Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

Resepi-Resepi Popia Nestum dan Popia Cheese Terbaik Lagi Simple

Panjang nau tajuk entry kali ni. Sebab dah lama tak post pasal masakan. Dulu aku pernah post resepi popia kat SINI. Tapi kali ni aku nak post resepi popia yang lebih simple. Tak payah nak gulung bagai. Anak-anak pon boleh tolong buat, bukan tolong makan je kan. Popia keping macam ni lebih sedap makan banding yang gulung tu. Toksah cakap yang dinestum/dicheese ni aje sedap, makan kulit popia kosong gitu je pon dah sedap. Lepas try and error dari cik google, aku adjust sikit bagi betul-betul kena selera aku.

Memang sedap sangat! Resepi mudah, cara buat pulak sempoi. 

3 RESEPI POPIA 
Bahan asas:
Kulit popia digunting ala-ala papadom. Goreng hingga kekuningan, ketepikan. Aku suka kulit popia jenama KG
(Tips mudah potong kulit popia: Tarik sehelai-sehelai dulu. Susun dalam 3 keping, lipat-lipat dan gunting ala-ala papadom. Kalau korang tak tarik sehelai-sehelai dulu, punyalah payah nak bukak lepas gunting tu.

1). Popia Nestum Wow! Hahahh...nama kemain
Bahan:
3 sudu besar nestum
2 sudu besar horlicks (boleh gantikan dengan susu tepung)
1/2 sudu besar gula (lebihkan sikit kalau guna susu tepung)
(Campur semua, mesin kering. Gaulkan dgn kulit popia tadi)

2). Popia Wonder Cheese (Aku beli popia wonder cheese ni sebotol besar RM25).
4 sudu besar powder cheese
2 sudu besar nestum
(Campur semua, mesin kering. Gaulkan dgn kulit popia tadi)
‪#‎INIPALINGWOW

Kalau korang malas, boleh jer gaulkan kulit popia yang dah digoreng dengan powder cheese ni aje. Tapi sebab nak bagi lemak-lemak masin sikit, tu aku tambah 1 sudu nestum untuk setiap 2 sudu powder cheese.

Popia yang ditabur serbuk dari resepi Curry Cheese. Aku guna bekas berpenutup supaya senang nak balik-balikkan bagi rata.

3). Popia Curry Cheese Terangkat. Fuh!
2 sudu besar powder cheese
2 sudu besar kari daging
1 sudu besar nestum
1/2 sudu besar gula
(Campur semua, mesin kering. Gaulkan dgn kulit popia tadi)

Aku order online je powder cheese ni dari Ieman Cheese Powder Official. Sekarang pon dia tengah offer. 

Semua jenis popia ada dalam gambar ni. Bila botol kerepek pisang bertukar kepada popia nestum. Hahahhh. 1 paket besar kulit popia yang 40 keping tu, boleh dapat lebih kurang 4 balang besar. Memang untung la sape yang jual popia nestum/cheese ni. 

Modal popia nestum dan popia cheese (ikut harga Speed Mart99)
Kulit popia RM4.75
Nestum 250 gm RM3.95 (Boleh pakai banyak kali)
Powder Cheese 200gm RM13 (Boleh pakai banyak kali. Aku beli banyak-banyak sebab lebih murah dan jimat postage)
Horlicks 400 gm RM10.50 (Boleh pakai banyak kali. Nak jimat, guna je susu anak, rasa tetap sama dan sedap).
Barang-barang lain aku tak masuk modal sebab banyak je kat dapur. Bayangkan kalau buat projek popia nestum, siyes untung wei. Tapi aku buat makan je sebab tak larat nak gunting kulit popia. huahahhh. Dah simple pon banyak alasan lagi.

