Friday, December 26, 2014

Batalkan hiburan dan gantikan bantuan buat semua mangsa banjir 2014

Rumah di Melaka dah start naik air. Baba dah get ready untuk banjir yang dah berpuluh tahun tak melanda kampung kami. Patut balik arini tapi semua terpaksa batalkan :'(. Semoga Allah permudahkan semua urusan berkaitan pengurusan mangsa banjir di seluruh negara terutama di Pantai Timur. Memang sedih bila tengok mereka-mereka yang terputus bekalan makanan, elektrik, air dan hubungan dengan orang lain. Hopefully negeri-negeri lain pun bertindak seperti titah Sultan Perak agar semua hiburan dan sambutan tahun baru dibatalkan. Bencana tahun 2014 tak putus-putus menguji kita termasuk banjir besar yang sedang melanda.

Stesen pam minyak di Kuala Krai yang tenggelam


Aku banyak follow fb Infomasi Bencana untuk tau berita terkini pasal banjir, selain media lain.  Kat sini aku share antara page yang rancak kumpul sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir:

PUSAT GERAKAN BANTUAN KECEMASAN MANGSA BANJIR MUSLIM CARE (24 JAM)
Muslim Care telah melancarkan Pusat Gerakan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir yang akan merangkumi negeri-negeri yang ditimpa bencana iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan yang terbaru di Perak.
Pusat gerakan bantuan kecemasan ini akan ditempatkan di Kompleks Darul Thibbun Nabawi, di Seksyen 8, Shah Alam.
Setakat ni 1 team Muslim Care yang diketuai oleh Hj Johari Ismail telah sampai ke Pasir Mas, Kelantan. Target kami adalah untuk mengumpulkan segala bantuan untuk disampaikan di tempat bencana. Sumbangan mendesak yang diperlukan adalah:
1. Wang Tunai
2. Selimut
3. Lampin Pakai Buang (Pampers)
4. Susu Formula
5. Botol Susu
6. Beras
7. Gula
8. Garam
9. Telekung
10. Makanan dalam Tin (Lauk)
11. Biskut
12. Air Minuman
13. Tuala Wanita

Wang tunai boleh disalurkan kedalam akaun kami seperti berikut:
Maybank Account: 
564490413882 Muslim Care Malaysia
RHB Account: 
26-2120-0000-4747 Muslim Care
Bank Muamalat Account: 
14010007654717 Muslim Care Malaysia
Bank Islam: 
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia

ataupun sumbangan online di http://www.muslimcare.org.my/derma/
Barangan boleh dihantar ke Pusat Operasi kami di:
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
Jalan Tebing 8/8, Seksyen 8,
40000 Shah Alam, Selangor

Blh tekan banner ni untuk tengok FB Muslim Care

Ustaz Ahmad Dukusi Abd Rani yang banyak bagi kata-kata semangat dengan penuh hikmah. Suka sangat cara dia.

Wednesday, December 24, 2014

Penutup contest 2014 yang manis

Since minggu lepas, banyak winner list yang keluar berkaitan dengan aku. Walaupun kadang-kadang bukan dari nama sendiri tapi hepi sangat. Sebab usahanya tetap diri sendiri. Ekceli banyak dah hadiah yang aku tak sempat update. Paling kuat, aku share kat FB sendiri.
  
Ni hasil tuaian tajaan blu inc. Hadiah paling tak jangka ialah DVD bluray tu. Aku masuk last minit sangat-sangat. Pastu dapat panggilan menang DVD ni. Nilai dia lebih RM400. Sebab bluray yang aku menang sebelum ni pun dah RM370. Bluray kali updated sikit. Dah pun dijual harga kawan-kawan tadi.

Aku dapat set Ginvera (RM200), set Loreal (RM200), baucer Decleor (RM330), set Biotherm, set Sothys (RM360), Dr Sebagh (RM625) dan set minyak wangi dari Calvein Klein dan Balman worth hampr RM1k. Syukur sangat sebab den memang suka perfume. Aku dah hampir tak ingat apa lagi coz lately menang bertalu-talu walaupun kecik-kecik. Yang pasti, minggu depan tengok wayang dengan anak-anak tajaan Pallas. 

Ni result yang baru 

Aku target hadiah pinggan dengan biskut je. Tapi alhamdulillah menang basikal bernilai RM1k dan set pinggan Correl dari Wonder Wheat. Siyes luar jangkaan sebab slogan bukan mudah nak sangkut. Biasa conso je sangkut kalau slogan ni. Kalau ada rezeki, nak jual murah-murah basikal tu. Basikal junior (kanak-kanak).

Ni pun best coz aku nak sangat bawak anak-anak tidur hotel best tapi FREE!!! hehehhh...tercapai hajat. Moga ada lagi berita baik pasal contest dalam masa terdekat ni.