Tuesday, July 27, 2010

RINGAN KEPALA: Tapak Tangan Basah

RINGAN KEPALA: Tapak Tangan Basah: "Apabila bersalam kita dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai..."

Friday, July 23, 2010

Romper RM2 Sehelai???

Romper yang sempat aku sambar

Dah lama aku tak merayau sekitar bazar kat Masjid Wilayah Jalan Duta ni (hari Jumaat je ada). Hari ni rasa betul-betul rezeki untuk Reezqi. Aku jumpa van putih yang jual romper dengan harga RM2. Ingat dia main2, tapi betul lah. Lagi betul2 aku rasa rezeki bila penjual tu jual 6 helai RM10. Apa lagi, rambang mata aku dibuatnya masa nak pilih tadi. Kualiti kain mmg aku puas hati. Macam romper kat mothercare yang aku pernah beli. Dan paling aku tengok dah tentulah kualiti butang yang dia guna.

Bila xplore internet, brand ni dorang jual cecah lebih RM10 sehelai gak. Tapi kenapa dia jual murah, aku tak tau. Yg aku tau, aku dah beli setengah dozen. Next week sape yang berminat, boleh turun padang :).

Thursday, July 22, 2010

Saham Neraka - Episod 2 (Jangan Tertipu)

Lama juga aku fikir pasal perkara ni. Aku rasa sampai bila aku nak selindung pasal penipuan Club gila ni? The best way is, aku bagi link supaya semua boleh baca, selidik, tidak buta hati dan sebarkan penipuan ni. Ini link dia:

Sejak akhir-akhir ni MLM ni makin menjadi-jadi. Just to share...

Wednesday, July 21, 2010

SET BERSALIN TERBAIK?

Sejak akhir-akhir ni aku selalu dapat banyak pertanyaan tentang SET BERSALIN. Setelah aku lalui tiga kali pengalaman berpantang, kat sini ingin aku berikan sedikit pendapat secara peribadi.

Berikut aku senaraikan perkara yang aku ambil sepanjang aku berpantang anak ke-3:
1. Vitamin Amway (Calsium Magnesium dan B Complex) - untuk boost susu dan kurangkan rasa letih / stress (sampai sekarang aku guna)
2. Protein Amway 1 tin - untuk sembuhkan luka jahitan dengan cepat. Biasanya aku campur dengan Horlicks bagi sedap.
3. Higoat 4 kotak - untuk lawaskan buang air besar dan kalau anak kena jaundis, cepat sangat turun. Itu pengalaman aku lah. Rasanya pun sedap (lebih sedap dari susu lembu).
4. Krim mustajab halia (keluaran Herbs)- untuk sapu kat perut
5. Gamat Healin (warna merah tu) sebotol - juga untuk cepatkan penyembuhan luka jahitan
6. Minyak Herba dan Minyak Mustajab Nonaroguy
7. Set bersalin Amway (dah terbeli). Kalau takde pun takpe sebenarnya. Kebetulan aku dah ada 2 bengkung free dari Amway sebelum ni.

Aku lebih tekankan 6 item pertama sebab kita tak tau apa yang akan berlaku pada diri kita dan anak kita kelak. Dua anak pertama aku memang takde jaundis. Jadi dengan meriahnya aku guna set bersalin Amway sejak hari pertama. Tapi anak ketiga ada jaundis. Sudahnya aku start guna dah masuk minggu ke-3. Tapi saat aku stress dalam nursery Pusrawi sebab anak kena jaundis, Higoat memang betul-betul bantu aku. Cuma ini yang dapat aku kongsi. Apa-apa pun, ini sekadar pandangan peribadi. Lain orang, lain pendapat....

Monday, July 19, 2010

Saham Neraka Sunway!

