Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Cameron...after 10 years

Last week aku ada kursus kat Cameron. Duduk kat Hotel Heritage memang sangat best sebab terletak kat atas sekali. Siang malam sentiasa sejuk. Tak perlu aircond, kipas atau segala bagai sebab suasana memang sejuk sangat. Last aku jejak kat sini masa sebelum kawen dulu. Maknanya lebih kurang 10 tahun dulu. So, bila datang sini balik, sangatlah teruja.

 Aku suka tengok kaktus tapi malas nak tanam :p. So, just cuci-cuci mata bolehlah.
 Ni bilik yang kami menginap sepanjang kursus. Tapi harunya, aku tak ambik plak suasana kat luar
 Ni kat luar cafe Heritage. Cantik tak view dia?
 Apa kes aku ni
 Candid mengandid
 Ni konon-konon malas nak turun bawah sebab ladang teh ni curam gak
 Pewitt!!
 Akhirnya daku tergoda gak nak turun bawah. Senak perut naik tangga balik lepas snap sana sini
 Sekali sekala dapat ke tempat gini, memang best
Ni kat Ladang Strawberry Kampung Setia Cameron. Ladang ni milik orang Melayu. Jadinya, kalau nak beli strawberry jenis kering (jeruk yang manis), belilah kat sini. Lepas tawar menawar, dapatlah sebekas RM8. Sebabnya, cara nak buat memang penuh ramas-meramas. Kui..kui...Tak lalu nak beli kat pasar coz tak tau sape yang kluarkan.

Yang lain-lain macam fresh strawberry dan sayur, boleh beli kat bawah jer. Kat pasar Cameron. Korang boleh dapat 1 bekas besar (saiz bekas lebih kurang 2/3 kertas A4) dgn harga RM5 je. Manis dan fresh sangat walaupon dah bawak balik KL. Kalau banyak duit, dipersilakan beli kat ladang ni sebekas saiz 1/3 kertas A4 dgn harga RM7.

Friday, April 5, 2013

Ke Pulau Pangkor tanpa keluar sesen pon

Kiranya 1st time aku jejak kaki ke Pangkor ni. Kalau tak kerana kursus, ntah bila aku sampai. Aku ingatkan Pangkor ni boring macam pulau lain. Sebab aku mmg tak suka bercuti kat mana-mana pulau selain Pulau Langkawi yang byk tempat shopping tu. Aku rasa otak tepu. Aku nak damai tapi otak pon tak nak ler tepu sangat.

Cuma yg aku nampak kelebihan kat Pangkor ni, macam mana ramai pon manusia, nak beratur naik feri takde lah lambat macam kat Langkawi. Tetap smooth and steady gitu.

 Aku, kakak dan kengkawan ofis
 Kwn aku edit khas sendiri. Dalam bot tu adalah warga MAIWP
Lambaian cinta dari pangkor. Chewah!
 Ni kat jeti Marina
 Cantikkan kawasan jeti kat Marina ni? (sila abaikan kegemukan aku)
 Sempat snap sebelum naik feri. Muka pon dah lesu sebab naik bas dari KL sampai 6 jam. Patutnya 3 jam ajer. Ni semua gara2 masalah teknikal (ada peserta yang ada kursus di Melaka tapi ternaik bas ke Pangkor). So buat pit stop lama sikit kat kawasan Sungkai untuk hantar peserta berkenaan. :)
 Apahal plak kawan aku nan sorang tu? Mesti terlebih teruja lepas naik bot menuju ke pulau kecik ni. Belakang aku tu, ramai yang sibuk snorkeling. Tepi2 batu tu, boleh jumpa gamat yang rupa macam lintah tapi besar 2-3 kali dari lintah 
Upah naik bot cuma RM10. Kalu nak snorkeling, tambah RM2 jer!! Agak2, korang boleh dapat kalau kat Tioman? Tu la pasal aku mmg tak suka Pulau Tioman. Semua serba mahal. Dari makan sampai tempat tinggal. Tapi kat Pangkor ni, chalet pon murah (semurah bawah RM100 pon ada tau).