‪#‎sebalangtakcukup‬
‪#‎malasgulungsebabmacamnilagisedap‬

Wednesday, June 18, 2014

Puding roti marble ~~ yang tak berapa nak marble

Aku dapat resepi ni dari rakan FB


Rasa dia memang sedap sangat. Sebiji macam puding karamel Amway yang selalu aku beli. Cuma takde karamel je. Cara buat pun simple

Bahan-bahan:
20gm agar-agar
6cawan air
*2 biji telur
*1 tin susu pekat
*1 tin susu cair
*1 sudu kecil esen vanilla
6 keping roti putih/gandum
Pewarna/perasa

Cara buat:
Masak agar-agar dengan 6 cawan air sampai betul-betul hancur.
Sementara tu, bahan-bahan bertanda * kisar sampai hancur. Masukkan roti sikit-sikit dan kisar lagi. Bila agar-agar dah hancur, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam agar-agar. Masa ni, kecilkan api dan masak sampai pekat. Bahagikan kepada beberapa bahagian yang korang suka. Yang kat atas tu aku letak pewarna kuning dan satu lagi milo. Walaupun tak berapa menjadi warna marble tu, yang penting rasa sangat sedap. Makan plak sejuk-sejuk masa musim tengah panas ni. Memang best!

Tuesday, June 10, 2014

Rori telur lapis cheese & chicken ham

Minggu ni aku macam nak menambah kalori yang dah tersedia tepu lagi jitu ni. Meh tgk resepi simple lagi dari dapor aku


Biasa orang buat roti telur biasa. Demi menaikkan kalori sempena Ramadhan dan Syawal ni, aku tambah kepingan chicken ham dan cheese.

Bahan-bahan:
Roti
Cheese
Kepingan chicken ham
Telur
Garam/lada sulah

Cara-cara:
Aku letak cheese separuh (letak sekeping pun boleh tapi takut muak). Kemudian letak ham yang dah dipanggang, celup telur dan telur letak atas pan. Silapnya, aku lupa potong tepi roti. Jadinya, cantuman roti tak berapa jadi. Tapi anak-anak memang suka sangat. Rasa dia memang mabeles. Cheese dah meleleh-leleh, tambah plak ada ham, memang terbaik makan panas-panas.

Monday, June 9, 2014

Pancake mudah dan ringkas

Tak pernah aku buat pancake ikut resepi sepatutnya. So, kompomlah tah apa-apa hasilnya kan. Kali ni aku amik resepi dari kawan di fb. Memang lembut dan naik menggebu masak.

Bahan-Bahan Pancake

2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar marjerin (cairkan)
1 biji telur
1/2 cawan santan
Air secukupnya
(Bancuh semua bahan-bahan kat atas sampai jadi macam susu pekat)

Biasa orang makan dengan golden syrup. Aku suka makan dengan susu pekat atau krim cheese (blend krim cheese + susu pekat). Baik untuk kencing manis :p

Sunday, June 8, 2014

Donut paling gebu abad ini (aku panggil donut gebus-gebas)


Aku rasa dah hampir 4 tahun aku tak mendonut. So, 3 minggu lepas aku buat donut balik atas permintaan anak-anak. Minggu lepas aku balik Melaka, aku buat donut lagi. Tapi permintaan donut coklat jauh lebih tinggi kat pasaran family aku :). Donut ni walaupun dah sejuk, tetap lembut dan gebus. Insya Allah. Anak-anak yang cerewet pun dok puji. Chewah!

Bahan-bahan sangat mudah dan ringkas.
Bahan A
4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
Kesemua bahan kat atas campur dan gaul sampai lerai

Bahan B
1 paket mauripan
1 cawan air suam (jgn panas sangat coz nanti mati plak yis tu)
gula 2 sudu kecil
Campur semua bahan B dan kacau sampai sebati. Biar naik berbuih

Campur bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai jadi doh (tak melekat kat tgn). Biarkan 1/2 jam, dia akan naik. Lepas tu, tumbuk-tumbuk sikit dan terus terap donut.

 Ni aku letak coklat kat dalam adunan donut
 Donut coklat yang jadi rebutan
 Donut gula
 Bolat tak? :) Aku guna adunan donut untuk buat roti sosej. Hentam gulung je ni
 Roti sosej dan donut yang belum digoreng
Ni aku potong panjang-panjang untuk gulung dengan sosej atau kepingan ayam. Agak kelam-kabut gak coz dalam proses nak buat ni, tepung donut naik menggebu-gebu. Macam marathon aku buat roti sosej