Siapa tengok cerita Saham Neraka hari Sabtu baru-baru ni? Aku suka sangat tengok cerita tu sebab banyak pengajaran buat orang-orang yang buta mata hati. Tapi aku bukan nak bercerita pasal saham neraka edisi TV2 tapi kali ni SAHAM NERAKA EDISI SUNWAY (under F***** C**B). Aku panggil edisi Sunway sbb benda ni bergerak di sekitar Sunway (juga aktif di Puchong, KL dan beberapa tempat).

Rakan-rakan di tempat tinggal aku sudah terkena dengan saham MLM ni sejak beberapa tahun dulu (sampai sekarang saham MLM ni aktif tau). Pendaftaran dia aje dah cecah ribu (lebih seribu). Dia ada beberapa package. Package yang rakan-rakan sejiran aku masuk lebih RM40k!. Bayangkan punya banyak dia labur (lebur sebenarnya).

Sebaik lulus jer pinjaman bank, 4 sekawan ni terus masuk saham MLM ni. Sebelum tu 4 sekawan ni dah pergi macam2 ceramah anjuran F***** C**B. Dalam event tu, macam2 janji manis ditaburkan. Ye lah, yang tabur janji manis semua berkereta besar dan mewah. Dek kerana terlalu nak cepat senang kononnya, habis lebih RM40k. Lepas bayar, mereka ni dapat sepasang baju, wallet, jam tangan, tali pinggang dan beberapa barang untuk ubah penampilan diri kononnya. Ambik! Duit dah lebur tapi tu jer dapat??? Nak dapat balik duit yang dilabur, mereka kena cari orang bawah yang perlu jugak buat pinjaman dan labur duit kat saham MLM. Ingat senang ke???

Cuma kawan2 sejiran aku cakap memang agak menggoda kalau datang event yang dorang anjurkan. Cakap memang manis. Yang pelik, 4 sekawan ni tak terfikir ditipu sebab tak pernah nampak produk MLM ni. Kononnya produk dirahsiakan hinggalah pembayaran penuh dibuat. Licik tak?

Sekarang 4 sekawan ni nama dah blacklist. Sebabnya semua buat pinjaman bank lebih RM50k dengan tempoh bayaran 4-5 tahun (alasannya yakin dapat setel pinjaman bank ni dengan cepat lepas masuk skim tak masuk akal ni). Bila aku tengok muka anak bini sorang2 memang kesian tapi benda dah jadi. Apa lagi boleh buat selain sebarkan saham MLM yang PENIPU BESAR ni. Sape nak tau nama sebenar saham MLM ni, boleh email aku. Aku tak nak rakan2 semua tertipu dengan benda2 ni. Aku geram bila ada manusia yang masih tak boleh fikir perasaan anak bini, parents dan diri sendiri yang teraniaya dan dianiaya pihak tertentu....

Sekali fikir, duit RM40k tu buat pelaburan beli emas kat maybank ke, ASB ke, jadi dealer HPA ke, Nona Roguy ke...lagi baik. Tak pun hantar parents pergi naik Haji. Tepuk mata, bukak hati. Sekian.

Monday, July 12, 2010

Facebook Kanak-Kanak


Togetherville ni fungsinya sama macam facebook. Cuma ia dikhaskan untuk kanak-kanak berumur 6-10 tahun. Info ni saya dapat dari majalah Pa&Ma. Antara ciri penting yang ada pada Togetherville ialah:

Quips
Sama seperti fungsi kemaskini status facebook. Quips memberikan pilihan teks yang telah ditetapkan pentadbir laman. Kanak-kanak cuma perlu pilih teks sesuai untuk dituliskan. Tujuannya bagi mengelakkan mereka menaip perkataan yang tidak sesuai atau tidak beradab.

Lencana
Kanak-kanak yang berjaya mengekalkan perwatakan yang baik sepanjang berinteraksi do Togetherville diberikan lencana khas.

Kerja Seni, Aplikasi dan Permainan
Ada aktiviti interaktif seperti melukis seperti buat kad ucapan dan berseronok dengan permainan terkini

Aplikasi Hadiah Maya
Memberi peluang kepada kanak-kanak menghadiahkan rakan-rakan pelbagai hadiah seperti sejambak bunga dan lain-lain penghargaan

Video
Boleh menonton, berkongsi dan mengundi video yang sudah dilulus pentadbir laman.

