Friday, November 30, 2012

Won Kotex & Kidzania Ticket dan....

 Sebenarnya dah lama aku nak update apa yang aku menang ni. Ezy mix T-shirt tu aku menang sempena contest anjuran Dutch Lady (Biar Betul). Lebih kepada konsep lucky draw. Aku pon tak ingat bila aku masuk. Tau-tau, dapat email pasal menang T-Shirt.

 T-SHirt dari DL
Yang ni plak contest dari Stabilo (scariest story). Aku dapat 4 ticket Kidzania. Goodiest, aku kena amik kat sana nanti. Cadang dalam bulan Disember nnt nak bawak anak-anak ke sana sebab dah ada 6 ticket Kidzania kat tangan. Nak guna duit sendiri, tak terbawak gak sebab ticket mahal bebenau (RM55 sorang).

 Haa...ni semalam encik husband pi amikkan. Aku dapat bekalan kotex setahun. Overnight Wing (16s) dapat 24 pek!
Panty liner ni pon aku dapat 24 pek. Lepas tgk harga pasaran, semua nilai pad kotex ni dalam RM400 lebih.

Dalam minggu ni gak, aku dapat panggilan dari DLady menang hadiah toys bernilai RM250. Syukur alhamdulillah. Moga-moga nama encik suami pon naik (kalau naik hadiah grand, pergh! Tapi aku target hadiah bekalan susu setahun pon jadilah. Moga2 ada rezeki. Ops! ada lagi, aku dapat hadiah 2 helai Apron yang comel tajaan BABA'S & U.

Syukur Alhamdulillah. Pelbagai ujian dan rezeki yang datang hampir seiring sejak bulan lepas hingga November. Bak kata arwah mak dan mentua, jangan lupa bersedekah atas apa2 yang kita dapat. Memang itu selalu aku ingatkan diri.

Pemergian orang tersayang

Lama sangat aku tak update blog ni. Since mak mertua aku sakit, lagi aku tak update. Akhirnya dia pergi pada 19 Nov 2012, hari Isnin jam 6.45 petang. Tarikh yang sama juga, dia pernah raikan aku sebagai menantunya 8 tahun dulu. Banyak cerita duka di sebalik tarikh ini. Orang yang cukup memahami diri aku, sama macam arwah mak aku sendiri. Takde beza. Moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah....Amin