Wednesday, December 19, 2018

Wakaf Pencuci Muka : Murah Tapi Sangat Bermanfaat


3 bulan lepas suami warded di salah sebuah hospital sekitar Kuala Lumpur. Sejam selepas waktu Zohor, baru aku sempat tunaikan solat.

Melihat susunan telekung yang tergantung bersih (lebih 20 pasang), aku rasa selesa sangat. Masa nak ambil wuduk, aku lihat bersusun PENCUCI MUKA pelbagai jenama yang ditinggalkan. Semuanya berlabel. Tapi bukan dilabelkan dengan nama staf tapi ia bertulis WAKAF. Wah! Memang bagus sangat. Pencuci muka tu semua sekitar RM10-RM15 je tapi cukup membantu. 

Hati aku terdetik, orang yang sedekahkan semua pencuci muka ni langsung tak risau pasal kecurian. Tapi alhamdulillah, selama 3 hari suami warded, elok je semua pencuci muka tu ada. Mungkin ini antara sebab telekung kat situ kebanyakkannya tiada kesan bedak berwarna coklat.

Selain telekung atau sejadah, banyak lagi perkara lain yang boleh kita sedekah untuk membantu memudahkan solat seperti selipar ambil wuduk. Walau bersifat sementara, sekurang-kurangnya kita berusaha mendidik diri bersedekah.

P/s: Tiap kali lepas azan, surau hospital penuh orang solat berjemaah.

Saturday, December 8, 2018

Trip Vietnam Ringkas Tapi Membantu

Aku cuma nak share sedikit tips trip ke Vietnam . Moga ia bermanfaat. Lagi bagus kalau ada yang boleh tambah tips kat komen nanti ye. Aku pernah share benda ni kat page IIUM awal tahun ritu.


1.Hotel
Sebaiknya kalau nak pilih hotel, type perkataan Ben Thanh di Agoda/Trivago/Booking atau mana-mana tempat booking hotel supaya hotel yang kita dapat berdekatan Malaysian Street atau pasar Ben Thanh. Sebab Malaysian tempat paling mudah cari makanan halal. Cuma hati-hati pilih sebab ada hotel yang bermasalah selepas payment dah dibuat, bilik boleh pula dah penuh. Contohnya kawan terkena dengan Ace Hotel.

Sebenarnya aku booking hotel agak jauh dari Malaysian Street/Pasar Ben Thanh. Perlu naik uber. Sebab masa tu tak dapat lagi gambaran kat sana. Jadi next time, aku akan cari hotel sekitar Malaysian Street, mesti syok shopping berkali-kali depan pintu hotelkan.

2. Luggage
Sebaiknya booking luggage hotel ikut keperluan semasa kita booking flight. Sebab kalau tambah kemudian hari, harga tersangatlah mahal. Contohnya aku tambah lagi 10kg, bayaran RM64 tak silap. Padahal masa booking tu RM45 je untuk 20kg. Kiraan runcit luggage memang mahal amat. Tu lagi baik dari kiraan kat kastam RM30 sekilo kan.

3. Tukaran Wang
Boleh download Easy Currency Converter bagi memudahkan kiraan tukaran wang asing. Application ni memang user friendly sesangat.

Aku nasihatkan sila tukar RM kepada Vietnam Dong (VD) semaksimum yang boleh. Walaupun ramai cakap orang Vietnam terima RM, sebenarnya ia sangat merugikan terutama di night market Ben Thanh, Sungai Mekong dan lain-lain tempat. Sebagai contoh, aku beli baju kat night market dalam nilai VD baru VD120k (RM20). Kalau aku tanya berapa RM, peniaga letak harga RM25. Memang rugi sangat. Jangan malas bermain dengan VD dan currency application. Sebab aku percaya korang sampai Vietnam, mesti beratus atau beribu habis borong barang.

