to invite you to install Cuckoo+ app (Apple http://goo.gl/dJ0lX9 ; Android http://goo.gl/SDi90c ) to stand a chance to win cash prizes from Cuckoo. Please enter my referral code 0162772441 during registration.

Sebagai pemenang minggu pertama sekitar Bangsar, ada beberapa orang dipanggil untuk ambil cash terus. Aku antara insan bertuah tu. Kononnya. Hahahh...

Ini result minggu ke-2. Nama aku dan encik asben sangkut. Total dapatlah RM600 minggu ni. Kiranya dah RM900 menang. Alhamdulillah. Cash pulak akan di bank in dalam tempuh 2 minggu. Cepat!Target aku untuk minggu-minggu seterusnya. Sape nak bagikan RM300 seminggu. So, korang joint lah. Lebih-lebih lagi baru masuk minggu ke-3 ni. Jangan buang masa lagi. Sayang sebab peluang bukan selalu. Good luck semua!

Ini dia maklumat contest CUCKOO CASH HUNT (tekan, jangan tak tekan)

Tuesday, June 7, 2016

Resepi-Resepi Popia Nestum dan Popia Cheese Terbaik Lagi Simple

Panjang nau tajuk entry kali ni. Sebab dah lama tak post pasal masakan. Dulu aku pernah post resepi popia kat SINI. Tapi kali ni aku nak post resepi popia yang lebih simple. Tak payah nak gulung bagai. Anak-anak pon boleh tolong buat, bukan tolong makan je kan. Popia keping macam ni lebih sedap makan banding yang gulung tu. Toksah cakap yang dinestum/dicheese ni aje sedap, makan kulit popia kosong gitu je pon dah sedap. Lepas try and error dari cik google, aku adjust sikit bagi betul-betul kena selera aku.

Memang sedap sangat! Resepi mudah, cara buat pulak sempoi. 

3 RESEPI POPIA 
Bahan asas:
Kulit popia digunting ala-ala papadom. Goreng hingga kekuningan, ketepikan. Aku suka kulit popia jenama KG
(Tips mudah potong kulit popia: Tarik sehelai-sehelai dulu. Susun dalam 3 keping, lipat-lipat dan gunting ala-ala papadom. Kalau korang tak tarik sehelai-sehelai dulu, punyalah payah nak bukak lepas gunting tu.

1). Popia Nestum Wow! Hahahh...nama kemain
Bahan:
3 sudu besar nestum
2 sudu besar horlicks (boleh gantikan dengan susu tepung)
1/2 sudu besar gula (lebihkan sikit kalau guna susu tepung)
(Campur semua, mesin kering. Gaulkan dgn kulit popia tadi)

2). Popia Wonder Cheese (Aku beli popia wonder cheese ni sebotol besar RM25).
4 sudu besar powder cheese
2 sudu besar nestum
(Campur semua, mesin kering. Gaulkan dgn kulit popia tadi)
‪#‎INIPALINGWOW

Kalau korang malas, boleh jer gaulkan kulit popia yang dah digoreng dengan powder cheese ni aje. Tapi sebab nak bagi lemak-lemak masin sikit, tu aku tambah 1 sudu nestum untuk setiap 2 sudu powder cheese.

Popia yang ditabur serbuk dari resepi Curry Cheese. Aku guna bekas berpenutup supaya senang nak balik-balikkan bagi rata.

3). Popia Curry Cheese Terangkat. Fuh!
2 sudu besar powder cheese
2 sudu besar kari daging
1 sudu besar nestum
1/2 sudu besar gula
(Campur semua, mesin kering. Gaulkan dgn kulit popia tadi)

Aku order online je powder cheese ni dari Ieman Cheese Powder Official. Sekarang pon dia tengah offer. 

Semua jenis popia ada dalam gambar ni. Bila botol kerepek pisang bertukar kepada popia nestum. Hahahhh. 1 paket besar kulit popia yang 40 keping tu, boleh dapat lebih kurang 4 balang besar. Memang untung la sape yang jual popia nestum/cheese ni. 

