Sunday, July 10, 2011
Melatih Otak Kanan Dengan Al-Quran
Bila kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran, maka kedudukan tulisan berbeza dengan tulisan latin biasa. Posisi yang saling bertolak belakang. Bila tulisan latin bermula dari sebelah kiri menuju sebelah kanan, kalau tulisan Al-Quran bermula dari sebelah kanan menuju sebelah kiri. Memang kalau kita amati, semua amalan ibadah agama bermula dari kanan. Ternyata hal itu dapat dijadikan terapi otak kita, iaitu melatih kemampuan otak kanan.
Sebelumnya ada baiknya kita ketahui dulu karakter yang dimiliki dua jenis otak ini. Fungsi otak kanan adalah divergen, analogi, kukuh, imaginatif, asosiatif, intuitif, majmuk, holistik, subjektif, serentak, fleksibel, kreatif, visual, carian pola. Sedangkan fungsi otak kiri adalah konvergen, digital, abstrak, proporsional, analitik, linier, sekuensial, analitik, objektif, satu-satu, kaku, matematikal, verbal, pengguna pola.
Si otak kanan berkarakter humoris, simple, menyenangkan, boros, lebih percaya intuisi, berantakan-kacau, idea = ekspresi diri, lebih memilih perasaan sebagai penyelesaian masalah, suka bertualang, bermimpi besar, tukang sorak, "pelanggar peraturan", spontan.
Si otak kiri berkarakter serius, rumit, membosankan, hemat, lebih percayai fakta, rapi-terancang, idea = keuntungan, lebih memilih keilmuan, hati-hati, berpengetahuan am, penyokong diam, pembuat Peraturan, konservatif, mudah ditebak.
Selama ini kebanyakan kita terbiasa menggunakan otak kanan dalam segala kegiatan, padahal yang diinginkan adalah keseimbangan antara dua otak tersebut. Maka kita perlu mengadakan perubahan kecil dengan merubah pola itu.
Bagaimana Melatih Otak Kanan?
Purdie Chandra, "Yang saya alami sendiri, iaitu melakukan zikir dalam hati. Zikir dalam hati boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana sahaja. Zikir itu akan membuat sesuatu itu terjadi. Sementara, intuisi yang tajam akan menunjukkan sesuatu itu terjadi. Cara lain iaitu dengan melakukan solat malam, atau Tahajud, dan solat minta petunjuk atau Istikharah. Puasa juga boleh mencerdaskan otak kanan.
Membaca Al-Quran. Kalau kita membaca Al-Quran, dari kanan ke kiri, ini melatih otak kanan.
Labels:
Info Dunia,
Rahsia Diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment