Showing posts with label Rambut. Show all posts
Showing posts with label Rambut. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Rambutku dan Reezqi Seiringan...

Nampaknya rambut aku dah mula tunjuk tanda-tanda nak gugur.... Kalau tengok widget kat atas sebelah kiri, umur Reezqi nak masuk 100 hari Rabu depan. Rambut aku masih dalam kategori ok lagi. Cuma aku kurang disiplin dalam pengambilan supplement. Calsium dan B-Complex on-off jer. Kalau betul-betul jaga plus dengan Protein Amway, Insya Allah rambut tak teruk gugur. Risau gak ni.

Tapi kalau aku terus dengan sikap on-off, memang rambut dan Reezqi aku seiringan berjalan. Anak makin bijak dan rambut semakin teruk gugur....

Thursday, April 15, 2010

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?

Apa yang anda perlu ketahui:

* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.{mosimage}
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* elepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.

Untuk mengurangkannya:

* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus. (ini memang biasa aku buat)
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
(ini pun memang aku buat)
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabar! Sebab keadaan ini cuma sementara sahaja :-)