Monday, May 24, 2010

Susu Ibu...Tersilap Langkah ke Aku???

Antara hasil yg aku dapat

Aku takde masa nak menulis tapi pada masa sama aku perlukan info Penyusuan. Then aku dapat idea, maka aku pun buat LABEL PENYUSUAN. Aku just ambik semua link dan letak kat situ. Pada masa sama, aku dapat sebarkan blog-blog or website yang berguna. Sebab selama ni aku buat silap sikit dari segi teknik penyimpanan.

Setiap sesi mengepam, aku dapat dalam 7-8oz. So, Lebih kurang 1 botol setengah (aku guna botol bumble bee saiz 5 oz). So, sesi ke-2 aku dapat jumlah yg sama. Botol yg ada setengah tu, terus aku campur susu yang aku perah tadi (Suhu bilik + suhu sejuk). Kat rumah baru aku bekukan. Rupa-rupanya teknik aku salah. Aku perlu sejukkan dulu, baru campur. Banyak pulak tu aku dah buat macam tu.

Lagi satu aku silap dari segi teknik pemberian EBM. Sepatutnya aku makesure susu segar (yang tidak dibekukan) patut diberi dalam kuantiti 70-80%. Maksudnya, kalau ada 5 botol, cuma satu jer susu beku digunakan. Tujuan, supaya antibodi baby lebih kuat. Selama ni aku bagi setengah yang segar, setengah lagi beku. Kesian Reezqi :(. Maybe terlebih baca info or banyak blog. (Setiap blog ada info berlainan dan tak semestinya tepat).

4 comments:

  1. Iris, 6 bulan pertama selalunya susu kita mmg banyak jika kita mmg dah buat persiapan sprt persediaan mengepam di dalam pantang, ada ibu yg bagi semua fresh untuk 6 bulan pertama sbb nak bagi kuat antibodi. Memang kita amalkan kalau sehari baby minum 6 botol, at least 2 botol tu beku. Saya pula skrg semua bagi fresh walau Aisyah dah 1thn 3 bulan, yg beku saya tak usik lagipun dah nak dekat bulan puasa skrg ni giat nak buat stok walau susu pon tak banyak cam dulu tapi alhamdulillah Aisyah still dpt menikmati susu ibu lagi dari saya.

    ReplyDelete
  2. tu la azrina. patutnya 6 bln pertama ni la seboleh-bolehnya lebihkan fresh. baru semalam saya buat teknik ni. hu..hu.. bila cakap bulan puasa, baru saya teringat. ada lagi 3 bln jer. in case apa2 hal, stok2 beku blh bantu. kita bukan tau nasib masing2. betul tak? :). thanx azrina coz bagi pendapat.

    ReplyDelete
  3. tq airis for the info... saya pun selalu jugak buat mcm tu (campur susu yg diperah dengan susu yg ada dlm fridge!)... main belasah jer, walau kekadg terpikir gak... betul ke cara ni??? so, lepas ni x bleh buat lg la...

    ReplyDelete