Sunday, June 16, 2013

Won voucher Courts & jom register tiket free dari OREO.

Isnin lepas aku dapat panggilan dari F&N. Aku menang hadiah conso jer, voucher Courts bernilai RM1000. Memang best bila dapat panggilan macam ni. Apa lagi contest ni berkonsep lucky draw. Konsep contest paling susah nak lekat dengan aku. Rasanya dalam setahun, adalah 1@2 kali jer menang. Itu pon kalau betul2 lucky. Dalam kepala memang dah plan nak beli mesin basuh dan TV yg dah liplap-liplap tu. Tambah duit sikit jer lah. Dah tak larat nak spin dgn tangan yang tak habis fisio ni. Lagi pon, aku cuma nak sambar mesin manual jer. Sape nak bagi free kan? :)

Ni poster contest teapot tu.

Sekarang ni contest under F&N masih berlangsung. Lagi banyak winner. Ada lebih 500 winner. Hadiah utama kereta. Korang boleh amik form contest dari SINI

Sebelum tu, aku dapat panggilan dari UNILEVER untuk contest siggy. Aku dapat tempat ke-2 iaitu DVD bluray Toshiba. Ada 20 winner utk hadiah DVD ni. Jadilah coz ini 1st siggy contest aku masuk. Harga DVD ni  dalam RM359. Mayb aku nak letgo murah-murah jer pada yang berminat. Aku masih lagi tunggu DVD ni. Patutnya dah sampai tapi ramai gak kawan2 masih belum dapat.

Aku ada masuk satu giveaway ni Mac lepas. Hadiah sangat lambat aku dapat walaupon empunya diri janji nak bagi  dalam bulan tu juga. Lps 2 bulan berinbox, baru terima akhir bulan lepas. Walaupon xde ukiran nama seperti yang dijanjikan, aku tetap ucap terima kasih. Lenkali janganlah buat giveaway kalau sekadar nak tingkatkan jualan. Sangat pelik sebab jualan dapat disiapkan tapi hadiah utk aku tak siap2.

Ok...korang nak dapat tix free tengok movie? Oreo yang taja tiket ni. Boleh tekan gambar kat bawah kalau nak register tiket free. Satu nama, boleh redeem 4 tiket aje. Aku dah redeem separuh, husband redeem separuh sebab kami ada 5 orang :)


2 comments:

  1. Tahniah3...bertuahnya akak...Cap Teko tak call saya pun, maka takde le tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Akma. Insya Allah ada rezeki kat tmpt lain utk kema. Smlm lipton mmg akk kalah terlentang :)

      Delete