Wednesday, December 18, 2013

Rezeki kecil-kecilan bulan Disember

Dah lama aku tak menang hadiah sempena hobi bercontest. Kadang-kadang ada gak menang melalui giveaway yang aku joint melalui blog www.airis-contest.blogspot.com. Macam tudung, novel, topup dan lain-lain. Tapi kalau menang melalui contest biasa ni, gembira dia lain macam sikit :). Mayb salah satu sebabnya, nilai hadiah lumayan sikit berbanding G.A

 Ni aku menang melalui contest majalah Eh! bulan November iaitu product Etude House. Yang sebelah kanan sekali tu (kotak pink lembut) ialah bedak compact--> Etude House Preciouse Mineral Any Cushion. Dia macam bedak compact gak. Tapi sangat best bila pakai. Harga dalam RM100+++. Yang lain-lain tu aku tak tengok lagi brapa harga dia. Warna pink ada gambar girl tu cermin. 

Ni plak ialah voucher kasut XES bernilai RM200 dari majalah herworld. So, boleh aku shopping preeee.... kasut lagi sekali (selepas ditaja oleh cash Redbull sebelum ni). Alhamdulillah...

Monday, December 16, 2013

Tergantung cerita "The Hobbit: The Desolation of Smaug"???

Baru-baru ni aku tengok cerita The Hobbit: The Desolation of Smaug dengan encik suami. Inilah 1st time aku tengok wayang BERDUA selepas dah ada anak. Hahahhhh... biasanya kalau tengok wayang, mesti ada anak-anak. Maknanya selepas 8 tahun baru dapat dating tengok wayang. Encik suami beli tiket couple sit untuk kami :)

Aku memang suka sangat tengok cerita ni. Tapi sayangnya, aku frust bila cerita dia agak tergantung. Lepas berhempas pulas Hobbit, Thorin dan kawan-kawan dia bertarung dengan Naga Smaug (Naga berapi), naga ni terus keluar dari gunung tu dengan niat untuk mengamuk dan membakar orang kampung. Rasa macam sia-sia jer pertarungan tu. Tapi tak pasti sama ada dia nak serang kampung tu atau tidak. Sebab akhir cerita tu, orang kampung macam ketakutan dan naga plak macam siap sedia untuk serang (belum serang). Habis gitu je. Ye la, mana tau ada sambungan cerita macam LOTR (Lord of the ring).

 Taurine--wanita elf yang sangat tangkas dan berani. Aku memang suka watak-watak pompuan yang pandai pertahankan diri :)
 Watak-watak utama dalam filem ni. Tapi mana si Hobbit?
Hobbit---dia ni bukan raja tapi wataknya sangat penting dalam menjayakan misi si Thorin. Dah nama filem ni pun The Hobbit: The Desolation of Smaug kan.

Pada yang nak tengok filem-filem kat panggung sekarang, tak rugi tengok citer ni. Tambahan plak, ada contest untuk filem ni. Boleh KLIK SINI untuk joint. Tapi untuk joint contest ni, korang kena beli online tiket tu ye. Melalui kaunter, cuma boleh joint contest yang lagi satu ni je

Wednesday, December 4, 2013

Salak Denai....gelongsor air tepi chalet

Awal cuti sekolah, aku dan family sebelah suami bercuti di chalet Salak Denai. Terletak di bahagian Yan, Kedah, aku rasa memang seronok sepanjang perjalanan ke sini. Memang tak bosan. Kami tempah 2 Chalet paling besar (Siti Khadijah dan Siti Aisyah) + 1 hostel. Kami tempah 2 Chalet bagi memudahkan kami para muslimah ni berendam sesuka hati tanpa gangguan mata orang yang tak berkenaan :). Rate dia paling tinggi pon RM300 semalam. Boleh gak kalau nak tempah untuk separuh hari je. Paling unik, kita boleh check in pukul 2pm atau 7pm. Kalau check in pukul 7pm, keluar pukul 6pm keesokannya. So, tentulah kami check in lewat. Tengok chalet mana kita pilih. Untuk info lebih lanjut, boleh pegi ke FB SALAK DENAI

 Haider memang seronok dapat berendam. Oh ye, safety jacket tu aku bantai beli kat chalet ni je. Baru RM12!!! Ada pelbagai saiz. Segala pelampung tangan, semua tolak tepi dah.
 Ayah dia amik masa sekejap je untuk ajar dia berenang menggunakan safety jacket ni. Mula-mula tu, dia asyik gak tertumus ke depan sampai lemas. Tapi alhamdulillah, lps dah mahir, diap buat jumping lagi
 Dengan sepupu sekepala
 Kesian kat adik, asyik duduk tepi jer sebab takut kedalaman air. Paling kuat pun, dia pegi lah ke kolam kanak-kanak yang paras pinggang dia tu. Hehehhh
 Kakak hepi dapat mandi dengan pelampung. Suruh guna safety jacket, asyik nangis sebab dia tak pandai balance badan sampai lemas jadinya
 Apa yang menarik, kat chalet ni siap ada gelongsor lagi okay. Ni kat chalet Siti Khadijah

 Bilik yang siap ada aircond. Bantal dan tilam tambahan memang dia sediakan termasuk selimut nan melambak
 Dapur dia memang lengkap. Periuk elektrik dan Encik lesung pun ada :)
 Periuk kuali yang disediakan oleh chalet
 Fridge yang memudahkan kita simpan bahan-bahan mentah untuk buat BBQ. Aku lupa nak amik tempat BBQ dia yang terletak kat tepi kolam.
 Suasana dari tepi kolam chalet Siti Khadijah
 Tak habis-habis terjun bebas dalam kolam
 Reezqi lepas geram mandi kat kolam kanak-kanak Chalet Siti Aisyah. Sebenarnya semua chalet ada 2 kolam berbeza, cuma dia lebih enjoy mandi kat chalet ni.
Ni gelongsor air kat Chalet Siti Aisyah

SATU DUA TIGA