Modal popia nestum dan popia cheese (ikut harga Speed Mart99)
Kulit popia RM4.75
Nestum 250 gm RM3.95 (Boleh pakai banyak kali)
Powder Cheese 200gm RM13 (Boleh pakai banyak kali. Aku beli banyak-banyak sebab lebih murah dan jimat postage)
Horlicks 400 gm RM10.50 (Boleh pakai banyak kali. Nak jimat, guna je susu anak, rasa tetap sama dan sedap).
Barang-barang lain aku tak masuk modal sebab banyak je kat dapur. Bayangkan kalau buat projek popia nestum, siyes untung wei. Tapi aku buat makan je sebab tak larat nak gunting kulit popia. huahahhh. Dah simple pon banyak alasan lagi.

‪#‎sebalangtakcukup‬
‪#‎malasgulungsebabmacamnilagisedap‬

Wednesday, May 18, 2016

Abang Dah Tak Tidur Dalam Kelas! ~Gara-Gara Penangan Royallmix BD Complex Zhulian~

Abang Haider memang agak suka mengelat bab kerja sekolah. Bila aku tanya, madang jer cakap dah siap. Paling tidak, cikgu tak bagi kerja sekolah katanya. Aku tau, dia tak bermaksud nak menipu tapi mungkin badan terlalu letih. Hari jumaat, baru ada kerja sekolah.

Nak jadi cerita, Haider warded sebab cirit. Lama sangat. Dah ambil ubat cirit yang agak kuat macam Hidrasec pun takde perubahan. Jumpa PAED, niat cuma nak dapatkan prolactor. Tapi doktor suruh warded gak sebab bahaya katanya. Kena drip antibiotik (oral antibiotik akan buat cirit lebih teruk katanya). Alhamdulillah, tak lama warded. Cuma sambung prolactor sampai habis. Siap mintak bekalan tambahan sebab Prolactor adalah ubat terbaik untuk cirit banding yang lain.

Haider kalau cirit, memang aku stop bagi makan/minum apa sahaja berkaitan protein lembu. Cadang nak beli Isomil. Tetiba kakak sarankan Royallmix BD Complex yang mengandungi Serbuk Kacang Soya, Fruktosa, Lecithin Soya, Serbuk Madu, Kalsium Sitrat, Inulin, Debunga Lebah, Vitamin C, Jeli Raja, Bifidobakteria longum dan Bifidobakteria laktis.

Ok, aku suka berkataan Bifidobakteria iaitu antara ciri-ciri yang hampir sama dengan Prolactor. Rasa susu ni memang sedap wei! Ala-ala cereal/nestum gitu. Sebelum pegi sekolah, aku buatkan segelas untuk Haider. Balik sekolah, dia mengadu, perut dia kenyang sangat sampai waktu rehat. Jadi makan nasi sikit je. Part paling aku teruja, bila dia cakap TAK MENGANTUK DALAM KELAS! Aku pelik kenapa. Rupanya selama ni dia memang mengantuk dalam kelas. Adei...betapa aku tak siasat apa yang berlaku selama ni. Dah darjah dua baru tahu masalah dia.

Royallmix BD Complex keluaran Zhulian. Harga RM76.90 untuk 30 sacet 28gm. Sangat berbaloi

Masa dia warded selama 3 hari di Pusrawi

Aku biarkan dulu selama beberapa minggu. Aku tengok, dia makin rajin bawak balik kerja sekolah. Exam baru-baru ni, cikgu puji sebab matematik dia makin bagus. Dapat A. Subjek lain pun alhamdulillah. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya Haider duduk kelas paling belakang. Susu  Royallmix BD Complex ini sebenarnya buat anak lebih fokus dalam kelas. Sehari, aku bagi 1 sacet. Kakak dan adik aku bancuh segelas dan bagi dua. Kiranya 1/2 sacet. Bukan nak jimat tapi kakak dengan adik cakap tak boleh habis segelas. Kenyang sangat! Sepeket modal lebih kurang RM2.50, aku boleh tengok perubahan mendadak anak, memang sangat berbaloi. Harap-harap Haider akan dapat kelas yang lebih baik. Semua anak berpotensi, cuma kena cari punca dari akar. Mengantuk dan tak fokus juga boleh buat anak tertinggal dalam kelas. 