Duit USD aku tukar sikit gak, dalam USD103 (RM400) . Dollar aku guna apabila nilai RM naik. RM naik saat akhir aku kat Vietnam. Dollar ni aku guna kat kedai tertentu Malaysian Street atau restoran. Night Market atau kedai biasa jangan guna sebab harga tak munasabah. Itupun sebab aku nak habiskan dollar kat tangan. 

Jangan risau, kat Vietnam kita yang tentukan nilai mana yang nak guna. Kalau night market Ben Thanh, dorang akan tanya kita nak bayar guna nilai apa. So, VD adalah nilai terbaik bagi aku. 

4. Transport
Untuk teksi, sila ambil Vanisun Taxi sahaja sebab confirm guna meter. Keluar dari Airport, ambil sebelah kiri, banyak Vanisun Taxi ni. Sebab ramai yang terkena bab teksi ni. Ada yang kira kepala pon ada. 

Boleh juga download grab/uber. Aku selalu gerak ke tempat jauh macam Linda Wholesale guna uber/grab. Yang pasti, naik transport kat Vietnam, wajib bayar guna VD ye.

5. Simcard, adaptor dan Botol Kosong
Sebaik kau keluar dari kapal terbang, berderet penjual simcard. Harga memang mahal iaitu dalam RM34. Bawa bersabar. Melepasi pintu airport, selepas ambil bagasi kat tingkat bawah airport, banyak orang jual simcard. Sekitar RM25-26 unlimited je. Beli satu cukup dah, buka hotspot dan share. Sebab 20G internet memang tak terguna. Penting internet ni untuk booking uber atau guna application currency coverter dan lain-lain.

Kat airport Vietnam, pastikan bawa botol air mineral kosong. Sebab dalam toilet dia memang takde air. Kita kena tadah air kat singki bawa ke toilet. Dorang cuma sediakan tisu. Jadi tidak mustahil kalau korang dengar orang menjerit takde air selepas buang air. Hahahh...

Adaptor sila beli kat Malaysia sesiap. Tapi kalau pandai merayau kat tepi-tepi pasar Ben Thanh, boleh dapat sekitar RM6. Adaptor ni nyawa traveller terutama untuk cas hp or masak.

Antara restoran pilihan aku

6. Makanan dan air
Nak jimat, korang tempah luggage 20kg masa nak pergi Vietnam khas untuk makanan je. Aku bawa roti berbuku2, makanan tin, minuman 3 in 1, rice cooker yang paling kecil dan ringan (banyak kat shopee or lazada) dan segala makanan yang boleh dibuat makan. Travel pan juga banyak jual kat situ (lebih ringan banding pan biasa).

Sebabnya aku peruntukkan makan kat restoran halal sekali sahaja (makan berat dan air kosong). Nasi/mee/kuew teow kat restoran halal sekitar Malaysian Street dalam RM11-15 sepinggan. Tapi penuh seafood. Memang sangat berbaloi. Nasi seafood kat Malaysia pon kau cuma dapat 1@2 ketul sotong dan udang yang kecut-kecut. Huhu...Air agak mahal, so buatlah air sendiri kan.

Air mineral beli kat market terdekat, simpan dalam peti ais atau kat hotel banyak-banyak. Sebab air paip kat Vietnam walau dah masak, lain gak rasa dia. Macam masin-masin je rasa kot.

7. Kopi Vietnam
Beli kopi yang halal kat restoran atau penjual kopi halal Vietnam. Kat penjual guna motor tu lebih murah. Sekitar RM10 sepeket (500 gram)

8. Kedai Tudung, Telekung dan Beg.
Kalau nak beli tudung Ariani, Duck, Almeera, Naelofa atau apa2 tudung branded termasuk inner, boleh usya di Malaysian Street pada waktu malam. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah banding Ben Thanh night market. 