Sunday, October 13, 2013

Popia cheese ala malas-malasan

Dari semalam, aku duk gulung kulit popia. Ni semua gara-gara dari sorang parents iaitu Noorul Azny yang ajar aku cara-cara buat popia cheese.  Dia memang jual macam-macam jenis makanan berasaskan cheese. Dan semuanya melepasi lidah Q aku
 Ni popia yang dah siap gulung dan digunting menyerong. Agak remeh untuk orang macam aku yang nak cepat je :p
Lepas goreng, aku just tabur serbuk cheese yang nan berlambak jual kat tenet tu rata-rata. Rasanya? Memang awesome ok! Anak aku cakap, rasa macam kopok roller coster. Tapi kopok tu penuh dengan segala bagai ajinomoto dan msg. Ini cuma serbuk cheese. 
Pastu aku dah mula melalut macam biasa. Aku try tabur susu coklat DL plak. Rasa macam popia nestum. Tapi kalau popia nestum, aku tak kenan pesen gini. Aku suka yang jenis keping-keping coz terasa mabeles dia. Just potong kulit popia dalam kepingan kecik-kecik dan goreng. Haaa....jenis gitu.

Next time aku nak try potong keping-keping dan tabur cheese plak. Lepas ni, aku nak tabur apa plak? Tengok la kalau ada idea yang merepek tapi blh makan lagi ek. Salam Aidiladha semua :)

Thursday, July 18, 2013

Cheesecake biskut yang tak payah bakar

Aku jumpa resepi ni dari blog CIK EPAL
Biskut yang sangat simple resepinya dan sedap. Paling penting, TAK PAYAH BAKAR!!!
Aku memang suka resepi yg x guna oven ni ok. Sebabnya mestilah takde oven. Tu je. Microwave ada tapi digunakan untuk panaskan lauk pauk aje. Alasan aku, manual dah hilang. Hahahhh...mau tak berangin encik somi.

Bahan-bahan dia:
Cream cheese (250 gm)
1/2 tin susu pekat
Nestum
Biskut Hup Seng (Deluxe Cracker)

Cara-cara nak buat....korang kena terjah kat blog CIK EPAL yang penuh gambar warna-warni tu. Lagi best.

Tuesday, July 2, 2013

Siapa paling mencabar hadapi Ramadhan???

Kakak masa berapa bulan tah. Yg pasti, dia masih BF lg masa ni

Next week Ramadhan bakal menyusul. Banyak cabaran yg kita bakal tempuh terutamanya ujian melatih anak-anak kecil puasa. Bagi aku, saat paling mencabar ialah masa aku breastfeeding (BF) anak-anak. Bukan sikit cabaran yang BF mommies lalui tau. Kalau tak kuat hati, boleh terbarai puasa atau terlalu amik ringan bab puasa (maklumlah, ibu BF dapat kelonggaran utk qada' hari kemudian). Ada juga ibu-ibu yg pregnant berdepan cabaran terutama yg morning sickness teruk. Tapi ibu pregnant cuba handle diri dia sahaja masa puasa. Alhamdulillah...aku dapat puasa dgn baik masa pregnant walaupun terbarai sehari. 

Masa BF baby, kita jgn mudah melatah. Cuba dulu. Bukan sehari tapi at least seminggu. 1st day puasa masa BF anak, badan aku mmg menggigil. Macam nak pengsan rasa. Lg sedih sebab susu merudum turun SETENGAH dari kebiasaan. Tp tu tak patahkan semangat aku. Aku cuba dan cuba lagi. Aku puasa bkn atas sebab tak nak ganti puasa banyak hari. Tapi aku yakin Dia Maha Mengetahui apa yg tersirat dalam hati hamba-Nya. Dari sehari ke sehari, susu utk anak makin bertambah dan akhirnya normal macam sblm ni. Tau tak apa makanan aku masa sahur dan berbuka. NO PIL2 OR VITAMIN.

