Sunday, November 29, 2009

Gadget Aku Semasa Pregnant

27/12/2009 hari tu (raya haji), genap kandungan aku 23 minggu. Awal-awal mengandung, biasanya aku ambil asid folic dulu. Tak payah beli sebab aku ambil free je kat Klinik Komuniti Kelana Jaya. Vitamin 4 dalam 1 (B complex, vitamin C, zinc dan folic asid). Lain-lain vitamin aku ambil amway punya sebab murah dan bagus. Orang kata mahal tapi bagi aku cukup murah. Meh sini aku citer.
Antara yang paling penting aku ambil mestilah B complex. Kenapa? Sebab aku biasanya ada diabetis semasa mengandung. Tiap kali mengandung ni lah antara vitamin wajib aku. Ni komposisi B Complex Amway: Satu tablet ada 7 vitamin B - B1, B2, B3, B5, B6, asid folik, dan B12; serta inositol dan PABA (asid para-amino-benzoik)

B Complex Amway (RM 60/250 tablet)

Aku makan dalam 3 biji sehari. Sebotol ada 250 tablet (harga RM60). Maksud sebiji harganya 24 sen (RM60/250 tablet). Sebulan cuma RM21.60 jer modal aku! Pastu aku ambil Calsium Magnesium Amway 3 biji sehari juga. Sebabnya untuk elak kaki aku yang mudah cramp terutama pagi. Memang aku minum freshmilk Gooday tapi tu tak cukup. Pastu penting untuk tulang dan gigi baby aku. Ni komposisi yang ada dalam Calsium Magnesium Amway: 3 Tablet sehari memberi 600 mg kalsium dan 400 mg magnesium, serta Pekatan Alfalfa NUTRILITE yang eksklusif.
Calsium Magnesium Amway (RM38/180 tablet)

Aku makan dalam 3 biji sehari. Sebotol ada 180 tablet (harga RM38). Maksud sebiji harganya 21 sen (RM38/180 tablet). Sebulan modal aku cuma RM19 jer! Kalsium ni adalah komponen utama tulang dan gigi, ia mempengaruhi pembekuan darah, penghantaran rangsangan saraf, pengekalan selaput sel, tindak balas enzim dan rembesan hormon. Magnesium penting untuk sel yang sihat, pengeluaran protein dan fungsi buah pinggang yang normal. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pasal tu apa-apa brand pun Calsium ni, pastikan ada komposisi magnesium tau.

Pastu aku ambil juga Protein Amway. Aku campurkan dengan horlicks or Freshmilk Gooday jer. Masa bulan puasa hari tu, memang aku disiplin makan Protein sebab untuk elak gastrik. Morning sickness pun tahap gaban masa tu. Tapi lately ni, macam on/off je ambil Protein ni. Maybe sebab Protein Amway ni cepat buat aku kenyang untuk tempoh lama, tu yang kononnya nak ambil lepas makan. Tapi sudahnya... :).

Protein Amway (RM80/450gram)

Biasanya aku ambil dalam satu scoop je sehari sebab aku dah makan Calsium Magnesium. Satu scoop 10 g memberi 8 g protein daripada protein soya yang diasingkan dan pekatan protein susu dan juga 9 asid amino penting, cuma 36 kalori. Protein soya telah ditunjukkan dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Jumlah protein soya disyorkan yang dapat menghasilkan kesan penurunan kolestrol adalah 25g sehari. Start bulan puasa hari tu, tahan lah dalam sebulan setengah aku guna. Tu masa aku tengah disiplin sebab morning sickness dan gastrik.

Aku ambik gak Fibre Amway sebab sembelit. Makan fibre ni kenalah banyak minum air. Kalau tak, sama gak macam tak makan fibre sebab sembelit. Apa-apa fibre pun kita makan (termasuk sayur-sayuran) , kena banyak minum air.

Nutri Fibre Amway (RM90/60 tablet)

Aku ambil dalam sebiji sehari dah cukup. Maksud sebiji harganya RM1.50 (RM90/60 tablet). Sebulan RM45 modal aku. Setiap tablet membekalkan 1.7g serat dietari. Ada kedua-dua serat larut dan tidak larut daripada 13 sumber semula jadi. Termasuk serat prebiotik iaitu FOS (fruktooligasakarida) yang menyokong kesihatan usus dengan membantu bakteria baik dalam sistem penghadaman agar subur.