Cara bancuh: Guna air suam sekitar 45 darjah celsius. kalau panas sangat, sayang kat bakteria2 baik dalam susu Royallmix tu.

Monday, March 21, 2016

Bleeding, Rawatan D&C dan Makanan Berpantang Yang Simple

Allah genggam semua doa kita. Lalu dilepaskannya satu persatu di saat yang paling tepat.
Lama aku tak update blog. Lebih setahun! Pagi ni selepas terjumpa kata-kata di atas, tergerak nak update blog yang lama bersarang ni. Paling kuat pasal diri sendiri, aku update kemenangan atas contest-contest yang aku joint. Bukan tak menang, tapi tak terlalu kerap. Yang kerap pun cuma kecil-kecil. Last aku menang offline contest, Disember lalu. Loket dari Habib Jewels sebesar 5gm. Alhamdulillah.

Hari ni, dah masuk hari ke-6 aku berpantang selepas lalui rawatan D&C (Dilation and Curettage). Senang panggil, cuci selepas keguguran. 

8 Mac 2016
Aku start bleeding. Hanya segaris atas pad darah coklat gelap. Aku jumpa doktor dan ambil Dufaston. Makan terus 4 biji dan sambung 2 biji sehari. Hati dah mula sedih.

10 Mac 2016
Bleeding tak stop. Kuantiti yang sama. Teringat pesan doktor, kalau still bleeding hingga lusa, jumpa doktor balik. Jadi, aku datang balik, terus buat GL dan refer ke Pakar Pusrawi. Frust sebab difahamkan aku tak boleh jumpa doktor favourite aku, Dr Asmah Yun Mat Sidek. Katanya doktor tiada. Aku pilih doktor lain.

Sampai Pusrawi, ada kesilapan teknikal sikit. Disuruhnya aku minum air gula dan cek darah kat makmal dulu. Aku ikut jer walaupun pelik. Hahahhah....sengal. Tapi aku anggap, aturan Allah tu memang cantik. Aku terus mabuk kepayang dan ke bahagian O&G semula. Mengadu kenapa kena buat semua tu sedangkan tujuan utama aku bleeding. Tiba-tiba nampak bilik Dr Asmah Yun ada orang. Aku tanya, "tadi doktor kat jalan Ipoh kata takde tapi kenapa doktor yang saya biasa jumpa ni ada je? Tolong lah, saya nak jumpa Dr Asmah Yun". Nurse yang agak senior macam kesian kat aku, terus masuk jumpa doktor. Aku diarahkan rehat kat katil belakang. Akhirnya dapat refer Dr Asmah Yun. Nampak? Cantik tak aturan Allah? Disebabkan air gula yang memabukkan aku, aku dibenarkan tukar doktor. Terima kasih nurse yang buat silap tu :p.

Result dari scan yang dibuat menggunakan ultrasound transducer

Doktor cakap, baby kecik sangat iaitu dalam 5 wks. Sedangkan aku masa ni dah masuk 9 minggu 6 hari. Kantung macam takde janin. Aku terdiam, takut, semua ada. Doktor sambung dufaston (3 biji sehari) dan bagi MC. Aku tanya doktor, takde ke ubat yang boleh bagi baby besar lagi. Doktor gelak, dia terangkan dufaston sebenarnya vitamin untuk baby dan beri ruang kepada baby supaya dapat lebih oksigen. Orang biasa panggil ubat kuat rahim tapi dalam masa yang sama bagi vitamin pada baby. Huhuhu.....malu aku. Tapi at least dapat info baru. Doktor bagi seminggu, kalau takde perubaan, aku mayb kena buat D&C. Siyes, aku rasa down teramat sangat, sampai rumah terus menangis.

15 Mac 2016
Hari ni besday anak bongsu aku, Airis Reezqi. Cuma dapat wish saje dulu, cadang hujung bulan nanti buat besday dia kat tadika. Sampai ofis, aku makan nasi lemak sebungkus kecik harga RM1.20. Lepas makan, dalam pukul 8 pagi aku rasa macam pad agak basah. Aku cek kat toilet, penuh pad aku fresh blood. Kawan office mate terus hantar aku kat kecemasan Pusrawi. Sampai sana, aku tukar pad lagi, perut agak sakit. Lepas refer doktor, aku warded. Pilih bilik 4 bed dengan penuh confident! 

