Friday, June 18, 2010

Susah ke nak buat???



Kadang-kadang aku heran dengan sikap sesetengah parents. Kita ni kalau nak mencari rezeki pun jangan lah sampai abaikan kebersihan or kesihatan anak-anak. Aku pun working mother jugak dan memang terpaksa hantar anak-anak ke rumah baby sitter dan cuma sorang jer kat taska. Tiap-tiap hari memang tak boleh elak bangun pukul 4.30 pagi. Paling lewat pun pukul 5 pagi.

Tapi aku tetap potong kuku anak-anak. Benda ni memang paling aku jaga. Anak-anak kalau dah selsema, memang lagi aku jaga. Kena pulak kalau hantar kat tempat yang memang ramai kanak-kanak. Tak rasa bersalah ke kalau anak kita dah sebulan selsema (selsema yang hingus hijau plak tu)? Aku kesian tengok kanak-kanak yang baru nak sihat tapi selsema balik gara-gara kanak-kanak lain. Kalau tak kesian kat Anak orang lain pun, kesian lah kat anak sendiri yang menderita selsema.

Yes, ada parents tak setuju bagi anak kecik ubat selsema. Tapi takkan terfikir nak bagi vitamin C ke, Agel ke or apa-apa yang boleh bagi anak sihat semula. Aku rasa lagi kesian pada anak-anak yang ada asma. Kelam-kabut parents dia orang jaga kesihatan anak masing-masing tapi parents lain buat tak tau jer. Pegi klinik tapi cuma klinik biasa.

Lagi satu, hantar anak ke rumah pengasuh/nursery dalam keadaan tak mandi (bagi anak-anak yang dah lebih setahun). Paling tidak pun, tukar lah pampers tu. Ni, dibiarkan pampers tu melayut semacam. So, fikir-fikirkan lah

Thursday, June 17, 2010

Rambutku dan Reezqi Seiringan...

Nampaknya rambut aku dah mula tunjuk tanda-tanda nak gugur.... Kalau tengok widget kat atas sebelah kiri, umur Reezqi nak masuk 100 hari Rabu depan. Rambut aku masih dalam kategori ok lagi. Cuma aku kurang disiplin dalam pengambilan supplement. Calsium dan B-Complex on-off jer. Kalau betul-betul jaga plus dengan Protein Amway, Insya Allah rambut tak teruk gugur. Risau gak ni.

Tapi kalau aku terus dengan sikap on-off, memang rambut dan Reezqi aku seiringan berjalan. Anak makin bijak dan rambut semakin teruk gugur....

Monday, June 14, 2010

Mak dan Rejabnya....


Bila masuk bulan Rejab, aku terus teringat kat arwah mak. Macam tahun lepas, dia akan call aku bertanya untuk confirmkan bulan Rejab dah masuk ke belum. Paling dia nantikan kalau dah masuk 27 Rejab. Aku macam biasa akan remind dia kalau 27 Rejab hampir tiba. Kelebihan puasa pada 27 Rejab ialah umpama mendapat pahala berpuasa selama 5 tahun. Dan arwah memang rajin berpuasa walaupun bukan bulan Rejab....

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”


Friday, June 11, 2010

Kat Mana Ada Cloth Diaper Murah?


Aku teringin nak try Cloth Diaper (CD) brand Bamboolite or Dyana. Tapi harga dia boleh tahan. Dyana yg satu insert dalam RM45. Bamboolite paling murah RM54. Brand apa lagi ye yang boleh guna sampai 18kg (jenis one size)? Kalau boleh microfleece or bamboo. Atau ada ke sape2 yg jumpa brand bamboolite dgn harga lebih murah? Chewah!

Monday, June 7, 2010

Kalau Aku Diberi Peluang Kembali....