Kalau aku makan banyak sayur/ulam hari tu, tablet ni sengaja aku tak ambil. Tak pun aku makan sejenis pelawas keluaran HPA. Sebotol cuma RM16 je. Sebulan sebotol pun dah cukup.

Tu pasal vitamin yang aku ambil. Pasal penjagaan luaran, aku cukup suka produk nonaroguy. Sebab masa mengandung, biasanya kita senang kena keputihan. So, aku guna minyak mustajab.

Minyak Mustajab/Minyak Berubat Herba (RM27/130ml)

Dulu minyak ni warna purple tapi sekarang semua produk nonaroguy dah tukar rupa. Semua dah warna putih. Kalau dulu minyak ni kita panggil minyak mustajab tapi sekarang dah jadi diberi nama minyak berubat herba. Dulu harganya cuma RM20/130 ml tapi sekarang RM27/130ml. Boleh tahan! Biasanya aku letak atas pad/panty liner. Kesannya memang mujarab (tu agaknya dulu dia panggil musjatab).

Scan? Maybe aku buat kat Klinik Kelana Jaya Khamis ni. Ada rezeki, aku nak buat kat vision college untuk scan 4D. Member-member kat susuibu pun komen baik pasal vision college ni sebab harganya cuma RM60 untuk scan 4D ni. Murah tu. Address semua aku kena cari semula sebab aku save dalam handphone je. Handphone aku dah hilang masa petang raya haji baru-baru ni sebab kereta aku kena pecah dek perompak. Jadi korban perompak...

Saturday, November 28, 2009

Teknik Menyusukan Bayi

Posisi penyusuan yang baik

Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut
adalah cara yang betul:

  • Sentuh bibir bayi dengan hujung putingsehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.
Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

Pilih posisi yang selesa

Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.
  1. Posisi dakapan Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.
  2. Posisi ‘football hold’ Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.
  3. Posisi berbaring Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas.



Posisi berbaring (posisi paling aku suka masa dalam pantang)
Posisi ‘football hold’
Posisi dakapan

Beralih payudara
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

Sendawakan bayi
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan

  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
  • Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
  • Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
  • Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara
  • Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
  • Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
  • Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
  • Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara bolehbengkak dan puting luka.

Pengelompokan Air Susu Ibu (ASI)

ASI Kelompok I
ASI Stadium I adalah kolostrum. Kolostrum merupakan cairan yang pertama dikeluarkan oleh kelenjar payudara dari hari pertama sampai hari keempat. Warna kuning keemasan kolostrum disebabkan oleh tingginya komposisi lemak dan sel-sel hidup.

ASI Kelompok II
ASI Kelompok II adalah ASI peralihan, yang diproduksi pada hari ke-4 sampai hari ke-10.

ASI Kelompok III
ASI Kelompok III adalah ASI matur, yang diproduksi dari hari ke-10 sampai seterusnya.