Sampai wad, aku orang kedua dalam wad tu. Perasan gak, banyak katil kosong kat wad lain. Lepas tukar baju, aku naik wheel chair untuk jumpa Dr Asmah Yun. Doktor cek, kantung masih ada tapi janin dan heart tetap takde. Doktor cadang buat D&C hari tu jugak. Doktor minta aku sign form untuk masuk bilik Oper Theatre (OT) nnt.

Sampai wad, tukar plak baju OT. Pukul 4 petang, baru aku ditolak ke bilik OT sebab kena puasa 6 jam dulu. Pakar bius iaitu Dr Zul terang pada aku serba sedikit pasal bius. Aku difahamkan akan dibius penuh. Mujur nurse dan pembantu dalam bilik O.T semua lembut-lembut. Hati memang berdebar sebab dah lama tak dibius penuh. 

Sebaik nampak Dr Asmah Yun, hati lagi takut. Sebab ini kali pertama aku gugur dan kali pertama buat D&C. Aku dipakaikan oksigen dan Dr Zul terus masukkan ubat bius dari tangan kanan aku yang sudah berjarum. Sedar-sedar, ada orang panggil aku. Tengok jam dah pukul 5.35 petang. Badan rasa lemah dan ngantuk sangat. Kemudian aku terus ditolak ke wad semula. 

Bila encik husband sampai, air mata menitis-nitis. Aku rasa kosong giler. Aku cakap dengan suami aku nak tukar wad 1. Tapi semua wad 1 & 2 dan penuh. Lagi aku menangis. Menyesalnya amik 4 bed tadi. Aku tak sangka akan rasa down seteruk ni lepas buat D&C. Wad 1 sahaja dibenarkan untuk suami teman. Jadi malam tu anak sulung aku si Wardatul Arissa teman aku di wad. Pukul 9.45 mlm, baru aku dibenarkan makan. Tapi memang tak lalu lah. Pergi toilet pun terhuyung-hayang dipapah suami. Masih rasa mabuk. Aku decide, tak nak minum malam tu sebab takut jatuh masa pegi toilet. Malas nak kacau nurse setakat pegi toilet. Chewah! Boleh plak macam tu. Oh ye! Selepas buat D&C, aku dimasukkan ubat kecut rahim.

16 Mac 2016
Dalam tengah hari doktor datang cek. Aku dibenarkan keluar hari ni dan diminta datang follow up pada 30 Mac nanti. Aku dibekalkan beberapa jenis ubat dengan MC untuk 2 minggu. Maka bermulalah sesi berpantang aku di rumah.

Ini memang makanan wajib aku setiap kali berpantang terutama halia goreng besar mancis. Bawang putih dipotong nipis-nipis dan digoreng sampai rangup. Pure black pepper yang disangai dan ditumbuk lumat dan ikan bilis goreng. Semuanya dibuat oleh encik husband. Aku rasa dia goreng bawang putih dan halia lebih cantik dari aku yang kadang-kadang terhangus sikit atau tak rata. Makan dengan nasi panas-panas or roti bakar. Kalau makan dengan roti bakar, bubuh halia goreng dengan ikan bilis je. Yang penting, makan dengan nasi apa pun, aku memang bubuh semua ramuan kat atas tu.

Aku berbengkung jenis zig zag tu (bengkung free tiap kali beli set bersalin amway). Sebelum berbengkung, pakai losyen halia jenama Yusmira dan pakai stokin. Tapi takdelah sampai berpilis bagai. Over plak! Encik husband memang garang jaga orang berpantang ni :p. Arahan dia, berpantang untuk Sebulan lebih. Fewwww!!! 

Sekali update, panjang nau plak. Apa-apa pun, lain orang, lain pengalaman dia. Aku sekadar share pengalaman kecil aku. Moga Allah permudah dan permurahkan rezeki aku sekeluarga dan rezeki para pembaca semua. Insya Allah.

