Friday, March 30, 2012

Besday in Mac ~ 2012

 sambut dengan anak-anak Taska Darul Hannan untuk besday Jan-Mac. (aku sensorang jer wakil Mac). ngeh...
 kek dari en husband yang yummy :)
 tak dapat kek karamel coklat, ada karamel sikit kat tengah pun jadi lah....
 ni plak besday adik. mummy tak dapat sedia apa pun. thanx umi sebab tempah kek yang sedap ni
 bukan rupa jer cantik tapi sedap....
 besday adik reezqi sambut kat umah umi. sukanya adik...
 Makaroni cheese bakar special dari umi untuk besday adik.
Ni jer yang tinggal. Encik suami beriya-iya nak buat suprise tapi hujan la plak katanya. Kan dah tak jadi :). Last2 ini jer orang taska yang tinggal sebab lambat sampai, jalan jem. Kalau tetiba aku ke Perkim macam mana? Ha....aku pun jenis unpredictable bab2 ke sana ke mari. Tapi kira surprise gak lah sebab aku tak tau. Kekadang sepotong kek, kekadang sebiji kek. Susah nak jangka....(hati tetap gumbira bila dapat surprise mcm ni)

Tuesday, March 27, 2012

Tanda-tanda di seluruh badan dan penyakit...


MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu

Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin

Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk

Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat

Sistem penghadaman yang lemah.
Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh

Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit

Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:

Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:

Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:

Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Wallahu a’lam

sumber: soleh.net

Friday, March 23, 2012

Dar Assakinah: Pusat Pendidikan & Pengajian Agama Warga Emas

Banglo yang diwakafkan oleh Tuan Haji Ir. Mohd Mazlan bin Md Ismail

Pernah dengar Dar Assakinah? Baru-baru ini aku telah ke sana dengan tujuan untuk mengenali Dar Assakinah dengan lebih dekat (sempat joint kuliah yang diadakan malam tu). Ia merupakan pusat pendidikan dan pengajian agama bagi warga emas yang berumur 55 tahun ke atas di bawah kelolaan MAIWP. Buat pengetahuan, Dar Assakinah baru memulakan operasi bermula 12 Mac 2012 baru-baru ini.

Dar Assakinah ini menggunapakai konsep pusat pengajian Islam ala pondok yang menyediakan penginapan dan saraan dan bukan berkonsepkan pusat jagaan warga emas.

Dar Assakinah beroperasi di sebuah banglo yang terletak di atas tanah seluar 1.7 ekar di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur yang mana telah diwakafkan oleh Tuan Haji Ir. Mohd Mazlan bin Md Ismail kepada MAIWP bagi tujuan pengajian warga emas. Tempat ini menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan ruang yang besar bagi aktiviti-aktiviti pengajian.


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Dar Assakinah adalah solat secara berjemaah, kuliah subuh harian, talaqqi Al-Quran dan Tahsinul Quran dan pembelajaran kitab-kitab lama seperti Muniyatul Musolli, Hidayatus Salikin, Fiqh Manhaji dan beberapa kitab lain. Selain itu juga, turut diadakan pembelajaran Bahasa Arab komunikasi, latihan bertarannum dan qiyamullail.

Syarat-syarat kemasukan ke Dar Assakinah adalah berusia 55 tahun ke atas, tidak mengidap sebarang penyakit dan permohonan kemasukan dibuat secara sukarela oleh individu yang berminat. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 yang perlu dibayar sekali sahaja dan yuran bulanan sebanyak RM400 bagi menampung kos utiliti, penyediaan makanan dan aktiviti.

Mereka yang berminat untuk mendaftar masuk ke Dar Assakinah boleh menghubungi Ustaz Abdul Rauf bin Abdul Aziz daripada Bahagian Pembangunan Insan MAIWP di talian 03-4047 9444 sambungan 535. Maklumat dan borang permohonan juga boleh didapati melalui laman web MAIWP (klik sini).

Penubuhan Dar Assakinah ini menjadkan MAIWP sebagai perintis kepada Majlis Agama Islam Negeri yang lain dalam mewujudkan pusat pengajian Islam warga emas (Pondok Moden) yang selama ini dijalankan oleh badan-badan bukan kerajaan.

Tuesday, March 13, 2012

Jangan lupa tuntut hadiah kalau beli susu ni sebab kat pack tak tulis

 Antara bekas yang aku dapat
Aku try letak susu dalam bekas ni, comel plak.

Ahad lepas aku beli dutchlady 456 yang 1kg kat speedmart 99. Aku beli tak banyak, 5 kampit jer (sebab stok jenis biasa dah abis, yang berlambak-lambak coklat jer atas rak tu) . Aku tengok ada promotion "undi 3 kisah bijak" tu. Masa bayar, cashier bagi 5 ketul airtight container dutchlady. Besar gak. Sukanya aku...tapi xde lah aku ambik semua. Aku ambik dua dan selebihnya bagi kat babysitter. Kalau ada lagi, ingat nak sambar lagi (sifat tamak dah mula menjalar). 

Cuma yang musykil, ramai yang cakap tak dapat masa beli susu yang ada label promotion ni. Ye lah, kat susu tu tak cakap apa-apa hadiah percuma pun. Jadi, tak mustahil tokei kedai boleh sapu (dah mula buat spekulasi lah plak). Nak-nak kat giant, biasanya hadiah kena claim kat kaunter hadiah. Kalau kat resit pun xde cop "percuma", apa nak di claim nya. Hopefully, sape2 yang beli susu yang ada label promotion ni, jangan lupa claim free airtight container ni. Susah sangat, terjah jer mana-mana speedmart 99. 