Komponen-komponen (Air Susu Ibu) ASI

Menurut Alkatiri S (1996) dan Suradi R, Tobing HKR (2004), komponen-komponen di dalam ASI antara lain: protein, laktosa, lemak. Kadar protein ASI sebesar 0,9%, sebesar 60% diantaranya berupa whey, yang lebih mudah dicerna dibandingkan kasein (protein utama susu lembu). Lemak di dalam ASI merupakan campuran dari fosfolipid, kolesterol, vitamin A, dan karotinoid. Di dalam ASI juga terdapat asid amino (sistin dan taurin) yang tidak terdapat di dalam susu lembu. Sistin untuk pertumbuhan somatik (tubuh), sedangkan taurin untuk pertumbuhan otak.
Kadar elektrolit dalam ASI lebih rendah daripada yang terkandung di dalam susu formula, ini bagus bagi keadaan ginjal bayi yang belum sempurna.
Kadar vitamin A, C, D, E dan niasin di dalam ASI lebih tinggi dibandingkan dengan susu lembu atau susu formula. Sedangkan kadar vitamin neurotopik, seperti: thiamin, riboflavin, dan sianokobalamin di dalam ASI lebih rendah dibandingkan dengan susu lembu atau susu formula.
ASI juga mengandung zat untuk melawan/memberantas jasad renik, seperti sel T dan imunoglobulin, yang merupakan pertahanan tubuh spesifik. Juga mengandung sel fagosit, komplemen C2 dan C4, lisosim, laktoperoksidase, laktoferin, transferin, yang merupakan pertahanan tubuh non-spesifik. Dengan mengikat zat besi, laktoferin telah berperanan mengelak pertumbuhan Stafilokokus dan E.coli yang juga memerlukan zat besi untuk pertumbuhannya. Laktoferin juga dapat mengelak pertumbuhan jamur kandida.
Selain itu, Lactobacillus bifidus di dalam ASI berfungsi mengubah laktosa menjadi asid laktat dan asid asetat. Kedua asid ini menjadikan saluran pencernaan bersifat asid sehingga mengelak pertumbuhan mikroorganisme, seperti E.coli (yang sering menyebabkan bayi menderita diare), shigella, dan jamur.

Wednesday, November 25, 2009

KOLOSTRUM: CECAIR BERNILAI EMAS

“Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.

“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu – talu kepada rakannya. Risau benar dia.

Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan – persoalan yang sering diajukan oleh ibu – ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.
Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Oleh itu bayi yang hanya menyusu susu ibu adalah didapati kurang kuning berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.

Antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira – kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Menarik untuk diperhatikan, disebabkan proses – proses yang perlu dilakukan ke atas susu formula, ia langsung tidak mengandungi sebarang SIgA. Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mengambil kira – kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran. Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan anak pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan anak matang.

Pihak saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob – mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel – sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana – mana ciptaan manusia.

Kajian – kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit – birit yang disebabkan oleh kuman – kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.

Thursday, November 19, 2009

5th Anniversary

Hari ni anniversary aku yg ke-5. Hampir tak ingat tapi bila reminder hp bunyi tadi, baru perasan. Aku dalam usaha transfer apa-apa yang ada dalam blog senyap aku ke blog ni. Maybe blog senyap aku tu aku nak biar senyap terus... :)

Wednesday, November 18, 2009

Menang Pump Medela Harmony

Syukur sgt2 coz aku antara yang menang hadiah Pump Medela Harmony ni. Since pregnant, aku memang tercari2 Pump yang sesuai. So, antara Blog yang hari2 aku usya ialah http://www.mybreastpumpshop.com/

Tetiba aku terbaca posting tuan rumah " Winners for medela Harmony breastpump -I AM opening this prizes to 2 mommies who has NO pumps, currently pregnant and the fastest to reply to this posting"

Mungkin dah rezeki, Aja pm bagi tau aku terpilih. Wah! macam mimpi plak coz tak pernah dapat hadiah mahal macam ni tau :). Thanks so much Aja. Rezeki anak... Buat Aja@Naza, moga Allah permurahkan rezeki Aja sekeluarga. Sayang kat Aja.

Ni dia gambar Pump yg aku menang

Wednesday, November 11, 2009

Tak Niaga Da...

Peh! dah 8 bulan tak tulis. Cuma update tang kiri kanan jer.
Lepas ni pada yang nak membeli HPA, saya memang tak dapat nak tolong belikan.
Kalau yang berminat nak jadi ahli, saya masih boleh tolong. Cuma ikut N3 sebelah kiri tu. Yang nak beli guna no ahli saya pun masih boleh. Boleh email saya. Saya cuma sempat bg info tentang produk HPA dan tempat nak beli barang2 HPA. Emm... harga barang-barang tu still harga customer (kalau ahli boleh dpt dalam 20%). So korang kenalah pandai matematik utk tau harga ahli. (senang jer tu).

At the same time, saya dealer nonaroguy dan amway. Tapi atas sebab-sebab tertentu, saya tak dapat bg info produk kat blog ni. Kalau nak beli dengan harga dealer, saya masih boleh bantu. Just email me. So, anggaplah saya dah stop niaga ek :).

Paling best, bila dapat xplore blog kengkawan. Kat sebelah kanan tu antara blog yg daku sempat list.