Kiranya 1st time aku jejak kaki ke Pangkor ni. Kalau tak kerana kursus, ntah bila aku sampai. Aku ingatkan Pangkor ni boring macam pulau lain. Sebab aku mmg tak suka bercuti kat mana-mana pulau selain Pulau Langkawi yang byk tempat shopping tu. Aku rasa otak tepu. Aku nak damai tapi otak pon tak nak ler tepu sangat.
Cuma yg aku nampak kelebihan kat Pangkor ni, macam mana ramai pon manusia, nak beratur naik feri takde lah lambat macam kat Langkawi. Tetap smooth and steady gitu.
Aku, kakak dan kengkawan ofis
Kwn aku edit khas sendiri. Dalam bot tu adalah warga MAIWP
Lambaian cinta dari pangkor. Chewah!
Ni kat jeti Marina
Cantikkan kawasan jeti kat Marina ni? (sila abaikan kegemukan aku)
Sempat snap sebelum naik feri. Muka pon dah lesu sebab naik bas dari KL sampai 6 jam. Patutnya 3 jam ajer. Ni semua gara2 masalah teknikal (ada peserta yang ada kursus di Melaka tapi ternaik bas ke Pangkor). So buat pit stop lama sikit kat kawasan Sungkai untuk hantar peserta berkenaan. :)
Apahal plak kawan aku nan sorang tu? Mesti terlebih teruja lepas naik bot menuju ke pulau kecik ni. Belakang aku tu, ramai yang sibuk snorkeling. Tepi2 batu tu, boleh jumpa gamat yang rupa macam lintah tapi besar 2-3 kali dari lintah
Upah naik bot cuma RM10. Kalu nak snorkeling, tambah RM2 jer!! Agak2, korang boleh dapat kalau kat Tioman? Tu la pasal aku mmg tak suka Pulau Tioman. Semua serba mahal. Dari makan sampai tempat tinggal. Tapi kat Pangkor ni, chalet pon murah (semurah bawah RM100 pon ada tau).
No comments:
Post a Comment