Akaun Togetherville hanya membenarkan ibubapa membuka akaun anak mereka dan bukan kanak-kanak sendiri. Jadi, ibubapa boleh access ke Togetherville dengan log-in melalui akaun Facebook mereka yang dirangkaikan dengan Togetherville. So, apalagi?

Thursday, July 8, 2010

Psikonya Aku Kesan Chicken Pox


Anak kedua aku slalu demam (on-off) setiap 2 minggu. Benda ni berlaku since Januari lagi. Paling lama dia pernah sihat ialah sebulan. Pastu demam, demam dan demam. Selasa baru-baru ni bawak pi Pusrawi Jln Ipoh. Dr. pun dah tak berani nak bagi ubat sbb track rekod teruk sangat. Penyudahnya GL dikeluarkan untuk refer pakar. Semalam aku jumpa Dr. Ruzini di Pusrawi Jln Tun Razak. Imune sistem anak mmg down lepas kena chicken pox doktor kata. So, semalam Haider diberi Prolector dan mesti diteruskan untuk tempoh 6 minggu dan beberapa jenis ubat. Ulser pun penuh kat dalam mulut. Mcm biasa, aku bg mkn aiskrim dan air batu. Nampak arini selera dia dah ok. Minum susu pun boleh tahan.


Kakak plak dah 2 tahun tak pakai pampes siang or malam (since umor 2 tahun). Seminggu lepas kena chicken pox, dia slalu kencing malam or kencing waktu tido siang. Tu pun sbb kesan virus chicken pox. Mcm2 ubat try termasuk URAL. Baru seminggu dua ni dia dah mula ok. Aku slalu gak psiko dia kalau kencing malam lagi, doktor akan cucuk (ambik darah). Tu memang kepantangan dia. Yg penting doktor kata jgn bagi stress, nnt lagi teruk. Psiko takpe. Letih gak mak nak train dia balik (5-6 bulan gak). Aku pun tak sangka ini kesannya lps kena kena chicken pox.

Friday, July 2, 2010

Stok ada 2-3 botol jer!!!


Since aku demam early last week (hampir 10 hari), byk stok susu aku guna. Pam kat tempat keje sekadar pam gitu2 aje. Tiba-tiba selasa baru-baru ni baby sitter bagi tau stok susu tinggal 2-3 botl jer. Tiba-tiba jer stress aku dibuatnya. Bila stress, automatik susu aku merudum. Setiap sesi pam, susu aku turun sekali ganda!!!

Aku plak berkursus. Waktu rehat, aku gunakan utk sesi mengepam. Mkn 5 minit, 20 mnt lagi utk pam susu. Besoknya kawan bagi tau cuba mkn mee suah (masak air or sup). Sebab dia mmg amalkan mkn mee suah untuk banyakkan susu (tanpa amik apa supplement lain). Aku cari mee suah dan buat mcm dicadang. Mmg, besoknya susu aku normal mcm biasa. Sehari dapatlah 15-20 oz kat tmpt keje. Kat rumah dapatlah lagi 10 oz. Tapi pada masa sama aku tetap mkn kalsium magnesium (yg selalu aku skip) dan motilium (ni lagi dah lama aku skip). Tapi aku percaya, kalau otak stress mmg susu boleh merudum.

Contohnya bila aku baca majalah tentang peraduan yg aku menang, automatik susu aku ok. Tau2 jer botol dah penuh. Tapi bila kepala byk pikir macam hari ni, mkn lah nasi or supplement byk mana pun, susu biasa2 ajer (tapi tak lah turun sekali ganda mcm hari selasa tu). Honestly, aku masih stress bila pk stok susu dah xde utk Ramadhan ni. Sedihnya.... Nak menyesal pun tak guna.