First sekali, aku nak ucapkan salam Rejab...korang pose tak arini? At least dapat 2 hari pertama Rejab pun jadilah. Ok, continue....Just to share info yang aku dapat dari Pak Hasni (Pengasas Tadika Adni). Katanya kita ni kena kurangkan lima makanan putih yang selalu menjadi punca penyakit (tapi aku suka makanan putih. camana tu?).
1. Nasi (tukar kepada unpolished rice).
Sebelah kiri (polished rice), kanan (unpolished rice)
2. Gula (kalau korang tak blh hidup tanpa gula, gantikan dgn stevia iaitu pemanis asli mcm gula---> bkn gula tiruan tau). Sekarang berlambak kat pasaran. Try rajin2 google sikit :). Aku suka google by image sbb terus dapat tgk rupa benda yang kita cari.
3. Susu pekat nan sedap tu (minum susu kambing kalau nak sangat). Jgn sangka susu kambing tak sedap, kena pandai pilih. Cth yg sedap (kat tekak aku lah): hi-goat, bio herbs. Tapi kalau dapat yg tanpa gula lg baik. Pernah jumpa tak? (selain yg perahan asli tu)
4. Tepung (replace dengan jenis whole meal). Tak nak explain lah sebab semua tahu tepung whole meal better kan.
5. Garam (tapi dia galakkan guna garam kasar). Jgn nak menggatal guna garam halus. Aku lupa plak alasan dia kenapa. Hish! Tapi korang perasan tak, mak-mak kita masak main campak2 garam kasar je kalau nak masak apa-apa pun. Jarang masin rasa masakan. Dia kata, tak payah nak cari garam bukit bukau segala bagai. Lupakan aje.
Lagi satu fakta, antara nasi putih dgn nasi lemak, mana lebih baik? Kenapa? Nanti2 kita discuss lagi ek.
No comments:
Post a Comment