Kalau aku dapat putar kembali waktu mengandungkan reezqi, tentu aku nak buat benda ni. AKU TAK AKAN BELI APA2 SET BERSALIN. Bukan set Amway tak bagus tapi disebabkan pelbagai masalah aku hadapi sepanjang berpantangkan dia, banyak benda aku tak guna. Pil makan pun abis lepas Reezqi dah nak masuk 70 hari! Anak2 lain, memang aku guna KESEMUANYA.

Apa aku akan buat kalau diberi peluang putar kembali (macam dapat)? Aku cuma beli Gamat Healin, Hi-Goat 4-8 kotak, Calsium Magnesium, B-Complex dan Protein (semuanya Amway). Sebab Calsium dah tentu2 boostkan susu aku (ada Alfafa) dan B -complex dapat kawal emosi dan bagi tenaga. Protein untuk boost susu gak dan untuk pulihkan jahitan. Hi-Goat bagus untuk buasir dan lawaskan buang air serta anak pun cepat baik dari kuning. Set bersalin plak, aku terpaksa guna minggu ke-4 sbb anak kena kuning/jaundis.

Dan hati pun tak terkilan kalau tak habis guna set bersalin. Sebab dengan menyusu, badan pun tetap cepat turun kalau tak guna set bersalin. So, pada bakal-bakal ibu kenalah fikir-fikirkan benda ni ya.


Thursday, June 3, 2010

Kembali BercDing


Haider dengan koleksi CD nya

Antara koleksi CD yg ada

CD terbaru aku beli (Autumnz)

CD paling aku sayang (Thirsties)

Sebaik habis jer pantang, aku kembali bercding semula. Cuma waktu malam, aku still guna pampers. Sebab sekarang aku perlu keluar dari rumah seawal 6.20 pagi. Lain lah dulu, aku keluar keje dalam pukul 8 pagi. Kalau lah pagi tu anak aku buat poo..poo.., aku tak sempat nak basuh. Kecuali waktu cuti, aku boleh fully Cding.

Reezqi masih guna pampers. Kalau dia dah mula stabil buang air besar (1-2 kali jer sehari, baru aku guna CD). Skarang ni lebih kepada abangnya. Aku target bulan 7, Reezqi guna CD.

Aku ada try beberapa jenis CD. Tapi coola baby (terutama AIO) dan Thirsties gak tetap di hati. Reason dia senang jer, anak selesa. Aku baru beli brand Autumnz. Cantik dan lembut tapi anak tetap request dua brand kat atas tu. Walaupun boleh guna sampai 18kg, aku tengok sama besar macam coola baby jer. Lunatots pun ok material dia tapi kecik macam Autumnz gak. Cuma Thirsties, kita terpaksa beli ikut size. Tu yg sakit. So, aku pilih coola baby.

Brand paling buat aku geram is Palm & Pond. Walaupun kita beli saiz besar (XL), sebenarnya kecik jer. Material pun tah apa-apa (Macam plastik). Better guna CD pureen (insert napkin). Shinies ok tapi insert kurang menyerap. Kasih sayangku plak agak mencengkam kat bahagian paha. Lain2 brand, sekadar percubaan kali pertama (dan terakhir sebenarnya :) )So, pada yang nak berCding, aku nasihat beli dalam jumlah yang sikit. Nanti menyesal plak.

Kiddy Wash

Pasal sabun plak, aku undi Kiddy Wash (Cosway). Sebotol aku guna hampir setahun (Aku basuh CDs 2 hari sekali). Memang orang kata boleh guna sabun murah yg basic tu (macam fab, daia). Tapi yg susahnya, kalau terlebih guna sikit, mula ada something build up dan CD mula bocor. Dan aku percaya ramai moms kat luar sana slalu putus asa sebab masalah CD bocor. Sabun salah satu sebabnya. Aku beli dua sebab bulan ni ada offer (RM17 untuk 2 botol).
Yang pasti, aku jimat berkali-kali ganda bila guna CD ni since awal tahun lepas.