Kedai telekung Siti Khadijah (SK) yang paling bagus bagi aku ialah kedai Al-Mubarak. Kedai ni ada 2 tempat kat Malaysian Street. Kedai ni kalau bab currency converter adalah lebih telus. Seingat aku, hari Isnin aku beli telekung SK yang paling berkualiti berharga RM70 (borong RM65). Hari Rabu try tanya balik, harga turun jadi RM65 (borong RM60). Sebab RM naik katanya. Aduhai...bukan sikit aku dan kawan-kawan beli. Rugi oiii.... Ariani juga antara paling murah kat Al Mubarak. Gred biasa2 boleh dapat RM15 je. Tempat lain semua lebih mahal dan cuma jual 1 jenis gred Ariani (mayb korang boleh share kalau ada kedai lain). Bonus terbaik, kedai Al Mubarak siap bagi tumpang solat. Aku tanya surau, dorang terus offer solat. Alhamdulillah

Kedai beg paling murah aku jumpa ialah di Malaysian Street jugak. Nama kedai Mai Anh Jewellery. Buka sekitar pukul 7.30-8 malam. Mula-mula aku bargain harga beg kipling balik kampung beroda kat kedai Mai Anh ni dapat RM48. Konon nak usya kedai lain kat Ben Thanh night market. Harga semua mengarut 3@4 kali ganda. Paling murah RM60. Tu pun puas gaduh. Beg Deuter pon murah. 

Kemain dapat naik sampan

Puas hati beli madu kat sini. Serasi dengan anak-anak.

9. Sungai Mekong.
Satu perkara paling best dapat ikut trip ke Delta Sungai Mekong. Harga sekitar RM65-150. Aku dapat harga RM100 full package termasuk makan tengah hari yang agak berat (Kari tenggiri, sup ayam, sambal udang, sayur, nasi, air ikut apa yang kita nak), naik bas, naik bot, naik sampan, naik kereta kuda, makan buah-buahan, madu dan candy kelapa yang fresh. Kat seberang Sungai Mekong juga ada jual beg kulit yang murah sebab kilang beg kulit memang kat sana.

Antara yang ada dalam trip ke Sungai Mekong.

Tapi pastikan package yang dipilih ada makan kat restoran Halal baru best. Lagi bagus kalau tau menu apa disediakan. Korang boleh booking sehari sebelum di sekitar Malaysian Street. 

Dalam perjalanan ke Sungai Mekong, bas akan berhenti di 1@2 kedai. Korang jangan cepat sangat nak membeli. Sebab kedai pertama yang bas berhenti, harga cenderamata dan segala beg tersangat lah mahal. Kedai ke-2, jauh dia sekitar lagi 10 minit nak sampai sungai Mekong (korang boleh tanya driver berapa jauh lagi perjalanan). Kat situ toilet memang bersih, kedai baju agak murah. Aku grab T-shirt Polo dewasa dan kanak-kanak baru sehelai RM15. Kain lembut dan tebal. Harga beg dan cenderamata juga agak murah. (jangan bandingkan harga beg kat kedai Mai Anh yang memang murah tu). Pencil case kipling boleh dapat RM10. 

Untuk trip Sungai Mekong ni aku naik bas start 9 pagi dan sampai hotel semula 6 petang. Kiranya peruntukkan sehari untuk trip ini. Malam sambung lah shopping balik.

10. Balik Airport dan Penimbang.
Sebaiknya minta hotel yang booking Vinasun Taxi untuk kita sebab harga tetap dan bukan ikut meter. Aku kena hari tu dalam RM30. Kira ok lah sebab petang tu tempuh jem 2 jam untuk sampai airport. Kalau guna meter, mau nangis kot. 

Hotel juga biasanya ada penimbang bagasi yang 60kg. Jangan lepaskan peluang pinjam untuk timbang bagasi sesiap. Kat kedai Vietnam kebanyakkannya ada penimbang. Lepas beli, boleh minta timbang juga. Contohnya telekung SK sepasang 700gm. Pihak hotel siap hantar ke bilik untuk aku timbang semua bagasi. Baik betul hotel situ.

Harap pembaca semua pon dapat share pengalaman korang yang jauh lebih fun pasal trip ke Vietnam ye.

