Sunday, October 31, 2010

All Purpose Excel!!!

Pernah dengar tak satu file excel boleh guna untuk macam-macam tujuan? Aku dah lama nak share benda ni. Mayb ada yang pernah dapat tapi pada yang belum pernah dapat atau tengok, ni antara kelebihan excel tu:


1. ATM location
2. Calendar (dari tahun 1900-2078)
3. Mobile 
4. Unit Conversion
5. Checkbook Balance
6. Loan Payment calculator
7. Body Mass index & calorie Calculator
8. Blood Pressure and Pulse record
9. Conversion Calculator
10. Convert units (example Meters to Miles)
11. Right angle solver (Enter known two values it will find the third value)
12. Diameter for numbered screws
13. Drill bit Equivalence
14. Fraction
15. Bolt Circle Calculator
16. Spiral Calculator
17. Rotation of an X&Y coordinate
18. Cone Fabrication
19. Circle Segment calculator
20. Polygon Solver
21. Values of trigonometric functions

Kalau ada yang nak download file excel tu, boleh ke All Purpose Excel . Kalau confuse cara download, aku blh emel pada yang berminat.

Syair Kanak-Kanak: Sayangi Ibu

Kejap-kejap aku nak kena google syair ni. So, pagi ni aku masukkan dalam blog aku supaya kakak senang nak berlatih. Tu pun atas permintaan dia. Ok, lepas ni bukak jer blog mummy. (Dia nak nyanyi 2 perenggan pertama tu jer. Sempena konvo dia bulan disember ni, dia tiap2 ari dok nyanyi ----> rentak gurindam)

Ibumu sakit berbagai-bagai,
Lahirkan engkau,bidan pun capai,
Dibagi mandi terkuai kapai,
Diambil bedung dibagi pakai.

Perit letih tak pernah sudah,
Besarkan kamu amatlah payah,
Jangan lupa penat dan lelah,
Ibu mengasuh tak pernah sudah.

Jasa ibu harus dikenang,
Bukan ringgit yang nak dicanang,
Tapi kasih anak dipandang,
Tanda pengorbanan ibu menatang.

Bila pangkat sudah di tangan,
Bila berada di puncak awan,
Ibu dulu pernah berangan,
Anak dididik tak lupa daratan.

Bonda mengasuh tak pernah jemu,
Erti penat tak pernah bertamu,
Jangan derhaka pada bonda mu,
Kelak menyesal di pusara ibu.

Thursday, October 28, 2010

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini

Zaman-zaman dengan kengkawan tempat kerja terakhir sebelum sekarang

Aku rasa ramai yang mungkin tercari-cari ruang dalam kerajaan. Tapi agak terhad or paling tidak mesti terlepas. Kat sebelah kiri (atas) blog aku ada letak image Jawatan Kosong Kerajaan. So, rakan-rakan blogger or bukan blogger boleh click kat situ untuk tengok iklan-iklan terbaru dalam kerajaan.

Bukan apa, jawatan pembantu tadbir paling koman pun dapat RM800++ (blm termasuk pelbagai elaun yang beratus2 tu). Belum lagi jawatan yang lebih baik. Dan banyak benefit lain yang kita boleh dapat. Selain link tu, boleh gak try masuk kat sini:
1. Kedah2u.com (nama jer kedah tapi semua jawatan terkini kerajaan selalu mereka update)
2. jawatankosongkerajaan.my/ (ni pun byk info)

So, aku dah bg 3 link utk kengkawan yang masih ingin cuba dapatkn tempat dalam kerajaan. Sepengalaman aku, jarang ada company yang nak ibu mengandung 8 bulan kecuali kerajaan tau! Tu yg aku pernah rasa. (ni nak bg semangat pada pregnant moms yang masih tak dapat kerja. Cuba. Jgn tak cuba (pada yang berminat la).

Monday, October 25, 2010

Teruk Sangat Ke Statement Dynas Pasal BF?

