Wednesday, December 7, 2011

Pekeliling baru 2012 bagi gaji kakitangan awam


Sekarang ni tengah hangat orang memperkatakan tentang isu kenaikan gaji kakitangan awam mulai Jan 2012. Dalam Skim Gaji SBPA 2012, semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan.

Boleh refer kata-kata yang dipetik oleh YBhg. Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia) melalui facebook KPPA.

Saya amat menghargai kawan-kawan yang tidak jemu memberi pandangan di FB saya ini. Jadi istimewa untuk rakan-rakan sekelian, berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM – N36) 3035-5555 kgt 180

Boleh baca di ISU PANAS berkenaan skim baru selanjutnya terutama untuk para guru. Setakat ini, dari sumber yang boleh dipercayai ialah kenaikan gaji semua antara RM1xx hingga RMxxxx. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment