Kenali Ubat dan Kesihatan

 Ruangan ni khas untuk rujukan aku sendiri sebagai seorang ibu yang kadang-kadang terlupa nama ubat atau minuman / makanan yang sepatutnya aku ambil atau sediakan untuk aku sefamili. Boleh juga dijadikan sebagai bahan rujukan santai untuk para pelawat blog kecik ini. Insya Allah, dari sehari ke sehari aku akan update perkara-perkara berkaitan ubat/kesihatan kat sini nanti ye. 

100 PLUS EDGE - Wajib ada masa anak-anak demam dan cirit-birit atau muntah. Kiranya ini pengganti air garam yang berbagai perisa yang doctor biasa bagi tu (tapi tak sedap). Anak kalau dah demam, mesti nak yang sedap je. Jadi, 100 plus edge ni aku amat sarankan. Botol berbentuk  heksagon, boleh beli kat mana-mana 7 eleven (RM2.70) atau kedai mesra petronas (RM2.80). 

 SMECTA – Ubat paling popular kalau anak-anak kena cirit. Rasanya tak berapa sedap, macam kapur gitu dan manis sikit. Biasanya aku campur dalam susu anak. Tapi kalau cirit anak dah ok sikit, aku stop terus dan continue aje dengan PROLACTOR nan sedap tapi mujarab tu

 PROLACTOR – Antara ubat paling berkesan kalau anak terkena cirit-birit dan muntah. Selepas dibancuh, kena guna sampai habis (sekitar 1-2 minggu je). Kena sentiasa simpan dalam peti sejuk. Even kalau farmasi dah bancuh, dorang akan bekalkan ais dalam bekas plastik tu supaya masa kita dalam perjalanan pulang, PROLACTOR sentiasa sejuk. Orang selalu cakap vitagen sama macam PROLACTOR ni tapi aku tak setuju. Sebabnya bila anak-anak minum vitagen (warna putih) atau yakult ke, cirit tetap berlaku dan makin teruk. Makanan komersial tu takkan sama dengan PROLACTOR.

 PROBIOTIK LABB 512 JANIPRO – Berbentuk kapsul, bagus untuk anak-anak yang kena cirit (yang dah boleh telan ubat bentuk kapsul). Orang dewasa pun boleh guna. Bila berbentuk tablet, due ubat ni pun agak lama (boleh simpan hingga 2 tahun)

 KAOPEC – Ubat untuk cirit-birit. Kalau anak perempuan aku nan susah makan SMECTA tu, inilah aje yang boleh guna

 DENTINOX – Ubat ni untuk anak yang kembung perut. Kalau anak muntah atau cirit, biasanya mudah kembung perut dan doktor akan bagi ubat ni. Rasanya agak berangin macam mint

 FLIXONASE – Ubat ni untuk kurangkan atau buang kahak. Sembur kat hidung 2x sehari, memang berkesan untuk clear kahak anak-anak. Batuk anak-anak pun akan baik. Agak mahal ubat ni rupanya

 INHALER – Anak yang ada asma atau bronchitis yang teruk, inilah yang akan dapat. Tapi kalau dapat amik gas, lagi bagus

 PREDNISOLONE – Ubat steroid ni aku atau anak dapat bila kahak dah TERLALU LAMA bertapa kat paru-paru. Kadang-kadang dipanggil jugak ubat alahan. Tapi doktor amat jarang bagi sebab kesan steroid memang tak bagus untuk jangka panjang

 MUCOSOLVAN – Ini ubat untuk clear kahak yang biasa aku dapat. Tapi aku lebih suka yang jenis bancuh dengan air sebab lebih mujarab iaitu FLUIMUCIL
 SINGULAIR – Ada 2 jenis. Jenis tablet dan granules. Kalau anak-anak kecil yang tak reti kunyah/hisap, doctor akan bagi bentuk granules. Ubat ni penting untuk cairkan kahak. Kahak kalau terlalu lama, boleh buatkan anak-anak kena bronchitis dan asma
 Ini SINGULAIR jenis tablet