Masa sahur, aku wajib makan kurma kering (7 biji atau lebih). Pastu minum susu atau soya atau air longan. Bubur lambuk atau oat mmg makanan paling aku selera utk sahur. Lg pun free je sepanjang Ramadhan kan. Kalau korang suka makan nasi, lg baik. Berbuka, aku makan kurma lg. Masa ni, air longan mmg wajib encik suami belikan. Sebab dia pun tahu dah apa minuman paling baik utk ibu BF mcm aku lps aku cerita. Kat pasar Ramadhan mmg ada ais. Bkn susah pon, blk umah aku panaskan jadi suam2 kuku. Kalau tekak dah boring, blh cuba blend kurma dgn susu segar. Ni resepi kurma milkshake. Sedap lg mabeles! Guna jus kurma pon sedap gak. Lg sedap kalau tambah serbuk vanilla. Fuh! Memang korang akan rajin minum sekaligus naikkan production susu.

Gambar kurma milkshake ihsan google

Paling penting, niat dalam hati puasa kerana-Nya bkn sebab tak nak ganti posa banyak. Kalau ikhlas niat kita, Insya Allah Dia akan permudahkan kita. Ok, selamat buat persediaan mental dan fizikal utk Ramadhan....


Tuesday, July 10, 2012

Cheese cake (tak payah bakar, just frozen jer)

Sedap tak tengok cheese kek ni? Ni dapat dari rakan fbook aku iaitu Pn Laksa Johor :).
Resepi and method dia very simple lor. Tak payah bakar2. Meh kita tgk

1.Base (A)
200 gm Biskut Chipsmore – blend halus
8 keping Biskut masin – blend halus
4-5 sd mkn Buttercup

2.Filling (B)
500 gm Cream Cheese Philadhepia
1 tin Susu pekat / sesedap rasa (guna ¾ tin je)
1 sd mkn Serbuk agar2 – masa kbersama air
1 cwn Air (200ml)
Perahan Lemon (sesedap rasa) / perasa oren

Cara membuat:
1.Gaulkan bahan A hingga boleh dikepal dan tekan dalam loyang/acuan.
2.Pukul Cream Cheese hingga berkrim dan masukkan susu pekat dan pukul rata.
3.Masukkan perasa oren dan agar2 yang telah dimasak dan gaul sebati.
4.Tuangkan di atas adunan td.
5.Taburkan choc chips atas kek atau apa2 pun yg sedap utk topping.
6.Sejukkan.

p/s: Base boleh tukar sesuka ati..oreo pn bole..

Thursday, May 24, 2012

Siapa ada periuk kaca, boleh buat benda ni

Sebelum aku bertolak ke Taska Adni utk sesi lawatan pagi ni, aku nak share apa yang pengasas dia bagi kat aku. Cara buat yogurt paling sempoi or cincai.
Bahan2:
1. Yogurt asli (cth: macam kat atas tu. ambik yg kecik sudah)
2. Susu kambing jenis powder (3-5 sudu sedang). Better yg xde gula. Kalu susah sangat, try lah dulu dgn susu biasa. Tp larilah sikit kandungan dietnya. Nama pun nak cuba kan.
3. Air mineral
4. Periuk kaca kalis api. Guna yg sedang2 saje... (tak boleh guna periuk logam). Mahal macam mana pun x blh!
5. Senduk kayu atau plastik. Jgn sekali-kali nak guna senduk jenis logam ek.

Cara2:
Bancuh susu dgn air mineral dan panaskan atas api biru yg SANGAT KECIK. Pastikan JANGAN SAMPAI MENDIDIH, cukup sekadar panas saje, terus padamkan api dan masukkan yogurt. Kacau dengan senduk.

Keluarkan dan letak atas meja, ambil towel besar dan tutup periuk tadi dalam 7-8 jam. Kemudian yogurt tu nnt nampak macam pekat2 gitu, blh tambah madu atau stevia. Masukkan strawbery, pisang, epal, kurma atau apa2 buah-buahan yg ada dalam rumah. Lepas tu, jangan lupa simpan dalam peti plak.

Sebenarnya simple jer, aku jer byk membebel utk pahamkan cerita :). (Aku pun blm buat sebab baru dapat petang Ahad baru-baru ni).

Saturday, October 15, 2011

Finger Sandwiches

Bahan2:
Roti putih atau roti gandum, tuna mayonis, telur, timun, sos tomato, hirisan daging atau ayam (kat kedai ada banyak jual dalam bentuk segiempat)

Cara-cara:
Roti putih dibuang kulit tepi. Sapu sekeping roti dengan tuna mayonis. Taburkan black papper (kalau suka) dan letak lapisan telur. Seterusnya letak timun dan hirisan daging/ayam dan ratakan dengan sos tomato (kalau dewasa boleh guna sos cili baru sedap). Tutup dengan roti kedua. Bakar hingga kekuningan. Bakar atas kuali leper lagi mudah. Tara... dah siap.

