Wednesday, December 19, 2018

Wakaf Pencuci Muka : Murah Tapi Sangat Bermanfaat


3 bulan lepas suami warded di salah sebuah hospital sekitar Kuala Lumpur. Sejam selepas waktu Zohor, baru aku sempat tunaikan solat.

Melihat susunan telekung yang tergantung bersih (lebih 20 pasang), aku rasa selesa sangat. Masa nak ambil wuduk, aku lihat bersusun PENCUCI MUKA pelbagai jenama yang ditinggalkan. Semuanya berlabel. Tapi bukan dilabelkan dengan nama staf tapi ia bertulis WAKAF. Wah! Memang bagus sangat. Pencuci muka tu semua sekitar RM10-RM15 je tapi cukup membantu. 

Hati aku terdetik, orang yang sedekahkan semua pencuci muka ni langsung tak risau pasal kecurian. Tapi alhamdulillah, selama 3 hari suami warded, elok je semua pencuci muka tu ada. Mungkin ini antara sebab telekung kat situ kebanyakkannya tiada kesan bedak berwarna coklat.

Selain telekung atau sejadah, banyak lagi perkara lain yang boleh kita sedekah untuk membantu memudahkan solat seperti selipar ambil wuduk. Walau bersifat sementara, sekurang-kurangnya kita berusaha mendidik diri bersedekah.

P/s: Tiap kali lepas azan, surau hospital penuh orang solat berjemaah.

3 comments: