Friday, July 23, 2010

Romper RM2 Sehelai???

Romper yang sempat aku sambar

Dah lama aku tak merayau sekitar bazar kat Masjid Wilayah Jalan Duta ni (hari Jumaat je ada). Hari ni rasa betul-betul rezeki untuk Reezqi. Aku jumpa van putih yang jual romper dengan harga RM2. Ingat dia main2, tapi betul lah. Lagi betul2 aku rasa rezeki bila penjual tu jual 6 helai RM10. Apa lagi, rambang mata aku dibuatnya masa nak pilih tadi. Kualiti kain mmg aku puas hati. Macam romper kat mothercare yang aku pernah beli. Dan paling aku tengok dah tentulah kualiti butang yang dia guna.

Bila xplore internet, brand ni dorang jual cecah lebih RM10 sehelai gak. Tapi kenapa dia jual murah, aku tak tau. Yg aku tau, aku dah beli setengah dozen. Next week sape yang berminat, boleh turun padang :).

2 comments:

  1. salam airis..

    wah?? rm2 sehelai?? murahnyaaaaa..ayu pun suka pakaikan anak ayu rompers..senang kan ^_^

    ReplyDelete
  2. salam ayu...memang tu pun harganya. romper ni senang nak pakai. nampak kemas pun ye :)

    ReplyDelete