Wednesday, February 25, 2015

Bahasa Lelaki Kepala Serabut Serabai---Wah! Baca Tajuk Ni Pun Dah Buat Kita Serabut. Erkk...

Mungkin ramai wanita di luar sana tak terjangkau akal tahap kemarahan lelaki. Mungkin juga ada yang tak selesa membacanya. Mungkin juga ada yang nak tahu sangat. Tapi aku tetap share ilmu yang dikongsi oleh En. Ahmad Saifuddin Yusof ni untuk rujukan :).


Apabila lelaki berhadapan dengan sesuatu masalah. Bahasa dan tingkah laku mereka berbeza berdasarkan tahap kritikal masalah itu dan situasi semasa yang mereka hadapi.
Sebagai contoh, masalah yang dihadapi adalah terlebih bajet untuk bulan lepas. Jadi, ada bil yang belum dibayar. Kadar masalah itu tidak kronik, tetapi tiba-tiba anak meminta untuk dibelikan hanfon kegemarannya. Respon seorang lelaki akan berbeza daripada situasi normal.
Tetapi, sekiranya tahap masalah itu terlalu teruk dan dia berhadapan dengan situasi yang sama seperti di atas. Responnya adalah lebih berdiam diri dan menjawab perlahan.

Lebih mudah difahami berdasarkan skala berikut :
TAHAP JINGGA
Tahap ini kepalanya terganggu sekejap sahaja. Bagi lelaki yang suka bercakap, pada tahap ini dia akan berleter mengalahkan maknya sendiri. Ada kalanya, hal yang remeh sahaja. Walaupun ada hal yang besar, kadar kemarahannya tidak terlalu teruk. Tahap ini berlaku apabila dia ada masalah² kecil seperti bil lewat bayar, hilang barang keperluan, gangguan kecil di tempat kerja dan sebagainya. Selain itu, apabila dalam keadaan lapar, penat dan mengantuk, tahap serabutnya berada pada tahap ini bagi sesetengah lelaki. Bagi yang 'cool', lapar pun dia tidak kisah, dia boleh cari sendiri.

TAHAP MERAH
Tahap ini boleh berlaku apabila melibatkan peribadi dan perasaan. Pertengkaran yang berpanjangan, masalah yang berlarutan. Difitnah tanpa sebab dan seumpamanya boleh membuatkan lelaki bertukar karakter 180 darjah. Lazimnya, lebih banyak diam dan kehidupan mula tidak keruan. Kain baju yang selalu disidai di tempat khusus mula tidak dipedulikannya. Dengan anak² pun hanya senyum sahaja. Tiada lagi cerita kelakar dari mulutnya, tiada lagi gosip tempat kerja. Diam seribu bahasa. Sudah tidak bercakap tentang makanan. Dia makan sahaja apa yang ada. Dia tidak suka, dia diam sahaja dan akan cakap 'tidak mahu' atau 'tiada selera'.

Tiada ubat melainkan ketenangan hati untuknya. Bagi yang baik, mereka akan mula mendekati masjid, solat dan Al-Quran. Dan mula bertenang perlahan-lahan. Ia akan ambil masa yang lama. Bagi yang lain, mula banyak buang masa dengan lepak bersama kawan². Jika tiada kawan, mereka akan cari 'seseorang' sebagai teman penghibur hati. Bagi yang mampu, tidak pelik akan menambah isteri. Mereka bertindak atas logik sendiri.

Apa tindakan pasangan? Jadikan rumah dalam keadaan tenang, usah dicari lagi salahnya yang lain walaupun berbakul² salahnya sebelum ini. Diam sahaja dan hanya tanya perkara yang penting. Dalam keadaan ini, lelaki dalam mode re-format. Mereka akan restart dan bertindak sendiri. Andai mahu berkongsi cerita, pendekkan setiap cerita. Mereka masih mampu mendengar cerita. Apabila mereka mula bercerita sesuatu, hatinya bertambah tenang, hadiahkanlah masakan kegemaran. Usah dikenang luka yang lama, jalan terus. Suami sudah install OS baru ketika itu, cuma RAM-nya belum cukup bertindak lebih laju. Kuncinya bertenang dan sabar.