Monday, December 3, 2018

Zaman Kolej Pernas UUM

Tetiba aku teringat zaman kat U dulu. 16 Mei 1998, aku start guna no matrik 25*** dan lalui orientasi yang sangat best. Mountain bike warna biru nila, tasik yang penuh ikan beribu lemon, jalan tar yang berbukit-bukau, the mall, dan yang pasti Kolej Pernas yang aku huni sejak Sem 1. Walaupun tempat ni aku sambung belajar dari Degree sampai Master, tapi kenangan semasa zaman Degree lebih lekat kat hati. 

Aku akui, zaman buat Master, aku terlalu concentrate pada study. Tak boleh enjoy sangat macam zaman lok-lak Degree. Dok sibuk berpersatuan. Tapi, pasal benda-benda macam tu lah aku rasa betul-betul rasa sebagai "budak kolej" ;). 

Panjat Gunung, kayuh basikal sampai rumah Naib Canselor kat hujung bukit nan tinggi tu, meeting kat PKP (tempat top untuk jumpa kwn2 dari kolej lain), makan di Cafe D9 Kolej Petronas, merayau di tasik sambil bergambar sana-sini dan yang paling best, seminggu 3 kali berlatih silat gayong dengan kawan-kawan dari pelbagai negeri, peringkat umur dan latar belakang.

Dengan pinjaman dari JPA, duit yang ada memang tak luak sangat kalau setakat nak makan atau beli barang-barang keperluan. Sepinggan nasi berlaukkan ayam/ikan + sayur baru RM2 atau kurang. Kalau rasa bosan, aku dengan kawan-kawan akan merayau ke kolej lain cari menu yang mantop-mantop tapi murah. Steak baru RM4.00. Rasa memang setanding macam kat Damansara Uptown.

Yang pasti, jadi student muda-muda dan sepenuh masa memang sangat sempoi dan seronok. Tak perlu kelek anak atau kerja-kerja pejabat nan bertimbun. Tapi, tu bukan halangan pada korang yang dah kawen dan further study. Sebab sepengalaman aku, belajar dengan orang yang dah berumur (masa buat Master dulu), memang berbeza. Ye la, aku tamatkan Master masa umur 26 tahun. Jadi, sangat beruntung bila dapat stuady group dan belajar dengan mereka yang dah bekerja dan berkahwin. So, result pon jauh ke depan bila dapat belajar dengan mereka :)

Yang pasti, aku tetap rindukan zaman 1998-2001 aku.....






DIY Penyangkut Kain Selepas Khatan

Semalam anak-anak berkhatan kat klinik Amal Medik Melawati. Alhamdulillah selesai dengan baik walaupun si adik agak complicated sebab badan besar dan anunya ke dalam selepas baring. Kos khatan laser abang termasuk seluar khas viral tu RM345. Adik RM415. Tapi sebenarnya anak-anak menangis dan tak selesa pun guna seluar tu.

Sampai rumah, asben terus ke hardware cari PVC untuk DIY tempat sangkut kain pelekat abang dan adik.

 Nak ke rumah Umi tadi, buka semula dan pasang semula

 Ini rupa tempat sangkut kain pelekat selepas dicantum semula

Ini masa kat rumah malam tadi. Inilah rupa selepas kain pelekat disarungkan ke dalam penyangkut DIY ni. Kreatif tak ayah? 😅. Abang dengan adik pon selesa masa tidur dan mudah keluar masuk. 

Lupa ambil gambar lagi satu. Sebab asben ada adjust bagi rendah sikit penyangkut tu. Waktu tidur, abang tidur atas toto yang dilipat dua. Adik asyik merengek berair mata. Tak nak tidur atas toto. Nak tidur kat kusyen. Sudahnya, terpaksa bawa turun tilam single nan berat tu. Fuh! Moga anak-anak cepat sembuh ye. Terima kasih Umi sudi jagakan anak-anak.