Tak kira, aku nak tulis gak malam ni. Besok2 mesti tak sempat dah. Tadi sambil layan anak, aku sempat tengok Anugerah Filem secara langsung (betul ke anugerah ni tadi? sbb aku bukan tengok tapi lebih kepada mendengar dan jeling-jeling gitu). Masa Dynas dijemput sebagai salah seorang penyampai anugerah, Dynas sempat mengaku yang dia masih menyusukan anak dan itu salah satu pekerjaan dia sekarang.

Tetiba bila Erra dan Rosyam Nor punya turn jadi penyampai anugerah, Rosyam sempat menyindir Dynas dengan menyoal Erra samaada Erra pun kerja menyusukan anak ke? Erra jawab apa pun aku tak perasan tadi tapi lebih kepada acuh tak acuh soklan bodoh tu. Alahai Rosyam, orang lain dah rasa common sangat pasal BF ni tapi kau macam orang bodoh2 gitu.

Tapi aku tengok media cuba nak cover sikap bodoh Rosyam tadi dengan "kejar" Dynas kat belakang pentas. Dynas dengan senyuman lawanya bagitau fesyen yang dia pilih dan reka pun semuanya fesyen utk moms yang sedang BF anak. Aku salute lah orang macam Dynas. Walaupun macam diejek oleh orang lain pasal BF anak semasa ACARA SIARAN LANGSUNG SELURUH MALAYSIA, dia maintain jer (walaupun mayb bengang).

Friday, October 22, 2010

"Air Sedap" Kata Penjual Tu

Air ni boleh dapat kat Kelana Jaya nun. Rasanya memang sedap. Pasal tu penjual tu pun gelar minuman ni "air sedap". Warnanya pun menarik (ala2 purple). Tapi harganya agak mahal ler. RM4! Pendek cerita, ni resepi air sedap tu:
1. Ribena
2. Laici tin (buahnya diblend tanpa kulit bahagian dalam tu) dan air pun korang jangan lah buang. Blend sekali
3. Susu cair

Campurkan semua bahan dan blend. Lepas tuh letak ais. Memang sedap. Aku tau mesti ada tertanya2 berapa amaun bahan-bahan tu. Tapi orang tu pun cari makan. So, pandai-pandai lah kita bajet ek.

Saturday, October 16, 2010

Kenali Potensi Anak-Anak dan Orang Sekeliling

 Tuan Syed Abd Aziz

Hari Isnin baru-baru ni aku hadiri kursus Induksi kat P.D. Tutor dia ialah Tn. Syed Abd Aziz. Memang best. Aku bagi 5 bintang kat dia. Kat sini aku nak kongsi something dari apa dia bagi. Dalam note yang dia bagi (B.I). So, ini yang dah siap translate. (nanti aku tambah kalau sempat sebab buku notaku tinggal kat opis). Katanya, kiraan ni biasanya tepat. 90% manusia susah nak ubah apa ada dalam kiraan ni kecuali kalau dia betul-betul berusaha. Gunakan kiraan ini untuk kenali anak-anak kita katanya. Wallahua'lam. (untuk anak2ku, memang samalah. Patutlah reezqi sejak kecik tak takut orang berbanding kakak dan abangnya yg takut orang sejak umur 4 bulan)

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh 1 :
————–
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1


(Jadi nombor lahirnya ialah 1 – Ketulenan)

Contoh 2:
30 Okt 1964
30 + 10 + 1964 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6
Jadi nombor lahir anda ialah 6 (Romantik)

Maksud nombor lahir adalah seperti berikut:

1-KETULENAN
Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. – Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. – Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2-PENDAMAI
Dilahirkan sebagai diplomat. – Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. – Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. – Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3-CERIA
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. – Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. – Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4-KONSERVATIF
Golongan ini sangat peka dan tradisional. – Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. – Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. – Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. – Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. – Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5-PERINTIS

Mereka adalah perintis. – Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). – Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. – Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. – Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6-ROMANTIK
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. – Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. – Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. – Mereka sangat setia dan boleh menjadiguru yang terbaik. – Mereka suka seni musik. – Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7-INTELEKTUAL
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. – Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. – Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. – Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. – Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8-PENYELESAIAN
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. – Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. – Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. – Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. – Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9-PELAKON
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. – Mereka sangat penyayang dan pemurah. – Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. – Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. – Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. – Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

