Friday, August 10, 2012

Petang menembak dah (pernah dengar tak ayat ni?)

Last week aku discuss dgn encik hubby flow nak balik raya ke Melaka (yey!). Salah satu ayat yang aku kluarkan ialah petang menembak. Spontan dia tanya, apa kebenda tu? Tak pernah dengar pon. Aku rasa lapan thn kawen dengan dia, byk kali dah aku sebut tiap kali Ramadhan. Tp dia lupa kot. Setahun sekali sebut agaknya tak ingat tu (walaupon 8 thn---->8 kali sebut).

Cer tgk badan dia dgn kakak dan abang dia lebih kurang jer. Cuma dia nampak debab!

Agak2 korang pernah dengar? Tu istilah orang Melaka yg bermaksud petang raya (waktu petang, sehari sblm raya). Dulu arwah mak slalu cakap, "ketupat tu tak siap lagi, besok dah petang menembak". Dan paling sadis, masa kecik2 aku slalu dapat baju kurung raya masa petang raya (tu yg paling cpt), tak pon mlm raya or pagi2 raya dok menunggu dpn umah makcik.

Thn ni aku paling pening cari baju & seluar Reezqi. Walaupon baru 2 thn tapi saiz baju/pinggang kena cari yg 6 thn punya. Kalu tinggi mcm abg kakak dia takpe, dia plak rendang jer. Jd, lupakan parkson, sogo n segala bagai, aku tuju ke giant jer. Itu pon lps umi dia nasihatkan aku. Mmg best, byk jeans & slack yg selesa getahnya (tak mcm branded punya sbb ukuran normal). Jenis kain nampak cantik, tak nipis dan tak keras bedengkang. Kalu bawak dia ke taska pon, mesti parents lain ingat dia 4 thn. Budak 4 thn pon lagi kecik dari dia.

Share sikit sempena kemasukan mlm ke 21 mlm tadi:

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:
1. Ahad atau Rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
3. Selasa atau Jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
4. Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
5. Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa apabila dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Wallahu'alam.