Showing posts with label Besday. Show all posts
Showing posts with label Besday. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Blueberry cheese utk abang

 kek special "kedai made" utk besday abang Haider
 simple...roti krim jadi pengiring kek blueberry cheese
 adik plak terlebih teruja nak potong kek
 besday boy nak potong kek ke?
 lilin padam, semua pakat rebut segala "aset" atas kek. hahah...
 sape dapat strawbery?
 umm....masamnya buah ni
 yummy! aku mmg suka cheese kek
 adik mcm nak bersilat dapat makan cheese kek
 fuh! panas plak air ni
adik plak yg makan penuh perasaan banding besday boy

Friday, March 30, 2012

Besday in Mac ~ 2012

 sambut dengan anak-anak Taska Darul Hannan untuk besday Jan-Mac. (aku sensorang jer wakil Mac). ngeh...
 kek dari en husband yang yummy :)
 tak dapat kek karamel coklat, ada karamel sikit kat tengah pun jadi lah....
 ni plak besday adik. mummy tak dapat sedia apa pun. thanx umi sebab tempah kek yang sedap ni
 bukan rupa jer cantik tapi sedap....
 besday adik reezqi sambut kat umah umi. sukanya adik...
 Makaroni cheese bakar special dari umi untuk besday adik.
Ni jer yang tinggal. Encik suami beriya-iya nak buat suprise tapi hujan la plak katanya. Kan dah tak jadi :). Last2 ini jer orang taska yang tinggal sebab lambat sampai, jalan jem. Kalau tetiba aku ke Perkim macam mana? Ha....aku pun jenis unpredictable bab2 ke sana ke mari. Tapi kira surprise gak lah sebab aku tak tau. Kekadang sepotong kek, kekadang sebiji kek. Susah nak jangka....(hati tetap gumbira bila dapat surprise mcm ni)

Wednesday, February 29, 2012

Besday yang indah buat dia






Semalam besday kakak. Besok last day kat tadika MW. Jumaat ni pindah tadika ke TPJ tadi masih under MAIWP. Abang dan adik pun sibuk nak teman kakak potong kek. Sudahnya, tiga2 orang tak jamah kek. Eksyen nak bergambar je lebih. Mula-mula aku tak suka gak kek coklat tu sebab kek span. Tapi bila makan, macam kek aiskrim plak sebab lembut dan moist (cam ner nak citer ek?). Mujur ada kad ahli kakak aku, dapat murah sikit. King Confectionary (KC) mmg murah tapi still berkualiti (kalau member ler). Nak jadi member KC cuma RM20 tapi beratus ringgit dapat cover. Senang citer, korang tgk SINI.

Majlis bermula dengan bacaan beramai-ramai 
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهوالسميع العليم
Kemudian rakan-rakan sekelas kakak sedekah Al-Fatihah buat besday girl ni
Dan doa-doa sebagai anak yang solehah
Akhir sekali nyanyian lagu hari jadi buat kakak.

Potong kek? Kalau takde yang meneman potong kek, mati2 dia tak nak. Dia cuma nak tiup lilin (tu pun sikit2). Alahai kakak.

Aku dapat berita dari adik ipar semalam tentang kelahiran anak sulong dia. Yang menarik, anak sulong dia pun perempuan, sama tarikh lahir macam kakak (28 Feb 2006 - Selasa)! Bezanya cuma, kakak lahir waktu pagi, si kecik tu lahir waktu malam. Thn depan boleh sambut besday dgn adik sepupu ek.

Tuesday, February 28, 2012

Potong biskut untuk besday boleh?

Today is besday kakak. Dia nak sate untuk besday tahun ni, sama macam tahun lepas. Boleh makan dengan kawan-kawan dan cikgu katanya. Tapi tempat yang aku selalu tempah takde ler plak. Sate Kajang macam kejang jer sate dia. Dia memang tak nak. Bebudak memang suka sate biasa. Sudahnya aku terpaksa tukar plan. (tak sempat tempah tempat lain sebab last minute).

Bab kek plak, dia nak kek begitu begini. Nak buat, nanti2 lah :). Aku cakap, kalau mummy beli biskut lemak, susun macam kek ok gak kan. Pastu potong macam kek. Orang lain tak pernah buat. Melompat dia dengar cadangan aku. 

W'ever, hepi besday kakak. Lepas ni blajar elok2 sebab kena tinggal dengan mama sebulan dua dulu. Bila semua dah setel, kita boleh duduk sama-sama macam sekarang. Nanti aku update gambar besday kakak.

Friday, April 15, 2011

hepi besday abg Haider

 Kek yg diidamkan oleh Haider semestinya Ben 10
 Chewah! Bergambar dulu sebelum potong kek
 Haider dgn cikgu-cikgu Taska sambut besday bersama
 Mummy pun nak tumpang lalu....
 Alamak! separuh badan abang dah abis. Sedap!
 Biasanya goodies. Kali ni dia mintak sate. Import from Selayang :)
 Pelengkap sate
 Suka anak-anak Darul Hannan makan sate
 Nyum nyum...besday boy makan sate dari pagi bawak ke petang
Kenangan di Taska (Walaupun sebenarnya duduk rumah umi)

Wednesday, March 9, 2011

Besday Wardatul Arissa yg ke-5

Potong kek dengan kengkawan di Tadika Husna
Kek yang ditempah khas dari Anis Magic Fingers
Muka malu-malu besday girl

Lambat gak aku update besday kakak ni. Besday dia 28 Feb lepas.
Aku cuma sempat upload kat FB jer. 
Lagi pun gambar kurang cantik.
Kali ni kakak asyik ubah fikiran. Kejap nak barbie purple
kejap nak barbie pink. Last2 Pn Anis buatkan kek
Barbie tema biru.
Kek kat secret sedap tapi bila mintak letak gambar,
letak gitu2 je. Umpama tempek gambar 4 segi kat kek.
Kat Anis ni sedap gak cuma jauh.....Ok la tu.
HEPI BESDAY KAKAK!