Sunday, June 16, 2013

Won voucher Courts & jom register tiket free dari OREO.

Isnin lepas aku dapat panggilan dari F&N. Aku menang hadiah conso jer, voucher Courts bernilai RM1000. Memang best bila dapat panggilan macam ni. Apa lagi contest ni berkonsep lucky draw. Konsep contest paling susah nak lekat dengan aku. Rasanya dalam setahun, adalah 1@2 kali jer menang. Itu pon kalau betul2 lucky. Dalam kepala memang dah plan nak beli mesin basuh dan TV yg dah liplap-liplap tu. Tambah duit sikit jer lah. Dah tak larat nak spin dgn tangan yang tak habis fisio ni. Lagi pon, aku cuma nak sambar mesin manual jer. Sape nak bagi free kan? :)

Ni poster contest teapot tu.

Sekarang ni contest under F&N masih berlangsung. Lagi banyak winner. Ada lebih 500 winner. Hadiah utama kereta. Korang boleh amik form contest dari SINI

Sebelum tu, aku dapat panggilan dari UNILEVER untuk contest siggy. Aku dapat tempat ke-2 iaitu DVD bluray Toshiba. Ada 20 winner utk hadiah DVD ni. Jadilah coz ini 1st siggy contest aku masuk. Harga DVD ni  dalam RM359. Mayb aku nak letgo murah-murah jer pada yang berminat. Aku masih lagi tunggu DVD ni. Patutnya dah sampai tapi ramai gak kawan2 masih belum dapat.

Aku ada masuk satu giveaway ni Mac lepas. Hadiah sangat lambat aku dapat walaupon empunya diri janji nak bagi  dalam bulan tu juga. Lps 2 bulan berinbox, baru terima akhir bulan lepas. Walaupon xde ukiran nama seperti yang dijanjikan, aku tetap ucap terima kasih. Lenkali janganlah buat giveaway kalau sekadar nak tingkatkan jualan. Sangat pelik sebab jualan dapat disiapkan tapi hadiah utk aku tak siap2.

Ok...korang nak dapat tix free tengok movie? Oreo yang taja tiket ni. Boleh tekan gambar kat bawah kalau nak register tiket free. Satu nama, boleh redeem 4 tiket aje. Aku dah redeem separuh, husband redeem separuh sebab kami ada 5 orang :)


Sunday, June 9, 2013

Si pengail ikan tetap memikat hati

Si pengail ikan yang setia sejak dulu....Kotak tahun 80-an cuma warna PUTIH

Bila aku bagi anak2 makan scott emulsion, terus aku teringat arwah mak. Walau macam mana lewat pon dia nak pegi keje, benda wajib yang dia akan buat ialah bagi aku scott emulsion. Dulu-dulu mana ada perisa lain. Warna putih nan asli tu je lah yang ada. Suka tak suka telan je lah ok.

Zaman sekarang punya scott sikit punya cantik kotak. Siap ada macam2 perisa.

Sekarang turn anak2 aku pulak makan benda alah ni. Kalau lupa, si kakak akan ingatkan sebab dia paling suka makan. Abang dgn adik memang banyak alasan tapi tetap kena telan macam mana aku telan dulu. Aku memang tak suka bagi yang perisa oren dan segala bagai perisa. Aku prefer yang original. Aku memang latih anak2 scott original sejak kecik. Mula2 memang ada yang muntah dan loya. Pastu alah bisa tegal biasa. Cuma lps 2 bulan aku terskip, nak mulakan balik last week memang liat kecuali kakak. Tapi atas kuasa veto, anak2 kena makan gak. Hehehhh...

Aku bukan nak dera dorang makan yang jenis original. Cuma bila aku bagi perisa oren, kesannya tak sepower original. Kalau yang perisa oren, korang basuh sudu plastik tu dgn lalukan air jer pon dah ok. Tapi kalau yang original, kena basuh dgn sabun baru bersih tak berminyak. Haaa....nama pon minyak ikan. Apa kebendanya kalau tak berminyak kan? Tapi serius, anak2 jarang demam atau selsema kalau maintain scott putih ni.

Tips kurangkan hanyir: Simpan dalam peti. In Sya Allah kurang hanyir scott tu.