Wednesday, December 4, 2013

Salak Denai....gelongsor air tepi chalet

Awal cuti sekolah, aku dan family sebelah suami bercuti di chalet Salak Denai. Terletak di bahagian Yan, Kedah, aku rasa memang seronok sepanjang perjalanan ke sini. Memang tak bosan. Kami tempah 2 Chalet paling besar (Siti Khadijah dan Siti Aisyah) + 1 hostel. Kami tempah 2 Chalet bagi memudahkan kami para muslimah ni berendam sesuka hati tanpa gangguan mata orang yang tak berkenaan :). Rate dia paling tinggi pon RM300 semalam. Boleh gak kalau nak tempah untuk separuh hari je. Paling unik, kita boleh check in pukul 2pm atau 7pm. Kalau check in pukul 7pm, keluar pukul 6pm keesokannya. So, tentulah kami check in lewat. Tengok chalet mana kita pilih. Untuk info lebih lanjut, boleh pegi ke FB SALAK DENAI

 Haider memang seronok dapat berendam. Oh ye, safety jacket tu aku bantai beli kat chalet ni je. Baru RM12!!! Ada pelbagai saiz. Segala pelampung tangan, semua tolak tepi dah.
 Ayah dia amik masa sekejap je untuk ajar dia berenang menggunakan safety jacket ni. Mula-mula tu, dia asyik gak tertumus ke depan sampai lemas. Tapi alhamdulillah, lps dah mahir, diap buat jumping lagi
 Dengan sepupu sekepala
 Kesian kat adik, asyik duduk tepi jer sebab takut kedalaman air. Paling kuat pun, dia pegi lah ke kolam kanak-kanak yang paras pinggang dia tu. Hehehhh
 Kakak hepi dapat mandi dengan pelampung. Suruh guna safety jacket, asyik nangis sebab dia tak pandai balance badan sampai lemas jadinya
 Apa yang menarik, kat chalet ni siap ada gelongsor lagi okay. Ni kat chalet Siti Khadijah

 Bilik yang siap ada aircond. Bantal dan tilam tambahan memang dia sediakan termasuk selimut nan melambak
 Dapur dia memang lengkap. Periuk elektrik dan Encik lesung pun ada :)
 Periuk kuali yang disediakan oleh chalet
 Fridge yang memudahkan kita simpan bahan-bahan mentah untuk buat BBQ. Aku lupa nak amik tempat BBQ dia yang terletak kat tepi kolam.
 Suasana dari tepi kolam chalet Siti Khadijah
 Tak habis-habis terjun bebas dalam kolam
 Reezqi lepas geram mandi kat kolam kanak-kanak Chalet Siti Aisyah. Sebenarnya semua chalet ada 2 kolam berbeza, cuma dia lebih enjoy mandi kat chalet ni.
Ni gelongsor air kat Chalet Siti Aisyah

SATU DUA TIGA

7 comments:

  1. agak menarik percutian di sini....bolehla singgah satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah....jgn tak singgah. tapi kena tempah awal coz slalu penuh :)

      Delete
  2. wahhhh , seronoknya bermandi manda :)

    ReplyDelete
  3. Memang tgh review pasal chalet nie. Thnks info

    ReplyDelete