Bagi lelaki yang teruk, dia akan buang masa bertahun² lamanya dan langsung tidak peduli hal rumahtangga sehingga berpindah ke tahap seterusnya.


TAHAP HITAM
Semua yang membaca nota ini boleh membuat andaian sendiri. Ketika ini, si lelaki tidak lagi berusaha untuk selesaikan kepalanya yang serabut, sebaliknya dia akan lari dari masalahnya yang bertimpa². Sudah jatuh ditimpa tangga, tertempek taik, dipijak orang, terus tertelan taik lalu muntah terburai. Keserabutan kepalanya sudah sampai ke kemuncak sehingga dia tidak lagi mempedulikan diri dan keluarganya. Tiada siapa yang boleh hidup dengan lelaki sebegini kecuali dia beralih ke tahap merah dan memikirkan keluarga serta dirinya.
Dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Dia Pemilik dunia, Dia lebih tahu segalanya.

Monday, February 23, 2015

Bahasa Lelaki dan Diam

Bahasa yang agak kompleks gak ni. Terima kasih En. Ahmad Saifuddin Yusof atas perkongsian ini.


Antara bahasa lelaki yang sukar difahami wanita adalah apabila lelaki diam tanpa sebab.
Apabila lelaki balik dari kerja dan dia diam seribu bahasa. Ia punyai banyak maksud. Antaranya dia terlalu penat lebih dari biasa dan mahu berehat. Ada kemungkinan kerja yang penat itu tidak membuahkan hasil yang sepatutnya, maka dia diam.

Apabila balik dari kerja dan dia diam, tetapi mata seperti menonton tv. Sekejap mata ke arah tv, sekejap melihat hanfon, menaip sesuatu. Kemudian lihat tv semula, kemudian lihat hanfon. Ia bermaksud ada sesuatu perkara yang perlu diselesaikan olehnya. Sama ada masalah besar atau projek besar. Sebaliknya jika dia tidak menaip sesuatu tetapi bermain 'game' itu mungkin dia mahu tenangkan hati dan mahu lupakan masalah yang dihadapinya. Masalah itu pula tidaklah masalah yang teruk. Cuma merunsingkan dia sahaja.

Apabila lelaki diam kemudian tidak lama di rumah dan terus keluar. Makan pun tidak, minum tidak. Ada beberapa kemungkinan, 
1) masalahnya sangat teruk. Dia perlukan ketenangan hati di luar. Mungkin dia ke masjid atau berjumpa kawan² untuk selesaikan masalah itu. 
2) ada perbuatan isteri yang sangat menyakitkan hatinya. Itu sebab dia keluar sebagai tanda protes. Sekiranya dia balik semula, mohon maaf dahulu barulah tanya apa yang berlaku. 
3) jika tersangat kerap berlaku demikian, mungkin dia sudah tidak suka berada di rumah.

Apabila lelaki diam dan asyik baca Al-Quran, baca buku, tengok hanfon sekejap², kemudian hanya tanya tentang makan dan pakaiannya sahaja
1) Itu mungkin bermaksud dia ada lakukan kesalahan peribadi. Usah ditanya apa², sediakan sahaja makan minum untuknya. 
2) Keadaan lepas bertengkar biasanya begitu yakni bertengkar perkara biasa.
Apabila pasangannya sedang bercakap dan lelaki diam tanpa respon. Ketika itu otaknya sudah di tempat lain. Otaknya sedang ligat fikirkan sesuatu sama ada perkara yang difikirkan itu boleh jadi berfaedah atau sebaliknya.

Tips Apabila Lelaki Diam.
1) Jangan sesekali tanya kenapa dia diam. Buat macam biasa sahaja dan sediakan apa yang biasa dilakukan.
2) Apabila dia keluar lama, jangan ditanya apa². Apa dalam kepalanya lebih besar daripada soalan isterinya.
3) Apabila dia mula bersuara, jangan disindir atau perli. Jangan kita pula yang 'moncong' sebagai tanda protes.
4) Andai lelaki memang jenis pendiam sejak lahir. Puan lebih faham apa yang berlaku.

