Lagi beberapa hari Syawal nak tiba. Ni hari terakhir aku kerja (sempena raya, bukan benar2 berakhir). Sampai 4 September... Seminggu je. Tahun ni giliran kat umah mentua. So, aku balik ke Melaka dulu untuk amik feel. Kiranya tahun ni dah tahun kedua raya tanpa arwah mak. Rindu kat arwah mak. Al-Fatihah buatnya....
Balik ni pun nak minta resepi apam balik dari babah. Babah selalu tengok arwah mak buat, jadi boleh aku try nanti. Resepi 'campak-campak' ni lagi sedap dari sukat-sukat. Kat umah mentua pun meriah. Kalau kat Melaka ketupat nasi, kat Perak lemang memang wajib. Tapi aku tetap cari ketupat dan kuah kacang (resepi arwah mak) :). Specialnya tahun ni akan ada acara bakar-membakar pada raya pertama (sebelah malam). Seronok berkumpul dengan adik-beradik.
Salam kemaafan dari aku buat semua pembaca, follower dan siapa-siapa yang tersinggah ke blog aku atau ter'klik' tanpa sengaja. Selamat Hari Raya Aidilfitri....moga selamat perjalanan pergi dan pulang.
No comments:
Post a Comment