Cuti Bersalin Flexible 90 Hari

 Kakak masa umur 6 bulan

Petang tadi aku sempat jeling-jeling Belanjawan 2010. Antara yang menarik perhatian aku ialah Cuti Bersalin yang diberikan kepada pengkhidmat awam sebanyak 90 hari secara flexible. Sepanjang perkhidmatan kiraannya tetap 300 hari. Maksudnya kalau nak ambik 90 hari, anak limit dalam 3 orang lah (90x3=270). Anak keempat tinggal balance 30 hari jer. Tang ni kena fikir bebaik lah. Disebabkan aku masuk selepas deliver anak ke-2, ada banyak balance tu. Dah guna 60 hari, ada 240 hari lagi. Ha..ha.. gurau jer. Tiga orang ni pun tak terkejar aku. 

Apa-apa pun, aku rasa ramai di luar sana suka sangat. Sekurang-kurangnya lepas ni mudahlah bagi ibu-ibu nak buat stok EBM dan peluang direct feeding pun lagi lama. So, plan lah elok-elok dan guna peluang ni sebaik mungkin. Sebelum ni 45 hari, pastu naik 60 hari dan sekarang dah jadi 90 hari. Bayangkan dulu cuma 45 hari pun masih boleh BF anak dengan baik (walaupun tak ramai). Dan paling syukur, adalah gak saguhati RM500 hujung tahun ni. Baik ada dari takde. Betul tak?

Sunday, October 10, 2010

Resepi Bubur Fresh Bayi

 Lately ni aku memang tak sempat. So makanan sejuk beku jadi pilihan. Tapi bila aku buat resepi yg fresh tapi cepat, Reezqi suka (maksud aku bubur). Bubur yang paling senang nak masak. Tak perlu berjam-jam. Tu pun aku buat kul 10 mlm ke atas sbb tidokan Reezqi dulu.  Tak pun kul 4.30 pg. Lauk pauk or puree tetap frozen punya la. Ni cara sediakannya:
  1. Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (aku buat banyak2. utk 2 wks terus).
  2. Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
  3. Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
  4. Simpan dalam bekas kedap udara.
  5. Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
  6. Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
  7. Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit. Taraa... siap

Friday, October 1, 2010

Seronok ke Buat Orang Lain Susah???

N3 kali ni benda yang common berlaku kat tempat kerja. Kita bila dapat kerja yang baik, selalu susah nak appreciate. Bila dah susah, mesti terbayang-bayang kerja yang pernah kita lepaskan. So, sebelum kita lepaskan kerja sekarang atau "dilepaskan", fikir-fikirlah.

Macam satu perkara biasa bila kita ambik EL (emergency leave) sesuka hati. Kalau atas sebab yang munasabah, boleh terima lagi tapi sekadar suka-suka. Atau lebih tepat sebenarnya dah rancang tapi buat-buat ada masalah. Agaknya seronok bila dapat susahkan orang lain. Tapi bila time anugerah kita tak dapat satu habuk pon, janganlah marah or dengki pulak.



Sama gak macam MC hammer (medical leave). Sikit2 ambik MC. Tak rasa bersalah ke beli MC selalu. Konon-kononnya kenal baik dengan encik klinik tu. Kalau yang mengandung pulak, suka take for granted dengan MC ni. Nanti anak yang dikandung pun buat perangai pelik-pelik baru tau. Memang pregnant woman senang dapat MC tapi keberkatan duit yang kita dapat kena ambik kira gak. Lainlah kalau betul-betul perlu. Manusia ni, bila dia dah kehilangan sesuatu barulah dia hargai benda tu. Tapi kalau dah takde dalam tangan lagi, jangan menyesal. Hargailah punca pendapatan kita ni. Orang kat luar sana bersepah lagi nak kerja gomen tau. Sekian.