 CLARITYNE – Kalau anak-anak selsema teruk atau ada resdung, aku ambil ubat ni. Sekali sehari je guna. Kalau dewasa, berbentuk tablet

 CAFERGOT – ubat migraine yang biasa diambil oleh suami. Tak perlu tidur pun masih on dengan baik ubat ni. Tapi kalau dapat tidur, lagi baik. Biasanya diambil sekali dengan CATAFLAM (ubat tahan sakit) dan SIBELIUM

 Sebelum ni suami selalu ambil PONSTAN tapi doctor marah sebab ubat tu boleh rosakkan buah pinggang kalau terus amalkan. Sejak dari tu, doktor ganti dengan CATAFLAM yang sama fungsinya

 Ini SIBELIUM yang aku cakap tadi tu, khas untuk migrain

 VOREN – Aku prefer ubat punggung ni berbanding jenis PARACETAMOL. Sebabnya, bila anak-anak demam panas yang agak teruk, bila dah ambil paracetamol  jenis makan, aku kena tunggu sampai 5-6 jam baru boleh masuk ubat punggung jenis PARACETAMOL atau ulang balik ubat demam jenis makan ni. Tapi kalau ada voren, lepas makan PARACETAMOL pun masih tak jalan, aku boleh guna VOREN ni dalam tempoh yang dekat. Sekitar 2 jam pun boleh. Walaupun jarang berlaku kes demam panas tahap teruk gini, aku kena standby. Boleh dikatakan, aku hampir tak pernah ambil ubat punggung jenis PARACETAMOL ni

 Ubat punggung jenis PARACETAMOL

 COOL FEVER – Ada macam-macam jenis kat pasaran . Harga pun agak mahal sekarang. Aku try jenama Guardian ni ok je. Takde beza pun. COOL FEVER dan BYEBYE FEVER pun ok tapi mahal sikit lah. Yang penting, tak mudah tanggal. Aku lupa jenama apa yang mudah tanggal dari dahi/badan kanak-kanak tu

 DANZEN – Ubat ni untuk bengkak. Agak penting stok ubat ni kat rumah aku sebab mudah susutkan bengkak gusi atau apa-apa saja bengkak. Wanita yang lepas bersalin biasanya dapat ubat ni

 VENTAMOL – Kadang-kadang doctor panggil SALBUTAMOL. Ubat batuk kahak yang selalu doctor bagi. Tapi kalau dah jumpa doktor pakar, aku takkan dapat ubat ni tapi digantikan dengan FLIXANOSE + PEACE SYRUP. Takde istilah VENTAMOL dalam kamus doktor pakar buat anak-anak aku. Tapi bila bekalan FLIXANOSE dah abis, aku ambil gak ubat ni. Huhu…

 URAL – Ubat untuk lawaskan kencing. Masa aku kena kencing berdarah, memang bagus URAL ni

 ZYRTEC – Ubat selsema yang kecik tapi mujabrab. Ubat yang mengantuk dan buat kita tidur ni paling aku suka coz lebih mujarab berbanding ubat selsema yang lain

PARIET – Selain GAVISCON, aku suka jugak ambil ubat gastrik ni

7 comments:

  1. bagus..bayak ubat dan fungsi nya.. :)

    ReplyDelete
  2. Thanksss.. berguna sgt2.. sampai blik, x tau dah ni ubat ape.. 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. FLIXONASE tu boleh ke bagi baby 9mos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ingat umur brapa anak dapat ubat ni. sebaiknya tanya doktor. sebab kebetulan anak-anak umur atas setahun dapat ubat ni

      Delete
  4. Doktor pakar pediatrik anak2 saya slalu bagi ubat ventamol tu bila batuk.. x pernah bagi ubat FLIXANOSE + PEACE SYRUP.. utk selsema doktor bg zyrtec (liquid).. mucosolvan (liquid) utk kahak..
    nway, thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. Aslmkm..alhamdulillah..thanks for the info..cuma nk tmbh sikit je..pd yg ada asma..ubat prenidolsolone yg steroid tu laa..kalau dh mkn,xbleh cmpr dgn ventolin tu...

    ReplyDelete