Monday, March 22, 2010

Kedatangan Orang Baru


Alhamdulilah, hari ni genap seminggu aku berpantang. Hari Sabtu lepas baru keluar sebab banyak masalah pada pihak aku. Tepat 9.06 malam (15/3/2010), aku lahirkan baby boy 3.2 kg di Hospital Pusrawi Jln Tun Razak secara normal. Dr. Asmah Yun yang sambut. Aku mmg puas hati dengan service Dr. Asmah ni since dari labour room sampai saat sepanjang aku di wad. 1st time aku deliver tanpa libatkan GUNTING :).

At the same time, aku buat operation untuk hemorrhoid sekali. Untuk tatapan rakan-rakan semua, kat atas tu gambar baby boy aku. Muka mmg sebiji macam abang dia masa kecik-kecik. Namapun adik beradik.

Pada rakan-rakan RPM Engineers, thanx so much coz datang melawat aku di Pusrawi. Walaupun lepas operate masa tu, lupa kejap sakit dengan kedatangan korang :-)

Saturday, March 6, 2010

3P's Tentang Pregnant

Tadi aku check-up. Berjam-jam aku tunggu gara2 doktor kena operate sorang patient. Disebabkan aku tak nak jumpa doktor tah apa2 mcm last wk, tunggu ler jugak doktor Asmah Yun ni (mmg doktor ni pun aku slalu cek).

Tadi dia terang pasal 3P's of pregnancy. Kebenda tu? Aku pun baru 1st time dengar walaupun dah nak masuk anak 3.

1. Power - refer pada kekerapan, kekuatan dan masa sesuatu kontraksi
2. Pelvis - doktor akan cek kalau2 pelvis kita sesuai saiznya / cukup besar untuk keluar nnt. Td cuak gak aku coz baby dah 3.1-3.3 kg (37 wks). Sedangkan baby aku paling besar pun cuma 2.73kg sebelum ni.
3. Passenger (atau baby kita ler). Refer pada saiz baby dan kedudukan baby dalam pelvis. Contohnya kepala baby patutnya dalam keadaan ke bawah tapi berada dalam keadaan sebaliknya. Sekarang kepala baby aku memang dalam keadaan ke bawah, tiada lilitan di leher tapi masih dalam keadaan mengiring. Masa deliver, kepala baby paling cantik dalam keadaan ke bawah dan ala2 meniarap.

Gitu la sedikit sebanyak info yg aku dapat.

Friday, March 5, 2010

Mati atas Laptop???

Ye! sekali pandang macam ayam ni mati atas laptop. Siapalah tuannya sampai bawa laptop masuk reban ayam.

Sebenarnya ayam tersebut ialah pen drive aka thumb drive. Malah ada juga yang panggil benda ni usb jer.. huhu. Sesuai digunakan oleh penjual ayam di pasar.


Yang ni pulak lagi bahaya. Silap-silap ada yang tertelan pula. Direka khas untuk Bai jual roti.

Thursday, March 4, 2010

Kaki Bengkak???

Dah 2 minggu kaki aku bengkak. Since kursus hari isnin sampai hari ni, kaki bengkak makin teruk. Ni antara tips yg aku dapat untuk mengatasi kaki bengkak masa hamil :
  • Kurangkan penggunaan garam dalam masakkan
  • Jangan duduk atau berdiri terlalu lama agar peredaran darah tetap lancar. (Masalahnya masa kursus, aku tak boleh elak kena duduk lama. Takkan kejap2 nak bgn). Rehat teratur, sisihkan sedikit waktu minima 15 menit dan biarkan tubuh anda dalam keadaan relax.
  • Letakkan kaki di atas bantal yang tinggi saat berbaring.
  • Hati-hati keracunan kehamilan jika kita mengalami gejala kaki bengkak saat pagi hari dan peningkatan berat badan 1kg setiap minggu pada pertengahan kehamilan.
  • Agar kaki tetap cantik, cuba rendam kaki dgn air hangat (kalau blh sepanas yg kita tahan) yang dicampur garam dan jeruk nipis, kemudian sapu kaki menggunakan baby oil.