Wednesday, February 18, 2015

Bahasa Lelaki dan Menonton TV

Agak-agak sama tak dengan lelaki kat rumah kita? Ni pandangan En. Ahmad Saifuddin Yusof. So, terpulang pada penerimaan memasing pasal bahasa lelaki semasa menonton tv. Tapi yang cover nangis bab citer sedih mmg rare :D


Apabila lelaki tidak mempedulikan gajet dan perkara lain sewaktu menonton tv, sudah terang lagi bersuluh dia memang suka rancangan itu. Dia akan tercongok di depan tv.

Apabila lelaki menonton tv sambil sekali sekala bermain gajet atau menaip mesej. Rancangan tv ketika itu hanya membuatkan dia berehat sahaja dan mungkin ketawa sekali sekala.

Apabila lelaki sekejap mencatat sesuatu sekejap menonton tv, kemudian berlaku berulang kali demikian. Itu bermaksud dia sedang memikirkan sesuatu dan rancangan tv itu hanya hiasan sahaja di matanya.

Apabila lelaki yang sedang menonton tv tiba-tiba bangun dan langsung tidak peduli pada rancangan tv lazimnya ke bilik atau studio kerja. Itu bermaksud dia sedang serius berfikir dan ideanya sedang mencurah-curah. Jika dia terus keluar rumah, sama ada dia ada urusan penting dengan seseorang atau dia sedang hadapi masalah yang besar dan perlu bersendirian. Ia lebih jelas apabila rancangan tv itu rancangan kegemarannya.

Apabila lelaki sedang menonton tv sambil hirup minuman atau makan snek. Itu bermaksud rancangan itu tidak memerlukan dia berfikir, lazimnya rancangan perlawanan bola sepak. Jika menonton filem yang disukainya, minuman dan makanan mungkin lambat habis.

Apabila lelaki tidak suka sesuatu rancangan, lazimnya dia akan mengucapkan sesuatu bagi menggambarkan rancangan itu. Paling ringkas ungkapan, "Cerita apa ni?" Sambil tukar ke cenel lain. Jika rancangan nyanyian yang tidak disukainya, dikutuk penyanyi itu, jika filem dikutuk ceritanya atau pelakonnya. Jika rancangan bual bicara, dikutuk topik atau panel yang sedang bercakap. Ayatnya ringkas sahaja. Andai ada sambungan ayat lain, ia berkaitan dengan rancangan itu di waktu lain.

Apabila lelaki menonton tv di rumah yang dia tidak biasa dan ketika rancangan kegemarannya berlangsung, dia akan cari jarak yang tidak terlalu dekat, tetapi tempat yang selesa. Lazimnya tempat bersandar.

Apabila lelaki menonton rancangan tv yang digemari, lazimnya mereka tidak baring. Begitu juga dengan wanita. Andai mahu baring juga, lelaki akan baring mengiring sambil menonton tv dan tangan menongkat kepala. Situasi ini berlaku apabila dia sudah sangat penat dan mengantuk. Kemudian dia mungkin tertidur.

Apabila lelaki lama tidak menonton tv. Dia mungkin sedang hadapi urusan penting yang perlu diselesaikan atau masalah yang serius.

Apabila lelaki sedang menonton rancangan yang dia suka, tiba-tiba sahaja dia bangun di bahagian babak yang sedih. Lazimnya, air matanya sudah bergenang. Dia akan 'kaver' dengan pergi ke arah lain atau ke dapur, minum air, atau ke sinki untuk berkumur-kumur tanpa sebab atau terus sahaja ke bilik air dan menangis di bilik air itu semahunya. Kemudian, dia akan keluar sambil buat-buat ada selsema. Paling ekstrem, andai dia masih belum mandi lagi, dia akan capai tuala dan terus ke bilik air, menangis sambil mandi. Lazimnya, dia menangis apabila babak itu ada kaitan dengan dirinya.

Lelaki boleh menonton rancangan atau filem yang sama dengan kadar kesukaan yang sama pada semua babak dalam filem itu. Sangat jarang mereka memilih babak tertentu dan tidak menonton babak yang lain. Jika begitu, filem itu belum capai tahap gemar yang tinggi.