Lagi beberapa hari Syawal nak tiba. Ni hari terakhir aku kerja (sempena raya, bukan benar2 berakhir). Sampai 4 September... Seminggu je. Tahun ni giliran kat umah mentua. So, aku balik ke Melaka dulu untuk amik feel. Kiranya tahun ni dah tahun kedua raya tanpa arwah mak. Rindu kat arwah mak. Al-Fatihah buatnya....
Balik ni pun nak minta resepi apam balik dari babah. Babah selalu tengok arwah mak buat, jadi boleh aku try nanti. Resepi 'campak-campak' ni lagi sedap dari sukat-sukat. Kat umah mentua pun meriah. Kalau kat Melaka ketupat nasi, kat Perak lemang memang wajib. Tapi aku tetap cari ketupat dan kuah kacang (resepi arwah mak) :). Specialnya tahun ni akan ada acara bakar-membakar pada raya pertama (sebelah malam). Seronok berkumpul dengan adik-beradik.
Salam kemaafan dari aku buat semua pembaca, follower dan siapa-siapa yang tersinggah ke blog aku atau ter'klik' tanpa sengaja. Selamat Hari Raya Aidilfitri....moga selamat perjalanan pergi dan pulang.
Thursday, August 25, 2011
Hari Terakhir Ramadhan 2011....
Labels:
Syawal
Tuesday, August 23, 2011
Biskut Hirisan Badam Krispies -Dijamin Sedap!
Biskut Hirisan Badam Krispies
Aku suka sangat biskut ni. Ada sorang parents bagi semua staf rasa. Kebetulan satu hari tu aku berbuka kat ofis, tergerak hati nak rasa. Memang mantop. Harga agak mahal (RM38 sebotol saiz sedang) tapi berbaloi. Aku order satu. Tapi kalau buat sendiri lagi berbaloi :). Lagi pun tak perlu oven2. Caranya macam cornflakes madu gak. Tapi aura badam ni memang lain. Resepi cornflakes madu aku hancur gara2 tabur kacang halus (sebab stok badam tak banyak). Rupa sama tapi rasa out ler. Tahun ni pecah rekod sebab semua kuih 'tunjuk' (tapi still homemade la, bkn kilang). Ni resepi utk kuih kat atas:
Bahan-bahan:
250 gram hirisan badam (ada jual yg dah siap hiris)
100 gram coklat crispies
250 gram of cooking Coklat
White chocolate (utk hiasan)
Paper cups
Cara membuat:
Bakar hirisan badam sehingga garing. Lalu masukkan coklat crispies & cooking coklat dan juga badam hirisan. Gaul semua bahan dan masukkan ke dalam paper cups. Selepas itu masukkan ke dalam peti ais. Kalau hendak hias biskut ini, semasa keluarkan dari peti ais, boleh lah di hias dgn white chocolate tapi selepas itu mesti di masukkan ke dalam peti ais lagi utk mengeraskan white chocolate tersebut. Kemudian barulah di masukkan ke dalam bekas yg kedap udara.
Sumber resepi: http://eforum6.cari.com.my/mobile/?tid-173039-page-2.html
Labels:
Resepi
Monday, August 15, 2011
Puasa kat sekolah, kat rumah tak...
Dah masuk hari ke-15 puasa, baru aku sempat nak berkongsi tentang hal puasa. Hari pertama puasa, anak sulong (5 thn) bertanya, takde bekal untuk dia ke? Sebab kat sekolah cikgu tak sediakan makanan. Aku suruh dia sarapan dari rumah tanpa perlu bawa apa-apa ke sekolah walaupun air. Malu kata aku. Lagi pun ada rakan yang berpuasa (biasanya kanak-kanak 6 tahun ada yang belajar berpuasa).
Masa berbuka, aku terdengar perbualan dia. Katanya dia puasa tapi kat sekolah jer. Kat rumah tak puasa. Eh!??? Aku cuba terangkan ttg sahur dan berbuka. Nampak dia macam blur2 sikit. Then kat rumah kakak ada versi puasa lagi. Kata anak buah aku (4 tahun). Dia puasa sebab dia makan. kalau dia TAK makan, maknanya dia TAK puasa. Nampaknya dia keliru dengan perkataan "TAK". Lagi satu versi anak buah (5 thn). Dia puasa. Tapi balik jer sekolah dia terus makan. Habis makan, katanya dia puasa semula. Boleh plak macam tu.
Bila anak-anak wujudkan macam-macam versi puasa, kita kena lebih kreatif nak terangkan pasal maksud puasa. Bukan senang tau. Bagi aku, kanak-kanak yang mencuri makan masa puasa (sembunyi2 sebab takut atau malu), sekurang-kurangnya masih ada rasa malu. Bukan nak menggalakkan mencuri makan tapi dia masih ada rasa malu. Sebab aku pernah jumpa budak darjah lima selamba jer makan masa bulan Ramadhan. Sebab apa, sebab dah biasa makan depan parents dorang dan tak ada rasa malu. Betul tak?

Ragam Anak,
Ramadhan
Subscribe to:
Posts (Atom)