Saturday, March 10, 2012

Kira gaji baru anda! Untuk semua gred (1-54)

Pelarasan gaji sebanyak 13% bagi gred 1-54 Khamis lepas memang ditunggu oleh semua. Ini termasuk kenaikan gaji (KGT) antara RM80-RM320 mengikut gred. Kat sini aku nak kongsi cara kiraan gaji kita semua selepas aku guna excel. Kat bawah beberapa kiraan yang aku buat. Tara....

 Cth gred N17 selepas 4 tahun bekerja
 Cth gred N27 selepas 3 tahun bekerja
Cth gred N48 selepas 6 tahun bekerja

Sebabnya rata2 aku tgk cuma gaji 44-54 jer yang ada buat masa ni. Gred lain2 pun nak jugak kan. Kepada yang nak kiraan automatik macam kat atas, boleh bagi email. Nnt aku emailkan kat korang excel tersebut. Ini termasuk kiraan back dated bakal kita dapat!

Wednesday, March 7, 2012

Comelnya kanak-kanak riang ni semua

Dari pandangan atas Anjung A Masjid Wilayah

Kakak berarak buat kali terakhir dgn kawan2 cawangan Masjid Wilayah, Zon Bangsar (selepas ni pindah ke Zon Batu)

Dah 30 jam, baru sikit jer kakak warna
selempang kuning....
get ready sebelum perarakan bermula
wakil dari caw. sg. penchala.... (rasanya ini juara tahun ni)

comelnya bila semua pakai selendang
Eh, tiang tu dik, jalan tengok depan

bekas ketua guru kakak (sebelum pindah ke tadika caw. lain bulan lepas)
Inilah tadika kakak....dapat tempat ke-6. Okay lah tu sebab ada 15 tadika dari zon Bangsar (1200 org)

Last week, tadika kakak buat perarakan sempena Maulidur Rasul. Ada 15 tadika yang wakilkan untuk Zon Bangsar dan salah satunya mestilah Masjid Wilayah. Lebih 1000 kanak-kanak dan ibu bapa joint perarakan ini. Selain perarakan, ada aktiviti lain. Dan kakak masuk pertandingan mewarna. Disebabkan 1st time dia masuk pertandingan mewarna, dah tentu2 mummy yang sorang ni tak tau apa sepatutnya kena sediakan selain pensel warna. Antara yang paling penting aku tgk ialah SHARPENER. Kelang kabut aku sharpkan all the colours (sebab kakak jenis suka warna terang2 dan menekan). Itu pun mujur ada parents yg sudi pinjamkan. 

Lagi satu ialah "sokongan". Disebabkan aku terlupa waktu pertandingan mula, aku terlewat setengah jam. Apa berlaku? Dia baru colour 20%. Alahai kakak...ni bukan macam dalam kelas ler. Boleh santai2 gitu. Disebabkan masa tinggal lebih kurang 20 minit, macam orang tak ingat dia warna. Siap pun! Tapi masa hantar tu, dia gelak sebab hasilnya memang kelakar. Tau pun dia. Cth, Orang naik unta dia warna biru (tak kira muka, tgn dan segala bagai). Sama gak yang lain2. Dia hentam satu warna sekaligus untuk satu2 gambar dari atas ke bawah. Lenkali kita cuba lagi ek.

Monday, March 5, 2012

Elak content blog kena COPY

Bagi yang rasa nak elak isi blognya dari kena copy, aku jumpa tutorial ni dari easy-xs. Kredit aku berikan pada blog easy-xs (dengan meletakkan link dia). Cara-caranya:

Pergi ke blog beliau ye.

p/s: pesanan penaja easy-xs, cuma guna pakai utk teks aje.

Friday, March 2, 2012

My Incredible Story...


Aku tertekan nestle dan keluar pasal "100th Nestle di sisimu". Pada yang ada cerita menarik berkenaan apa-apa produk berkaitan Nestle, boleh hantar sama ada dalam bentuk tulisan, gambar, video or tweet (dalam BM/BI). Aku tertarik nak tulis mengenai milo. Tag paling aku ingat "minum milo anda jadi sihat dan kuat". Kecik2 dulu, kalu tuang kopi pun  aku nyanyi lagu ni. Mak ai....kuatnya pengaruh iklan. Kanak2 memang sinonim dengan iklan dan lagu.
Hadiah-hadiah dia boleh tekan kat SINI.

Thursday, March 1, 2012

Perkahwinan, kehamilan dan penyusuan jin


Malam pengantin bagi jin sama seperti manusia. Kehormatan bagi kalangan jin tak kurang pentingnya dibandingkan di kalangan manusia, sekalipun tetap ada jin pelacur.

Usia perkahwinan: Sekitar 170/180 hingga 200/250 tahun.

Kehamilan jin: Kehamilan di kalangan jin jauh lebih berat dari manusia. Sebabnya kehamilan jin adalah selama 15 bulan. Pastu, rahim jin juga kadang-kadang berisi 7-9 janin. Malahan boleh juga jadi hingga kembar 12.

Penyusuan: Sama seperti manusia cuma beza dari segi jangka masa menyusu. Manusia sekitar hingga 2 tahun (lazimnya). Masa penyusuan jin boleh habiskan seluruh usia seorang manusia. Bayi jin untuk waktu yang cukup lama tergolek tanpa bergerak dan bersuara. Banyak tidur.

Kepada ibu-ibu kat luar sana, renung-renungkanlah dan jangan ambil ringan bab penyusuan.


Sumber: Dialog Dengan Jin Islam (Muhammad Isa Dawud).