Untuk kesan yang cantik, potong sandwich ke dalam segi tiga . Bukan apa, kalau potong dua segiempat gitu2 aje, nak makan pun tak selera (kata anak aku).

Thursday, October 13, 2011

Crispy Potato Cakes

*1 / 2 biji bawang besar, dengan dicincang halus
* 2 cawan kentang lecek
* 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
* Secubit lada hitam yang baru digiling
* Tepung 1 / 2 cawan
* 2 tbs mentega

1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama bawang cincang, kentang lecek, garam, dan lada. Masuk tepung ke dalam piring besar.
2. Dengan menggunakan tangan, uli campuran dan bahagi kepada 6 bahagian patties. Masukkan patties dalam tepung dan ketepikan.
3. Dalam kuali yang besar, cairkan mentega dengan api sederhana. Masak kek kentang dalam mentega cair, kira-kira 2 minit setiap sebelah. Apabila kek kekuningan di bahagian di luar, keluarkan dari kuali dan hidang semasa panas.

Setiap hidangan (1 kek kentang): 124 kalori, 4.8 g lemak (2.8 g saturated), 570 mg natrium, 12 mg kolesterol.

Tuesday, August 23, 2011

Biskut Hirisan Badam Krispies -Dijamin Sedap!

Biskut Hirisan Badam Krispies

Aku suka sangat biskut ni. Ada sorang parents bagi semua staf rasa. Kebetulan satu hari tu aku berbuka kat ofis, tergerak hati nak rasa. Memang mantop. Harga agak mahal (RM38 sebotol saiz sedang) tapi berbaloi. Aku order satu. Tapi kalau buat sendiri lagi berbaloi :). Lagi pun tak perlu oven2. Caranya macam cornflakes madu gak. Tapi aura badam ni memang lain. Resepi cornflakes madu aku hancur gara2 tabur kacang halus (sebab stok badam tak banyak). Rupa sama tapi rasa out ler. Tahun ni pecah rekod sebab semua kuih 'tunjuk' (tapi still homemade la, bkn kilang). Ni resepi utk kuih kat atas:

Bahan-bahan:
250 gram hirisan badam (ada jual yg dah siap hiris)
100 gram coklat crispies
250 gram of  cooking Coklat
White chocolate (utk hiasan)
Paper cups 

Cara membuat:
Bakar hirisan badam sehingga garing.  Lalu masukkan coklat crispies & cooking coklat dan juga badam hirisan.  Gaul semua bahan dan masukkan ke dalam paper cups.  Selepas itu masukkan ke dalam peti ais.  Kalau hendak hias biskut ini, semasa keluarkan dari peti ais, boleh lah di hias dgn white chocolate tapi selepas itu mesti di masukkan ke dalam peti ais lagi utk mengeraskan white chocolate tersebut. Kemudian barulah di masukkan ke dalam bekas yg kedap udara.

Saturday, June 25, 2011

Any Ideas for Besday Cakes???

















Thursday, November 11, 2010

Baby Recipes


Aku rasa agak ambil masa bagi cari resepi-resepi mantop untuk anak. Jadi kat sebelah kiri blog nun, aku tempekkan resepi-resepi yang pernah aku buat dan bakal buat nanti. Aku rasa itulah the best way sebagai menghormati orang yang menciptanya or at least yang mengumpul resepi tu. Orang yang merekanya pun taklah bengang sebab sekurang-kurangnya aku dah bagi kredit percuma dengan link kan blog or website dia orang kat blog aku ni. Bukan pakai tempek jer :D. 

Bila korang bukak link tu, bolehlah explore kat link2 yang berikutnya. Sebab ada gak yang memang ambik dari orang lain punya resepi (senior la kiranya). Lagi satu suka aku peringatkan agar jangan lah terlalu lurus sampai ikut jer apa-apa ingredient kat dalam resepi tu. Kalau ada yang guna bahan-bahan terlarang seperti garam, gula, perasa or bahan-bahan dalaman (seperti hati lembu, ayam), janganlah ikut. Lainlah kalau anak dah 2 tahun, boleh lah tambah garam gula.

