Muka kakak yang ceria coz dapat keje kat marry brown. Dia memang suka main masak-masak
Lepas penat bekerja, anak2 dapat "gaji". Slps datang kidzania, Haider asyik tanya bila aku dgn encik suami dapat gaji. Pergh!
Adik memang liat nak "bekerja". Dia tau nak merayau jer
Rehat makan aiskrim
Ajak bergambar selepas Haider frust tak dapat joint wall climbing atas dasar ketinggian tak cukup.
Cantikkan "memorial" ni?
Pokok ni mmg real. "Langit" tiruan yang mmg cantik
Belakang tu ada "pam minyak BHP" dan sebelah tu kanak2 boleh bawak kete control. Lps penat beratur, aku diberitahu yang anak2 kena amik lesen dulu. Nak amik lesen plak, tinggi tak sampai 130cm. Apalagi, merajuk lah budak bujang tu
Sementara tunggu abang dan kakak jadi pilot dan pramugari, adik dok melegar sekitar Air Asia
Satu2nya pekerjaan yang Reezqi buat iaitu jadi model. Dapatlah RM8
Perasan tak muka Haider yang agak tensen dan stress sebab aku paksa bekerja?
Suasana dalam marry brown
Ermm.....lepas dah keje, baru nampak muka dia yang enjoy
Gambar amat tidak berkualiti coz ada cermin (alasan jurugambar amatur)
Ni kat CIMB kidzania. Anak2 berurusan tentang kewangan
Lepas frust tak dapat main kereta, anak2 main pili bomba untuk padam api di hotel yang terbakar (sementara kanak2 yang bekerja sebagai ahli bomba belum sampai)
Tunggu giliran jadi pilot dan pramugari. Aku siap marah lagi dengan satu group Chinese coz dia potong Q anak2 aku yang dah lama beratur. Hangin sekejap aku. Dah lah anak2 dan sepupu sepapat dia ada hampir 8 orang. Terkontang-kanting Haider dgn wardatul ke belakang semula. Bila aku masuk dan marah sambil tunjuk family tu, terus staf kidzania tarik anak2 ke depan dan bagi nombor giliran. Kan!
Sebenarnya aku bawak anak2 ke Kidzania ni cuti sekolah bulan lepas lg. Tapi macam biasa, dengan pelbagai alasan kononnya, arini baru dapat update. Tiket memang agak mahal. Kanak2 kena RM60 (tahun lepas RM55). Dewasa masih RM35. Tapi atas kerajinan den yang masuk contest sana-sini, dapatlah tiket free. Aku sarankan, bawaklah anak2 yang besar sikit dan tinggi melebihi 120 cm. Sebab byk "pekerjaan" yang memerlukan kriteria tu. Cth, wall climbing, nak main kereta control, kena amik lesen dulu. Nak amik lesen pon, kena tinggi sekian-sekian. Tensen tau. Mujur free. Tu blm lagi bab masa. Aku amat sarankan bawaklah anak2 selain musim cuti sekolah atau elak sabtu/ahad. Tak berbaloi korang bayar mahal tapi dapat cuba sikit aje. Sebab bila orang ramai, anak2 kena beratur ikut turn agak lama. Paling hot, kat Air Asia coz berpuluh orang bebudak beratur.
Tips paling penting, galakkan anak2 bekerja dan tempat makanan dan minuman (macam marry brown, coklat, vitagen). Sebab boleh jimat duit poket. Apa yang anak2 buat kat restoran or kilang proses makanan, dorang boleh dapat makanan/minuman tu balik. Makanan kat situ mahal. Sebiji hotdog RM5! Tapi aku tak beli. Anak2 makan dan minum hasil kerja yang dorang buat. Kena pandai main politik dengan anak2 :).