Kalau ada blog or website yang bagus berkaitan resepi, aku akan add kat situ.

Tuesday, November 9, 2010

Pernah Tangok Kek Macam Ni???

 Kek untuk yg suka muzik

Ais betul ke tu???

 
 Macam batang kayu betul kek ni

 Bagi pada yang workaholic

 Hadiah kek ni pada pasangan kita yg selalu out-station

Memang nampak real!

Tuesday, November 2, 2010

Pemberian Keju Untuk Bayi: Boleh/Tidak?

Apa Kelebihan Keju?
Disebabkan keju merupakan susu yang dipadatkan, maka kandungan gizinya sebenarnya mirip dengan susu. Ia mengandungi protein, vitamin, mineral, serta lemak.
Kelebihan keju dibandingkan dengan susu terletak pada jumlah kalori yang ada padanya. Setiap 100 gram keju biasanya mengandungi 326 kalori, atau sekitar 5 kali ganda yang dimiliki oleh susu.
Jadi, untuk anak yang sedang membesar, kalori dan protein yang terkandung dalam keju sangat baik untuk kecerdasan dan pertumbuhannya. Keju pun dinilai oleh pakar sangat baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang anak.
Apa Kekurangan Keju?
Kekurangan keju terletak pada tingginya kadar garam dan lemak yang terkandung di dalamnya.
Jika anak terlalu banyak menggunakan garam, dikhuatiri ia akan mendapat hipertensi setelah dewasa. Garam yang terlalu banyak pun membuatkan ia sangat sukar untuk diproses oleh ginjal si anak, sehingga boleh menimbulkan gangguan metabolisme. Kandungan lemak yang tinggi juga boleh menyebabkan obesiti pada anak.
Lalu, Bolehkah Memberikan Keju kepada Bayi Anda?
Beberapa hal yang perlu Anda perhatikan:
  1. Anda boleh memberikan keju setelah bayi Anda berusia 6 bulan (tapi aku jarang guna utk anak bawah setahun)
  2. Pilihkan keju yang lembut dan sudah diproses (cheddar)
  3. Untuk anak berusia > 1 tahun, limitkan pemberian keju, maksimal 3 keping setiap hari
  4. Keju parmesan dan mozarella juga boleh digunakan oleh anak
  5. Jangan menjadikan keju sebagai pengganti susu, kerana keju merupakan makanan padat yang sedikit kandungan airnya

Friday, October 22, 2010

"Air Sedap" Kata Penjual Tu

Air ni boleh dapat kat Kelana Jaya nun. Rasanya memang sedap. Pasal tu penjual tu pun gelar minuman ni "air sedap". Warnanya pun menarik (ala2 purple). Tapi harganya agak mahal ler. RM4! Pendek cerita, ni resepi air sedap tu:
1. Ribena
2. Laici tin (buahnya diblend tanpa kulit bahagian dalam tu) dan air pun korang jangan lah buang. Blend sekali
3. Susu cair

Campurkan semua bahan dan blend. Lepas tuh letak ais. Memang sedap. Aku tau mesti ada tertanya2 berapa amaun bahan-bahan tu. Tapi orang tu pun cari makan. So, pandai-pandai lah kita bajet ek.

Sunday, October 10, 2010

Resepi Bubur Fresh Bayi

 Lately ni aku memang tak sempat. So makanan sejuk beku jadi pilihan. Tapi bila aku buat resepi yg fresh tapi cepat, Reezqi suka (maksud aku bubur). Bubur yang paling senang nak masak. Tak perlu berjam-jam. Tu pun aku buat kul 10 mlm ke atas sbb tidokan Reezqi dulu.  Tak pun kul 4.30 pg. Lauk pauk or puree tetap frozen punya la. Ni cara sediakannya:
  1. Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (aku buat banyak2. utk 2 wks terus).
  2. Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
  3. Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
  4. Simpan dalam bekas kedap udara.
  5. Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
  6. Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
  7. Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit. Taraa... siap